Saturday, January 7, 2012

Mampukah Penyokong Anwar 901 Mematuhi 10 Syarat PDRM ?


Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
  1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
  10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Yang menjadi persoalannya sekarang... Mampukah penyokong Anwar mematuhi syarat-syarat yang di telah di beri oleh PDRM? 

Aku pasti kekecohan tetap akan berlaku pada 9 Jan ini... 

Jika Ku Li Boleh Jadi PM, Saya Tak Boleh Ke... Amaran Kedua Azmin Ali Buat Nurul Izzah...


Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmin ?

Gurauan yang boleh di pandang serius ianya membawa maksud mendalam sebagai tanda isyarat kedua dari Azmin Ali kepada Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar... Jangan lagi bermain dengan api...

Azmin perlu memberi tahu kepada Izzah dan ahli PKR bahawa beliaulah orang yang paling layak menganti tempat Anwar dan beliau tidak seperti apa yang Izzah sangkakan.

Isyarat ini juga ditujukan kepada ahli PKR, kenapa perlu bawa masuk orang luar untuk mengantikan Anwar Ibrahim, sedangkan orang lama dalam parti hendak di pinggirkan?

Tidak di nafikan sememangnya wujud nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah ramai pemimpin PKR yang tidak berpuas hati sewaktu Nurul Izzah Anwar mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti PKR dulu.

Pada waktu itu, langkah Nurul Izzah telah di lihat merosak momentum sokongan daripada cabang-cabang PKR yang dinikmati sekian lama oleh dream team Anwar Ibrahim menerusi Azmin Ali.

Malah, ramai yang percaya langkah Nurul Izzah tersebut bukan langkah kosong. Ada grand design yang disusun bagi memastikan team Azmin tidak menguasai parti.

Izzah pernah berkata, “Di sinilah bermulanya titik perubahan parti,” .

Mungkin perubahan yang di maksudkanya itu ialah perubahan tanpa Azmin and the geng.


Bukan rahsia lagi, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ‘ngam’ dengan Azmin. Dan bukan rahsia juga, Wan Azizah boleh terima sesiapa saja asal bukan Azmin Ali.

Secara terbuka Wan Azizah pernah menyindir Azmin yang mengatakan Azmin belum matang.

Hati siapa yang tak panas bila mengenangkan dirinya dikhaianat oleh orang-orang yang di hormati...

Amat malang sekali apabila ada yang memberitahu... rahsia Izzah mengatur pertemuan bersama beberapa Ahli PAS untuk membawa masuk Ku Li dalam PKR, sudah lama dikesan oleh Azmin...

Azmin juga tahu Nurul Izzah dan Zaid telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Sila rujuk di sini...

Adakah Azmin Ali akan membawa haluannya sendiri selepas Anwar Ibrahim di penjarakan sekiranya Anwar di dapati bersalah di atas dakwaan kes liwatnya... Kita tunggu dan lihat...

Amy Search Seru Peminat Menjauhi Perhimpunan 901


Pesanan menerusi twitter dari lagenda rock tanah air Amy Search
Rock N Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat-peminatku menjauhi Perhimpunan 901!

Pesanan ini merujuk kepada perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR pada 9 hb Januari nanti.

Amy yang cintakan keamanan berharap agar peminatnya tidak menyertai dan terlibat dalam himpunan tersebut.

UMNO Perlu Perubahan.. Tegas DS Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO memerlukan perubahan meliputi transformasi ‘orang dalam’ parti untuk terus kekal relevan.

Presiden UMNO berkata, atas dasar itu, UMNO tidak lagi boleh bersandar kepada nilai-nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu realistik dengan memandang jauh ke hadapan kerana perubahan landskap politik bukan hanya ‘melanda’ negara tetapi dunia.

“Kita (UMNO) tidak boleh jadi parti automatik first choice tetapi kena buktikan yang kita benar-benar pilihan utama.

“Dahulu, letak songkok pun boleh menang tetapi kini kita dituntut benar-benar berwibawa dan bebas daripada kontroversi.

“Justeru, saya akui kita masih ada ruang penambahbaikan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kita perlu perubahan termasuk orang dalam UMNO sendiri. Dan, perubahan itu adalah sesuatu yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Najib berkata, perubahan yang telah dan akan berlaku dalam UMNO perlu bersandarkan kepada parti yang mampu terus menjadi pilihan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebagai parti politik, UMNO amat memerlukan kerjasama, kefahaman dan sumbangan media untuk menyampaikan mesej perjuangan parti.

“Juga di dalam kupasan dan menerangkan hala tuju perjuangan kita supaya rakyat lebih memahami akan tujuan sebenar sesuatu tindakan serta keputusan oleh UMNO,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis sama, beliau menyampaikan anugerah penghargaan bagi lapan kategori merangkumi rencana terbaik, laporan berita terbaik, fotografi terbaik dan anugerah khas kewartawanan politik terbaik.

Penolong Ketua Pengarang I, Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menerima Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Datuk Zaini Hassan...

Ceramah Anwar Di Petaling Jaya Hambar... Nik Nazmi Terpaksa Kutip Orang Luar Naik Bas Sekolah!


Gambar bas sekolah pun ada..depa parking jauh 

Anwar Ibrahim yang di jadualkan berceramah pada pukul 9 malam tadi terpaksa menangguhkan kedatangnya sehingga lewat malam kerana kehadiran orang ramai pada waktu itu amat memalukan.

Ceramah Anwar di adakan di padang bola 3K Subang Jaya SS 13, sempena Kempen Bebaskan Anwar 901... iaitu 3 hari sebelum jatuh hukum kes liwat...

Menurut info walaupun Nik Nazmi terpaksa membawa orang luar menghadiri ceramah Anwar namun ianya masih dikatakan gagal mendapat sambutan...

Sumber klik di sini...

Di Mana Anwar Pada 26 Jun 08 ?

Tragedi 26 Jun 2008 : Wan Azizah Tidak Tahu Di Mana Anwar!


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri pun tidak dapat mengesahkan di manakah suaminya berada pada tarikh, tempat dan masa yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehari selepas Mohd. Saiful membuat laporan polis, Dr Wan Azizah membuat sidang media di Quality Hotel, Shah Alam pada 29 Jun 2008.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya hadir dalam sidang media itu, telah membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir kerana mengambil keputusan untuk melarikan diri ke kedutaan Turki.

Ketidakhadiran Anwar dan laporan polis bekas pembantu Anwar membuatkan ramai wartawan ingin mengetahui kisah sebenar yang berlaku pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful itu.



Berikut ini adalah transkrip soal jawab antara wartawan dan Dr Wan Azizah di sidang media 29 Jun 2008 :

Wartawan: Datin Seri (Wan Azizah), anda tahu secara sah di mana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?

Wan Azizah tidak terus menjawab soalan itu, sebaliknya salah seorang yang lain mencelah; “haha..polis kena jawab..(soalan ini)

Sambil lewa seolah-olah tidak pasti Wan Azizah menjawab : “Dia (Anwar) mempunyai mesyuarat itu..errr”

“Dia di mana ? ” soal wartawan yang mahukan kepastian daripada Wan Azizah.

Wan Azizah nampaknya keberatan menjawab soalan ini, lantas dengan segera, anaknya Nurul Izzah menghampiri ibunya dan menjawab soalan wartawan itu.

“Dia (Anwar) bersama kami. Sila tanya soalan lain”, tegas Nurul Izzah sambil Wan Azizah menundukkan mukanya menyimpan pelbagai rahsia.

Sumber: AIDC