Monday, November 28, 2011

Khairul Fahmi (Apex) Diugut Dedah Aksi Ranjang


Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.

Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.

“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.

Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur

pertengkaran dan ugutan.


Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.

“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape? U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.

Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.

Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.

Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.

Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.





-Mynewshub.my

Shahrizat Perjelaskan Kontroversi NFC


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Perhimpunan Agung UMNO 2011, Pemuda Beri Tumpuan Kepada PRU Ke-13


Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan pada hujung bulan ini merupakan perhimpunan untuk menyediakan minda anggota parti mengenai pentingnya bermuafakat dan bersatu bagi memastikan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata, tumpuan utama dalam pemuda Umno pada hari rabu ini dan sebahagian besar daripada ucapan dasar beliau sebagai Ketua Pemuda akan tumpu kepada fokus kepada pilihanraya akan datang,

Katanya lagi, tumpuan tersebut juga tidak lari daripada tumpuan perhimpunan agong seperti mana yang tumpuan ini tidak lari dari perhimpunan agong bagi memastikan persiapan jentera pemuda berada di tahap yang tinggi tahap yang bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

Dan bagi memastikan tiada lagi isu dalaman bagi menghadapi pilihanraya yang penting semanagat perpaduan.. Semanagat, perpaduan, hala tuju perlu ada dalam pemuda kata khairy lagi.

Menurut Khairy lagi, Pemuda juga akan membuat perbandingan antara pilihan generasi muda diantara pemuda BN dan juga pakatan pembangkang dan perbandingan ini akan memberi jelas kepada generasi muda kenapa Barisan Nasional(BN) masih lagi menjadi pilihan yang terbaik seperti slogan baru BN, 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu

Pembahas-pembahas usul yang beri bakal memberi tumpuan terdiri daripada tiga orang jurucakap untuk bawa usul pemuda,ucapan presiden diwakili oleh Datuk Megat Firdouz, Usul Ekonomi diwakili oleh sdr Jamawi Jaafar dan untuk usul Agama dan pendidikan diwakili oleh Dato Seri Rizal Marican.

Politik Harian/Bro Jinggo

DS Najib: Umno Perlu Reform, Menukar Atau Akan Ditukar !


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan transformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.

"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

"Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.

justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.

Gelar Zambry Hitam Metalik Bukti Betapa Rendahnya Akal Budi Pemimpin Pembangkang


Tindakan pembangkang menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran Zambry Hitam Metalik menunjukkan betapa rendahnya akal budi mereka yang sentiasa menghalalkan sebarang bentuk penghinaan, demikian menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Selain kerendahan akal budi, tegas beliau tindakan pemimpin pembangkang menghina peribadi pemimpin Barisan Nasional (BN) membuktikan mereka sekarang sudah hilang modal untuk menyerang BN.

”Inilah moral pemimpin pembangkang yang rendah akal budi. Mereka sudah tidak ada isu sebab itu mereka kini serang peribadi pemimpin BN.

”Sebenarnya mereka sekarang sudah cukup tertekan apabila melihat kerajaan di bawah kepimpinan BN telah melakukan pelbagai program dan pendekatan membela rakyat tanpa mengira kaum. Kerajaan BN telah mendahului mereka dalam apa jua bentuk pembelaan rakyat termasuk soal ekonomi, pendidkan dan sebagainya.

”Ini membuatkan mereka cukup gelisah hingga terpaksa menggunakan pendekatan politik sempit menyerang dan menghina peribadi pemimpin BN”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong berkata perbuatan menghina pemimpin BN bukanlah satu perkara baru malah ia sebenarnya satu tabiat wajib pembangkang terutama ketika berceramah.

”Itulah modal mereka… mereka hina pemimpin BN kerana bagi mereka itu satu lawak. Bagi mereka, mereka adalah manusia sempurna… yang buruk, lemah itu pemimpin BN. Inilah mentaliti mereka yang bagi kita cukup memalukan”, ujarnya.

Justeru beliau percaya tindakan menyerang dan menghina pemimpin BN ini tidak akan mendapat tempat di hati rakyat.

”Saya yakin rakyat khususnya di negeri Perak ini sudah cukup faham dengan taktik pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa saja demi survival politik kerana mereka sememangnya mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara”, katanya.

Video Nga Kor Ming hina Zambry klik di sini..