Wednesday, December 21, 2011

Harakah Semakin Sesat... Siar Kartun Hina Nasharudin...

Kalau PAS buat, boleh saja... tapi kalau UMNO buat... macam-macam dalil yang keluar! apa daaa... !

Lidah rasmi parti PAS, Harakah dilihat double standard kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Kartun Drnots dalam Harakah cetak tersebut menghina, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.


Kalau Anak Musyidul Am PAS Sendiri Belasah Haprakdaily ... Memang Hapraklah! Baca lagi di sini...

Mahasiswa Biadap! Adam Adli Bakal Di Kenakan Tindakan Tegas !

Pesan orang tua-tua... lain kali jangan buat kerja BODO!

Jika di dapati bersalah... Tindakan tegas yang akan di kenakan terhadap Adam ialah dibuang daripada UPSI... So.. lepas ni Adam boleh terima jawatan sepenuh masa  sebagai Coffee Boy Anwar Ibrahim!

Jawatankuasa khas kumpul bukti tindakan turun bendera papar gambar PM

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.

“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.

Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang mengetuai penyerahan memorandum berkenaan berkata, kejadian itu jelas menunjukkan sikap biadap pelajar terbabit sekali gus menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya UPSI.

Pendedahan Wajah Sebenar Penggerak Demonstrasi SMM






Kes Adam Adli dan rakan-rakannya yang berarak ke PWTC boleh dijadikan contoh yang sangat baik apa akan jadi jika AUKU dimansuhkan...Kita boleh nampak kenapa Anwar beria-ia sangat menghasut mahasiswa-mahasiswa ini untuk mengadakan DEMO memansuhkan AUKU..

Sebabnya anak-anak muda yang sedang menuntut berdarah panas, suka memberontak. Jadi lebih mudah untuk termakan hasutan dan dipengarui untuk melakukan perkara-perkara diluar jangkaan berbanding dengan orang yang sudah berkerjaya ataupun yang sudah berkahwin..mereka lebih memikirkan keluarga, kerjaya, duit dan masa depan mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini...tak ramai yang nak menyusahkan diri berdemo sana sini sebab sibuk dengan kerja atau keluarga masing-masing.

Jadi sanggupkah kita sebagai orang Melayu/Islam terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di universiti melihat masa depan anak-anak muda ini tergadai.?? Nasihat EP belajarlah dulu bagi habis..bukannya lama pun..3 atau 4 tahu saja..Selepas itu tiada siapa pun nak menghalang sekiranya nak berpolitik...

-Empayar Pemuda