Wednesday, January 18, 2012

Dr Rani Kecewa Dr Yunus Hairi Angkat Sumpah Exco Ganti Hasan Ali...


ADUN Meru, Dr Rani Osman yang di sebut sebagai calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali kencundang di tangan ADUN Sikijang. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Pas 8 Januari lalu.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.

Pemuda Tidak Gentar Dengan Idea Lapuk Anwar - Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy jamaluddin berkata Pemuda tidak gentar dengan  siri jelajah dalam dan luar negara yang di lancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau menganggap ianya sebagai strategi lapuk yang belum tentu dapat meraih sokongan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pakatan pembangkang.

"Kita tidak gentar, sebab yang nampak dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar adalah semua cerita lama, kalau di tengok di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di adakan di Alor Setar minggu yang lepas, semua yang di bangkitkan itu cerita lama, tidak ada idea baru", kata Khairy selepas merasmikan pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC semalam.


Menurut Khairy, tawaran baru pakatan pembangkang kepada rakyat Malaysia yang di keluarkan menerusi buku jingga 3, kesemuanya sama seperti tawaran yang telah dibuat melalui buku jingga 2 yang terdahulu...

Katanya lagi, kesemua itu adalah gimik dari pakatan pembangkang, malah idea tersebut telah di guna pakai semula seperti, isu turunkan tol, batalkan penyenaraian felda global dan lain-lain lagi cerita lapuk dari Pakatan.

Tambahnya lagi, jika itulah modal yang mereka bawa untuk jelajah Ketua Pembangkang, beliau merasakan tiada impak langsung kepada rakyat, malah Pemuda langsung tidak berasa gentar kerana Barisan Nasional sering membawa pendekatan baru kepada rakyat seperti Batuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan lain-lain lagi.

Khairy juga memberitahu Pemuda UMNO akan mengadakan pelancaran di setiap bahagian dan turun ke padang bertemu rakyat bagi menangkis serangan dari Pakatan Pembangkang.

-Bro Jinggo

Jom Like Facebook Ah Jib Gor 那鸡哥 - FB Milik DS Najib Dalam Mandarin


'Ah Jib Gor', which means 'Brother Najib' in Chinese, was created to give Najib another forum to get social media users to know him as a person -- an ordinary member of society and not straight-jacket as prime minister.

Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".

Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagaimasyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.

"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.

Perdana Menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.

Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.

"Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insane biasa," katanya.Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut.

Sumber  - Bernama