Thursday, January 26, 2012

Azmin Ali Perlu Selesaikan Masalah Keluarga Dulu Sebelum Berangan-Angan Nak Tawan Johor



Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melahirkan angan-angan untuk merampas kubu kuat UMNO, katanya, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Namun Azmin perlu ingat bahawa rakyat juga melihat pelbagai masalah yang menimpa keluarga Azmin Ali kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menempek kesan yang negatif kepada parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Daripada perbalahan terbuka antara Azmin dengan adiknya Umi Hafilda Ali, sehingga menjangkit kepada seorang lagi adiknya, Azwan Ali, semua ini telah sedikit sebanyak merosakan imej PKR dan Azmin Ali sendiri.

Mana tidaknya, bukan sedikit yang mempertikaikan kemampuan Azmin Ali menyelesaikan masalah negara yang lebih utama jika Pakatan Rakyat dipilih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan kelak, kalau beliau gagal menyelesaikan masalah dalaman keluarganya sendiri.

Jelas dilihat, dikala Azmin cuba menonjolkan Azwan sebagai ahli keluarga yang masih bersama-sama dengannya, Azwan pula mencipta masalah dengan Umi Hafilda dengan mengugut untuk ‘membunuhnya’, sehinggalah masalah tersebut berakhir dengan keduanya berpelukan meminta maaf disamping adegan deraian air mata.

Sudahlah dikhabarkan yang Azmin tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya sendiri!!!

Persoalannya, sehingga mana dan sampai bila isu-isu berkaitan keluarga Azmin Ali ini akan terus melingkari PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat?

Azmin Ali, cubalah cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak membabitkan parti dalam masa yang sama.

Masalah keluarga Azmin ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.

Nasihat aku kepada Azmin Ali selesaikan dahulu masalah keluarga sebelum berangan-angan hendak merampas kubu kuat UMNO, agar kelak tidak memalukan diri sendiri.

Sumber asal klik di sini

No comments: