POLITIK HARIAN: Nurul Izzah Perancang Utama Ku Li Ganti Anwar

Friday, August 5, 2011

Nurul Izzah Perancang Utama Ku Li Ganti Anwar


Mungkin tidak ramai yang tahu siapakah perancang utama perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.

Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR  lah yang menjadi perancang utama Ku Li ganti Anwar.

Faktor-faktor utamanya Nurul Izzah mencaturkan gerakan ini ialah kerana sebagai persediaan jika Anwar, bapanya disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Bagi Nurul Izzah perjuangan mencari keadilan untuk Anwar harus diteruskan dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa mengkhianati Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang seharusnya menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Untuk mengembalikan sokongan politik PKR yang semakin merundum, Nurul Izzah memerlukan orang seperti Ku Li "bapa politik" yang berpengaruh serta berpengalaman dan yang mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim...

Selain daripada itu, Nurul Izzah juga mendapat dorongan dari kumpulan erdogan dalam parti PAS yang taksub kepada ideologi yang dibawa oleh Anwar. 

Sebagai ahli politik yang baru setahun jagung di dalam dunia politik, kekuatan dari segi pengaruh dalam parti, Nurul Izzah dilihat masih serba kekurangan dan boleh dianggap lemah. Oleh itu Nurul Izzah memerlukan pertolongan dari kumpulan erdagon dan Ku Li demi mencapat matlamat perjuangannya.

Kumpulan erdogan pula telah sebulat suara menganggap Anwar sebagai seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar dijulang sebagai pemimpin yang paling berkaliber dan juga pemimpin masa depan. Malahan mereka sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan Presiden mereka sendiri untuk memimpin.


Tidak mustahil juga percatur ini digerakan oleh kumpulan erdegon tersebut bagi memujuk Nik Aziz untuk mengadakan pertemuan dengan Ku Li, dalam mencari penganti Ketua Pembangkang yang setaraf Anwar Ibrahim.

Ku Li juga terkenal sebagai pakar mereka percaturan besar, bermula dengan mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah "political animal" yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kental sehingga kini. Kalau tidak masakan Umno/BN mampu tawan semula PRK di Galas Kelantan?

Ini bermakna Nurul Izzah juga menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada Ku Li untuk membawa perubahan dalam Pakatan Pembangkang sekali gus menerajui Parti Keadilan Rakyat!

Politik Harian/Bro Jinggo

7 comments:

Anonymous said...

segalanya tidak mustahil... nurul izzah memerlukan sokongan yg kuat apabila bapanya berada didalam penjara sungai buluh nanti.. kalau tak, pkr akan terus berkubur.

Anonymous said...

Nurul Izzah Mewarisi Seni Menipu dari DNA Y dan X

Begitulah cabaran berkeluarga. Samada sedar atau tidak, sebenarnya pengaruh awal anak-anak adalah perbuatan dari ibu-bapanya sendiri. Dalam usia kanak-kanak, si ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa segala gerak gerinya diperhatikan, difikirkan dan menjadi ikutan. Apatah lagi mewarisi genetik dari orang tuanya, maka tidak hairanlah jelmaan semula sifat dan tabiat yang terdapat pada anak-anak itu.

Anonymous said...

LOL!

Anonymous said...

seperti yang dijangkakan bro... tradiri perjuangan anak beranak harus diteruskan!

Anonymous said...

ini satu konspirasi jahat dari pihak umno!

Pas menegaskan parti itu tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

isu itu hanya sekadar serkap jarang oleh pihak-pihak tertentu.

Anonymous said...

kalau PR menang PRU13 Tengku Razaliegh menjadi PM.ketika itu Tengku bolehlah bebaskan Anwar dari penjara kalau dia dipenjara nanti.Sama macam kes Abdullah Badwi membebaskan Anwar!kes akan serupa,Pak Lah MP dan PM Malaysia duduk di Penang yg kerajaannya ialah PR-DAP.Ku Li kelak MP dsn PM Malysia duduk dikawasan Kelantan dibawah pentadbiran PR-PAS.

Anonymous said...

Malay PR Menang? Ha ha ha ha...lucu lawak dibulan ramadan. Ha ha ha