Wednesday, January 18, 2012

Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!


Aku memohon kepada pihak PDRM tolong lah sumbatkan dia orang ni dalam lokap! tak habis-habis nak menjatuhkan maruah pelajar Mahasiswa yang lain. Apa ke bangang sangat budak-budak ni? Mat Indon kat Chow Kit pun pelik tengok perangai budak-budak ni....

Korang nak kapankan sapa tu bro?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kini berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pada asalnya mereka berdemontrasi dihadapan SOGO, namun telah diubah memandangkan kehadiran anggota Polis mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.


Hmm.. Nak bebaskan apa lagi? kan dah bebas bawa pocong ke sana sinun...

Azwan Ali, Ummi Hafilda Berdamai ?


Dikhabarkan Azwan Ali telah memohon maaf kepada adiknya Ummi Hafilda diatas segala kekasaran dan kata-kata kesat yang sering di lemparkan kepada adiknya. Sudah pasti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali sedang kepasan apabila mendengar khabar berita ini.

Apa-apa pun kita berharap agar Azmin Ali pulang ke pangkuan keluargannya dan melakukan seperti yang di lakukan oleh Azwan Ali sekarang ini.

Terdahulu Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tak salah sekiranya kita memohon maaf, buang lah ego yang ada pada diri kita... kerana ego yang menghalang kita daripada memohon maaf.

Elok lah Azwan dah sedar... Azmin bila lagi???

Azmin Ali Arah Azwan Ali Ugut Ummi Hafilda!


Terkini Azwan Ali dikatakan sudah berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda... berita tersebut akan menyusul kemudian... Kita palam Azmin dulu!

Terdahulu Polis menahan bekas pengacara, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

"Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka akan mengadakan sidang akhbar bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Berita terdahulu: Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

Mahasewel SMM Akan Berdemo Di Hadapan Sogo Tengah Hari Ini...


Dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI, Menurut sumber dari Sahabat Gunung Mahasewel tersebut akan membuat kecoh di hadapan SOGO, KL pada jam 1.30 pm.

Sementara itu Adam Adli mahu UPSI pecat beliau terus dari Universiti tersebut.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak singkirkan saya ... adakah kerana mereka tahu saya akan kembali dan mengulangi perkara yang sama?

"Ini satu lagi masalah, bukannya saya malas untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya jika saya dibuang, saya boleh cari tempat lain untuk belajar,"katanya.

So... nak buat apa lagi, SMM berdemo di depan SOGO kalau tuan punya badan dah tak berminat nak belajar di UPSI?

Hah! jelas mereka kini sudah jadi kuda tungangan Pakatan pembangkang...

Dr Rani Kecewa Dr Yunus Hairi Angkat Sumpah Exco Ganti Hasan Ali...


ADUN Meru, Dr Rani Osman yang di sebut sebagai calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali kencundang di tangan ADUN Sikijang. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Pas 8 Januari lalu.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.