Sunday, November 20, 2011

DS Najib Lancar Slogan 'BN Pilihan Orang Muda'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.

BN Youth Job Fair 2011 Bukti “Brand” BN Terus Diterima Generasi Muda #BNYJF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan BN Youth Job Fair 2011 membuktikan “brand” Barisan Nasional (BN) masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kehadiran ratusan ribu pengunjung terhadap karnival berkenaan jelas memperlihatkan kepada umum bahawa BN bergantung kepada produk yang ditawarkan serta perkhdimatan yang diberikan.

“Atas dasar itu saya melihat sambutan kepada BN sebagai satu jenama itu sebenarnya bergantung kepada pengisiannya iaitu apabila produk yang dikaitkan dengan BN serta apakah perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya kalau ada mana-mana pihak yang sangsi pada peringkat awal kot-kot ianya tidak boleh dipasarkan lagi, hari ini mereka nampaknya tersasar dengan kejayaan BN Youth Job Fair ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemdua BN, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, pimpinan Pemuda dan parti komponen lain.

Berucap lebih lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya berkata kejayaan itu juga satu ingatan kepada semua yang mana jika BN itu satu jenama dan untuk mendapat sambutan yang tinggi ianya mestilah dikaitkan dengan produk lain.

“Begitu juga dengan soal perkhidmatan yang baik yang mana sudah tentu apa sahaja yang kita lakukan atas “branding” BN itu akan berjaya,” katanya.


Datuk Seri Najib juga turut menyentuh dalam soal pilihan raya yang mana kejayaan BN itu dikaitkan dengan “winnable candidate”.

“Menjadi kesalahan apa yang kita sediakan serta janji yang tidak ditunaikan dan apa yang kita tampilkan baik produk, perkhidmatan serta orang yang tidak sampai tahap kepuasan terhadap rakyat sudah tentu BN akan menghadapi masalah.

“Jadi mesej hari ini jelas….kejayaan BN sebagai satu jenama bergantung kepada apa yang kita tawarkan dan perlu dilihat oleh semua pihak,” katanya.


Kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah dibuat sebelum ini di lima negeri.

Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair adalah 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini.

Secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencacatkan lebih 400,000 pengunjung.

Golongan Artis Turut Teruja Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.