Saturday, December 31, 2011

Biadap! Lima Kepala Babi Di Pintu Masjid Johor


Kalau nak sabotaj negeri Johor sekali pun agak-agak la... Siapa yang buat kerja ni, memang bangsat betul? Islam adalah agama rasmi negara kita so... jangan nak mainkan hal ini untuk kepentingan politik! Harap polis berjaya menangkap manusia biadap tersebut.

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi semalam.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid berkenaan.


Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang kemarin di masjid yang sama.


Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Bebaskan Anwar 901, Pemuda Persoalkan Sikap Majlis Peguam


Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.

"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. -Bernama

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011


Pelawak otai Osbon hari ini di nobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011 mengalahkan kumpulan Boboi, Syok dan Saehu...

Ini bermakna Osbon membawa pulang RM350000 sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011. Tempat kedua pula dimenangi oleh Boboi yang mendapat RM250000 dan trofi.

Tempat ketiga milik Saehu membawa pulang RM150000 dan trofi dan tempat keempat milik Syok sekaligus membawa pulang RM50000 dan trofi.

Dalam konsert akhir ini, setiap finalis ditugaskan membuat 2 persembahan iaitu bertemakan muzikal komedi bebas.

Siaran langsung Maharaja Lawak Mega akhir berlangsung pada pukul 9 malam 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Anda juga mungkin berminat dengan posting ini... Diantara Dua Darjat... Azmin Ali Tidak Rela Dipancung Oleh Nurul Izzah !

Friday, December 30, 2011

Diantara Dua Darjat... Azmin Ali Tidak Rela Dipancung Oleh Nurul Izzah !

Selama tiga tahun PKR menguasai Selangor.. baru hari ini aku nampak Azmin Ali turun padang... tertanya-tanya juga apa yang Azmin buat di flat Samudra ni?

Oh rupanya Azmin sedang berkempen nak ganti tempat Anwar Ibrahim... tapi kalau ye pun nak tunjuk kuasa, biarlah kena tempatnya... masuk kandang kambing jangan mengaum..nanti kambing lari...

Kalau tak percaya tanya sama pokok....

Azmin penyokong tegar Anwar Ibrahim kini dilihat terpaksa bekerja keras bagi membuktikan beliau masih berbisa dan mempunyai kekuatan dalam PKR dan sentiasa bersedia sebelum di pancung habis-habisan dari anak papa, Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim.



Persengketaan diantara dua orang kuat PKR ini sebenarnya sudah lama tercetus... 

Azmin mencintai Anwar lebih dari segalanya... bahkan Azmin sanggup melakukan apa sahaja demi yang di cintai Anwar Ibrahim. Kesetiaannya terhadap Anwar memang tiada tolok bandingannya.. kerana Anwar jugalah Azmin sanggup buang keluarganya sendiri....


Mungkin sudah tiba masanya bagi Azmin melawan arus dari serangan hendap bertali arus yang cuba sabotaj kedudukannya dalam PKR..

Sila baca dan nilai apa maksud sebenar surat terbuka yang di tujukan khas kepada adinda Izzah SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tidak di nafikan Azmin anak emas kepada Anwar Ibrahim, tetapi bagi Nurul Izzah, Azmin adalah liabiti yang harus dipancung dalam PKR... ini kerana Azmin pemimpin PKR yang banyak kontroversi dan mempolitikkan segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri.

Azmin selaku Ketua PKR Selangor dilihat lembik dan gagal menangani pelbagai isu dalam parti itu diperingkat negeri.

Ramai yang tak setuju bila Anwar menggantikan Khalid dengan Azmin sebagai Ketua PKR Selangor. Tapi apa boleh buat itu kehendak Ketua Umum... Asalkan Anwar dan Azmin tetap bersama.

Seperti mana yang kita ketahui penglibatan Nurul Izzah dalam kancah politik ini ialah bagi membela nasib papanya...

Untuk mencapai kesinambungan perjuangan papanya dalam dunia politik Nurul Izzah tidak rela PKR berkubur di tangan Azmin Ali...

Azmin tidak layak mengantikan Anwar kerana Azmin masih kurang pengalaman dalam percaturan politik masa kini oleh Izzah harus mencari penganti yang sesuai untuk mengantikan Anwar sekiranya Anwar didapati bersalah didalam kes liwatnya.

Mungkin juga Izzah pernah terfikirkan sekiranya Azmin berkuasa... adakah Azmin akan meneruskan perjuangan dalam mencari keadilan kepada papanya?

Kesetiaan juga boleh dilacurkan apabila sifat tamak menghantui diri seseorang itu dan ianya pernah terjadi pada Azmin apabila ada tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini kerana Azmin.


Gerakan Reformasi yang di rancang pada 9 Jan nanti perlukan kekuatan dan impak baru... ianya perlu berterusan sehingga berjaya membebaskan papanya... Izzah memerlukan satu kuasa yang pengaruh yang setanding dengan kuasa papanya... Satu kuasa yang boleh membebaskan papanya sekiranya didapati bersalah.

Oleh itu otaimer seperti Ku Li adalah calon yang sesuai untuk mengekalkan PKR sebagai ketua Pakatan Rakyat dan seterusnya di hurmati oleh parti rakan sekutunya... Usaha membawa masuk Ku Li sebagai Ketua Pembangkang dikhabarkan aalah salah satu dari gerakan yang di rancang oleh Izzah... sila rujuk di sini...

Begitu juga dengan kerja sama Izzah-Zaid Ibrahim tidak lain tidak bukan untuk menghalang Azmin terus berkuasa dalam PKR! Zaid keluar dari PKR kerana bosan dan meluat dengan perangai ego Azmin Ali...

Namun segalanya terubat apabila Izzah berjaya memujuk Zaid belayar dalam satu kapal dalam Pakatan Rakyat...


Bagi Izzah biarlah Azmin di korbankan jangan sampai PKR terus berkubur... Rela atau tidak... Azmin harus menghadapi serangan seterusnya dari Izzah!

Edar Risalah Bebaskan Anwar 901: Jumlah Tangkapan Kini 11 Orang



Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.

“Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.

Yang puak PKR nak kecoh-kecoh ni pesal... Anwar dah kena tangkap ke bro? memang patut kena tahan pun.. tak habis-habis nak huru harakan negara ni...

ASPIRASI Kecam Demo Sokong Anwar, Adam Adli


Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) hari ini menggesa para pelajar supaya menumpukan perhatian kepada peperiksaan dan tidak menyertai satu perhimpunan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Presiden persatuan pro-BN itu, Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya turut mengecam satu lagi perhimpunan akan akan diadakan esok untuk menyokong seorang pelajar pro-Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim.


Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, berdepan tindakan tatatertib ekoran tindakannya menurunkan satu kain bercetak wajah perdana menteri dalam satu perhimpunan pelajar pro-Mahasiswa sebelum ini.

Mengulas rancangan perhimpunan tersebut, Mohd Shahar berkata tindakan berkenaan merupakan satu "petanda amat teruk kepada demokrasi negara."

"Kita mahu kampus kita menjadi aman, menjadikan mahasiswa berfikiran rasional," katanya yang bimbang jika terdapat pelajar ditahan polis memandangkan peperiksaan di universiti semakin hampir.

Kataya, para pelajar yang kini sedang menjalani peperiksaan, juga tidak perlu menyertai perhimpunan 9 Januari – tarikh keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi Anwar.

"Bukan isu Anwar menjadi topik dalam peperiksaan. Sekiranya (mereka) terlibat, kita rasa ia tidak perlu berlaku, dan kita mengecamnya," katanya.

Mohd Shahar yang turut mengetuai satu demonstrasi pelajar pro-Aspirasi pada 21 Disember lalu juga berkata, persatuan itu tidak menyalahkan mahasiswa tetapi pihak tertentu yang menggunakan pelajar universiti untuk berdemonstrasi.

Katanya lagi, persatuan itu juga akan menganjurkan siri 'Jelajah Aman Kampus' di 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan lima universiti swasta apabila semester baru dibuka pada pertengahan Februari depan.

Jelajah tersebut akan disertai 15 NGO antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GPMM), Gagasan Pelajar India 1Malaysia dan kumpulan Penggerak Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM).

Jelajah tersebut antara lain bertujuan untuk mempromosi keharmonian dan kedamaian bagi memastikan keamanan setiap kampus dipelihara, katanya.

Selain itu, mereka mahu memastikan pembangunan sahsiah dan akademik dititikberatkan oleh pelajar serta meningkatkan semangat patriotisme dan intelektual di kalangan mahasiswa, katanya lagi.

Mohd Shahar berkata, persatuan itu juga tidak mahu demokrasi kampus disalahertikan dan dipesongkan untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak mahu mahasiswa terlibat dengan demonstrasi jalananan sehingga menjejaskan pencapaian akademik.

Selain itu, jelajah ini juga akan mengelakkan mahasiswa dari terlibat dengan masalah soasial dan jenayah seperti menjadi keldai dadah, isu seks seperti lesbian, gay dan perkahwinan sejenis.

Acara kemuncak jelajah tersebut merupakan perhimpunan raksasa yang dijangka akan dihadiri perdana menteri bersama kira-kira 5 ribu anak muda, bekas mahasiswa dan NGO.-MK