Friday, January 27, 2012

Video Seks Anwar Kembali, Kali Ini Anwar Dicabar Serah Video


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Sumber: Utusan

Thursday, January 26, 2012

Video Aziz Bari Mahu PAS Pecat Azizan


Aziz Bari mahu Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Katanya, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.


Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Poyos Gile Aziz Barua ni....

Video URL: http://youtu.be/V2KTh-UQAxQ

Tahniah Undi PR... Rakyat Selangor Dapat Sampah!


Kroni dapat habuan masing-masing, rakyat dapat sampah.. ini mungkin kesimpulan yang boleh dibuat terhadap permasalahan sampah yang dihadapi rakyat negeri Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas masalah yang berlanjutan itu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus berkata rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal di negeri ini.

Tegasnya rakyat Selangor kini semakin sesak nafas kerana terpaksa menghidu bau busuk, sampah berulat yang menghantuai mereka, kerana tindakan bodoh kerajaan negeri yang tidak melanjutkan kontrak Alam Flora yang telah berpengalaman dalam menguruskan sampah dan sisa pepejal ini semata-mata kerana Alam Flora dilantik oleh kerajaan BN dahulu, dan bukannya melihat kepada prestasi Alam Flora.

”Kini, rakyat yang menjadi mangsa. Jika dahulu, pihak Alam Flora akan mengutip sampah tiga kali seminggu, namun pihak syarikat pengurusan baru yang dilantik kerajaan negeri ternyata gagal mengutip sampah tiga kali seminggu, sebaliknya seminggu sekali pun susah.

“Kita yakin, pihak syarikat pengurusan yang baru bukan sahaja tidak berpengalaman seperti Alam Flora, malah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, lori sampah misalnya.

“Jadi, mana mungkin mereka mampu untuk mengutip sampah tiga kali seminggu, jika mereka terpaksa menggunakan sumber terhad untuk menguruskan dan mengutip sampah dan sisa pepejal di seluruh Selangor,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kuang, Selangor seterusnya berkata kerajaan negeri tidak menggunakan pendekatan kerajaan terdahulu yang memilih atau meneruskan kontrak mana-mana syarikat pengurusan sampah melalui pendekatan penilaian prestasi, sebaliknya mereka lebih selesa melantik syarikat dari kalangan kroni mereka.

”Mereka lebih mementingkan kroni mereka berbanding kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor. Masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

‘‘Pentadbiran yang gagal bukan sahaja memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT, akhirnya rakyat yang menderita terpaksa menghidu bau busuk dan sampah berulat setiap hari,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam melihat masalah isu sampah di Selangor khususnya di Shah Alam ini semakin menemui jalan buntu apabila kerajaan negeri terus dengan hasrat mereka untuk menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd dan dalam masa yang sama melantik kontraktor baru yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Ketuanya, Azahari Datuk Shaari melihat kontraktor baru bukan sahaja gagal melaksanakan tugas mengutip sampah-sampah ini, malah mereka mengambil jalan mudah untuk menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai dalang yang membuang sampah di kawasan-kawasan tertentu untuk memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri.

”Memang sudah menjadi moto pakatan pembangkang, `Semuanya salah UMNO’ dalam melepaskan diri mereka dari apa sahaja isu yang membebankan mereka”, katanya.

Justeru beliau mengajak rakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor,” ujarnya.

Siapa Yang Tampal Poster Ambiga Bertanding PRU Ke 13?








Terdesak sangat dah puak ni... Bila muncul saja poster seperti ini dia orang akan tuduh, ini semua UMNO punya kerja! Ceh tuduh pakai air liur saja apa kes? Kalau nak buat tuduhan tu bagi lah bukti yang kukuh! Kemudian dakwa lah di mahkamah!

Beberapa poster berwarna gambar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersih, Dato’ S Ambiga terpapar di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Terdapat dua jenis poster. Poster pertama dengan wajah Anwar tertera tulisan ‘Anwar keldaikan rakyat’, ‘lesbian, gay, bisexual, transex’, ‘Himpunan sex bebas 901’ dan ‘liwat tetap liwat’.

Sementara poster kedua pula dengan imej Ambiga dengan slogan ‘lesbian, gay, bisexual, trans’ dan ‘undi Ambiga undi sex bebas’.

Kedua-dua poster mempunyai logo Seksualiti Merdeka.

Ketua Penerangan PKR Kepong, M S Arjunan membuat laporan di Balai Polis Daerah Petaling, Brickfields, beliau menuduh perbuatan ini dilakukan oleh Umno dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).

Azmin Ali Perlu Selesaikan Masalah Keluarga Dulu Sebelum Berangan-Angan Nak Tawan Johor



Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melahirkan angan-angan untuk merampas kubu kuat UMNO, katanya, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Namun Azmin perlu ingat bahawa rakyat juga melihat pelbagai masalah yang menimpa keluarga Azmin Ali kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menempek kesan yang negatif kepada parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Daripada perbalahan terbuka antara Azmin dengan adiknya Umi Hafilda Ali, sehingga menjangkit kepada seorang lagi adiknya, Azwan Ali, semua ini telah sedikit sebanyak merosakan imej PKR dan Azmin Ali sendiri.

Mana tidaknya, bukan sedikit yang mempertikaikan kemampuan Azmin Ali menyelesaikan masalah negara yang lebih utama jika Pakatan Rakyat dipilih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan kelak, kalau beliau gagal menyelesaikan masalah dalaman keluarganya sendiri.

Jelas dilihat, dikala Azmin cuba menonjolkan Azwan sebagai ahli keluarga yang masih bersama-sama dengannya, Azwan pula mencipta masalah dengan Umi Hafilda dengan mengugut untuk ‘membunuhnya’, sehinggalah masalah tersebut berakhir dengan keduanya berpelukan meminta maaf disamping adegan deraian air mata.

Sudahlah dikhabarkan yang Azmin tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya sendiri!!!

Persoalannya, sehingga mana dan sampai bila isu-isu berkaitan keluarga Azmin Ali ini akan terus melingkari PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat?

Azmin Ali, cubalah cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak membabitkan parti dalam masa yang sama.

Masalah keluarga Azmin ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.

Nasihat aku kepada Azmin Ali selesaikan dahulu masalah keluarga sebelum berangan-angan hendak merampas kubu kuat UMNO, agar kelak tidak memalukan diri sendiri.

Sumber asal klik di sini