Friday, January 6, 2012

Polis Benarkan Perhimpunan 901


Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ianya selaras dengan tranformasi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak...

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap penganjur yang menyokong Anwar atau yang menyokong Saiful bersikap bertanggungjawab pada 9 Jan... Jangan rosakkan harta awam!

Adam Adli Bakal Di Penjara 2 Tahun Kerana Menghasut


Adam, 23, telah dipanggil memberi kenyataan di polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 11am hari kerana berani menurunkan bendera yang ada gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember 2011.

Adam telah disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dengan 'dengan sengaja menghasut kemusnahan keamanan'.

Jika Adam di dapati bersalah hukumannya ialah penjara dua tahun.

Sekurang-kurangnya Anwar Ada gak kawan di Sungai Buluh nanti....

Sebagai pengajaran kepada mahasiswa yang lain... lain kali jangan buat kerja bodoh!

Berita terdahulu : Adam Adli Dipanggil Ke IPD Dang Wangi

Adam Adli Dipanggil Ke IPD Dang Wangi


Adam Adli Abd Halim aktivis mahasewel yang menurunkan bendera di Putra World Trade Center (PWTC) bulan lepas telah dipanggil oleh polis hari ini untuk di soal-siasat mengenai insiden tersebut.

Adam, 23, telah dipanggil memberi kenyataan di polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 11am hari kerana berani menurunkan bendera yang ada gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember 2011.

Peguam Fadiah Nadwa Fikri Liberty yang mewakili Adam berkata, apabila dia bertemu dengan pegawai Inspektor Mohamad Nor dan bertanya mengapa Adam di soal siasat, pegawai terbabit berkata dia di soal kerana ada laporan polis mengenai insiden turunkan bendera.

"Jadi kami tidak tahu sama ada perkara itu benar dan tuduhan apakah yang telah dibuat dalam laporan tersebut.

"Jadi tidak ada asas di mengapa Adam ialah dipanggil kepada balai polis hari ni," dikatakan Fadiah ketika ditemui oleh pemberita di luar balai polis.

Apabila dia bertanya Adam di siasat di bawah seksyen berapa, pegawai polis berkenaan memberitahu yang Adam telah disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dengan 'dengan sengaja menghasut kemusnahan keamanan' dan hukuman ialah penjara dua tahun.

Semasa soal-siasat, Adam diminta menjawab 11 soalan , bagaimanapun, dengan menggunakan seksyen 112 (2) dia tidak menjawab 11 soalan oleh pihak polis.

Sementara itu, Adam berkata soalan yang diberikan oleh pihak polis tidak berasas dan mempersoalkan kepada laporannya di ancam masih lagi belum di siasat.

Malah Adam dan SMM akan kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan ada kekasaran pihak polis terhadapnya dan SMM.

Sedangkan semua orang tahu bahawa, pihak polis telah memberi peluang kepada Adam dan SMM untuk berundur, cuma mereka yang berdegil dan melawan.

Sehinggalah puak SMM mengugut untuk memecahkan pintu pagar UPSI dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan.

Penyokong PAS Ramal Husam Ganti Anwar?


Semakin hampir hari penentuan nasib Anwar Ibrahim semakin banyak ramalan di buat siapakah pemimpin yang paling layak menganti Anwar sekiranya beliau dipenjarakan nanti.

Beberapa blog puak PAS hari ini meramalkan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa orang yang layak untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang tersebut.


Nampaknya puak PAS tak sabar-sabar nak tunggu Anwar masuk penjara, buruk betul perangai diaorang ni...

Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 992 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 666 undian atau 23 peratus.

Manakala Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mengumpul 617 undian atau 22 peratus mengekori di tempat ketiga.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menduduki tangga keempat dengan 293 undi atau 10 peratus, diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 122 undian dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 103 undian.

901: Bom Petrol Sebagai Provokasi


Penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 didakwa mempunyai agenda untuk mewujudkan suasana huru-hara pada hari berkenaan termasuk menggunakan bom petrol sebagai provokasi.

Malah menurut sumber, penganjur setakat ini telah membuat perancangan rapi termasuk mengarahkan setiap cawangan menghantar 500 ahli.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipercayai antara pakatan pembangkang malam tadi, walaupun pada mulanya terdapat bantahan di kalangan pemimpin.

"Ada yang tidak bersetuju untuk memperjuangkan agenda peribadi Anwar Ibrahim namun mereka akhirnya akur.

"Penganjur berjaya mempengaruhi wakil pemimpin parti lain bahawa kempen tersebut bertujuan memperjuangkan hak rakyat dan bukannya demi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

"Berikutan itu, pemimpin daripada parti-parti berkenaan bersetuju untuk mengerahkan ahli mereka berkumpul di beberapa lokasi bermula malam Ahad ini.

"Antara lokasi dikenal pasti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Stesen Bas Jalan Duta, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dewan Orang Ramai Kampung Pandan."

Tambah sumber itu, perhimpunan haram tersebut akan dimulakan di lokasi berkenaan dengan ceramah politik oleh pemimpin masing-masing sebelum perhimpunan keesokannya.

Jelasnya, sebagai persediaan melakukan perhimpunan haram itu, penganjur kempen juga mengarahkan peserta untuk memakai baju T berwarna hitam dengan tulisan putih tertera perkataan 'Bebaskan Anwar 901'.

Katanya, peserta juga akan memakai lilitan kepala berwarna putih dan bakal diletakkan di barisan hadapan dipercayai untuk mewujudkan provokasi ketika berdepan pihak berkuasa.

Difahamkan, polis sedang mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab mencetak baju, lilitan kepala dan kain rentang.

Sumber memberitahu, setakat ini, sebanyak 50,000 kain rentang telah diedarkan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

Menurutnya, pihak berkuasa juga sedang mengesan jika terdapat peserta yang dibekalkan senjata sebagai persediaan untuk mewujudkan suasana huru-hara.

"Berkemungkinan besar, peserta perhimpunan haram akan diarah bertindak agresif ketika berhadapan pihak berkuasa.

"Malah mereka juga diberitahu untuk bersedia jika berpeluang meneruskan demonstrasi seperti negara asing sebagai usaha menjatuhkan kerajaan," ujarnya.

Sumber: Utusan