Monday, January 16, 2012

Orang Minyak Kena Tangkap Masuk Botol


GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Nurul Izzah Tagih Simpati Negeri Pahang!


Pelik tapi benar. Si Nurul Izzah baru - baru ni cuba untuk menagih simpati daripada rakyat termasuklah daripada Menteri Besar Pahang sendiri.

Secara kebetulan, Si Nurul Izzah ni datang tak dijemput ke kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai yang juga merupakan kawasan DUN MB sendiri.


Dalam program setengah hari itu sahaja, kita dapat lihat perbezaan yang ketara diantara pemimpin Barisan Nasional dengan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Si Nurul Izzah ni datang dengan gerombolan konco - konco dia dari Kuala Lumpur dengan satu tujuan iaitu untuk meraih simpati rakyat yang menimpa keluarga dia.


Apa yang dia buat hanya menabur cerita sedih yang dialami oleh keluarga dia yang kononnya teraniaya dari kelakuan buruk Papa dia sendiri. (Kemudian kita cerita isi ceritanya ye).

Manakala MB Pahang pula pulang ke kawasan untuk melawat warga - warga emas dan juga mereka yang kurang upaya disamping berkongsi simpati dengan mereka.


Program kunjungan dari rumah ke rumah ni dijalankan dari pukul 6 petang dan berakhir jam 12.30 tengah malam.



Jadi, tak salah la kalau kita katakan yang Si Nurul Izzah ni datang ke Pelangai bagi meraih simpati dari MB Pahang ye tak.

Lagi pun apa lagi yang dia mampu buat ye tak. Jadi pemimpin, tapi minta simpati rakyat. Bukan ke keadaan tu sepatutnya berlaku sebaliknya? Pemimpin yang sepatutnya berkongsi simpati dengan rakyat. Baru boleh dihulurkan bantuan. Bukan setakat bercakap je!!!

Sumber: Semut Hitam

Sekitar Penyampaian Baucer Bayaran BR1M Perlimen Rembau @khairykj #BR1M


Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin menyampaikan baucer bayaran kepada kumpulan pertama penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Majlis perasmikan penyerahan pertama BR1M berlangsung di Balairaya Seberang Batu Hampar, Dun Chembong Parlimen Rembau.

Selain daripada itu, Khairy turut menyampaikan baucer kepada penerima BR1M di empat lokasi dalam DUN Kota dan DUN Chembong.


Bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar buat janji kosong... Bukan macam Pakatan pembangkang yang hanya pandai menaburkan janji.. habuk pun tarak!




Bantuan ini membuktikan kerajaan prihatin kepada rakyat dan tidak ada kerajaan lain yang benar-benar menolong rakyat selain kerajaan Barisan Nasional

PAS Tunduk Kepada PKR, Nik Aziz Tak Mampu Tutup Mulut Hasan Ali...


Walaupun mendapat kritikan hebat dari Mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi amaran kepada Hasan Ali supaya "jaga mulut" namun ianya tidak mampu menutup mulut Hasan Ali yang terus membongkarkan kepincangan parti PAS.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata parti itu telah tunduk kepada tekanan daripada PKR sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti dengan tidak mengikut prosedur.

Sedangkan perbezaan pendapat antara beliau dan pemimpin tertinggi parti berhubung saranan kepada pelajar supaya tidak menyertai perhimpunan 9 Januari itu telahpun "diharmonikan," katanya.


"Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk dengan tekanan PKR yang meminta saya dipecat. Apakah PAS sudah hilang maruah diri?

"Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini.

Katanya, saranan beliau itu menimbulkan kemarahan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang kemudiannya meminta pucuk pimpinan PAS supaya segera memecat beliau.

"Keesokan harinya (8 Januari) jawatankuasa PAS pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli PAS tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan saya saya sendiri pun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.

"Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik," katanya lagi.

Tambahnya, beliau sepatutnya diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan bertulis.

Hasan berkata, isu berhubung saranan beliau itu telah "diharmonikan" dalam pertemuan dengan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 27 Disember lalu.

Katanya lagi, Abdul Hadi dalam pertemuan tersebut juga telah memberitahunya bahawa langkah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno tidak melanggar disiplin parti.

Video: Pemuda Berada Tahap Akhir Persiapan PRU-13 - @khairykj


Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan telah bersiap sedia dengan jentera dan strategi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu sudah menetapkan strategi dan hala tuju dengan mensasarkan pengundi muda lelaki untuk pilihan raya kali ini. Seterusnya...

Video URL : http://youtu.be/omZtbhR-H-k

Hasan Ali Dedah 'Parasit' PAS


Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini bikin puak PAS kepanasan lagi apabila beliau bercadang untuk dedahkan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang telah mempengaruhi parti itu.

Katanya, perkara tersebut akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS.

Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim,"

Kita tunggu pendedahkan siapa "parasit" dalam PAS yang tak sabar-sabar mahu membunuh karier politik Datuk Dr Hassan Ali.