Friday, February 3, 2012

Nik Aziz Terus Bertanding Walaupun Sudah Tidak Diperlukan Lagi....


Walaupun terdapat desakan supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dari dunia politik oleh pelbagai pihak namun Nik Aziz tetap mahu meneruskan hasrat beliau untuk terus bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kenyataan Nik Aziz tersebut bebeza dengan pendirian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam PRU.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

Jelas kita lihat disini President Pas pun dah merajuk dengan sikap angkuh Pok Nik ni... Elok lah bawa berehat dari duni politik yang kian mencabar ni...

UKEC Official Video : Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli


UKEC's Projek Amanat Negara (PAN) held on 29 January 2012 featured the first public debate between UMNO Youth Chief, YB Khairy Jamaluddin, and PKR Director of Strategies, Rafizi Ramli. Taking on a Presidential-style format, the session "Public Policy: Vision 2020 -- Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?" was civil and diplomatic as the two renowned as passionate voices for their party's causes squared off. They spoke and in several instances agreed on many issues ranging from Vision 2020, party policies, and race relations, to the rights of students to participate in politics, media access and freedom of assembly.



Rafizi Ramli kelihatan seperti ala-ala lelaki gay dalam sweater biru berdiri di sebelah kiri. Khairy di sebelah yang satu lagi kelihatan pintar dengan sut kemas bagaikan gaya seorang ahli politik yang berjaya dalam karier. Jika anda mengikuti politik Malaysia, anda akan tahu bahawa kod pakaian masing-masing tidak lebih daripada untuk mencerminkan gaya individu mereka sendiri.

Video URL: http://youtu.be/fmP144ECssU

Ketua Dewan Ulama Pas Mengundang Bala, Tegur Tok Guru Anwar


Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib dinasihat supaya tutup mulut, jika tidak mahu menerima nasib sepertimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh kepimpinan Pas setelah membuat teguran kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat Hasan Ali dipecat kerana kelantangannya mengkritik Anwar dan mendedahkan parasit yang telah menguasai pimpinan Pas dan Ketua Dewan Ulama perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Dewan Ulama Pas hari ini tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

”Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

”Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya

Zahid seterusnya menegaskan parasit-parasit Pas akan memusnahkan parti itu sedikit demi sedikit dan sekaligus bakal membawa kepada kehancuran kelak.

Thursday, February 2, 2012

Puak PAS Senak Perut Dengan Roadshow Hasan Ali


Sesiapa yang mengikuti dari awal siri jelajah bekas orang kuat PAS, Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.

Melihat dari jumlah kehadiran orangramai, aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.

Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.

Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.

Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.

Mereka yang mendengar ceramahnya yang bersemangat dan disampaikan dengan jelas itu dibawa menyusuri kongkalikong pakatan tiga parti yang tidur sebantal mimpi lain-lain itu.

Di Bukit Gantang misalnya, penganjur memberitahu Agendadaily lebih lima ribu orang keluar mendengar penerangan Hasan Ali.

“Kita sediakan 10 khemah, 2,000 kerusi penuh, yang berdiri pun ramai, dan kebanyakan mereka orang tempatan yang hadir naik motor saja,” katanya yang enggan dikenali.

Di Jalan Kebun, Klang lebih 2,000 hadir.

Di Bangi, ketika Agendadaily berkesempatan menyaksikan sendiri ceramahnya pada malam Selasa, tidak kurang hebat.

Enam khemah dan 800 kerusi penuh, yang berdiri di sekitar padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu pun ramai. Dianggarkan tidak kurang daripada dua kali anda jumlah yang duduk berkerusi.

Ada yang naik motor, tapi kebanyakannya berkereta, sehingga siapa yang lambat kena jalan kaki jauh sebab tempat parking penuh.

Dalam siri jelajahnya, Dr Hasan Ali tidak keseorangan dari PAS, beliau ditemani dengan seorang Hassan lagi, iaitu bekas ketua penerangan PAS Selangor Ustaz Hassan Basri.

Hassan Basri pun bukan calang-calang pemidato, kalau dengar dari jauh tak tengok muka, gayanya saling tak tumpah macam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Norman Toha, bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor, yang mengacarakan majlis, lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah.

Kiranya jentera utama Dr Hasan untuk berkempen dalam siri jelajah ini adalah kawan-kawan lama beliau dalam PAS. Berdasarkan jadual yang disusun oleh SMU, Dr Hasan akan menjelajah seluruh Selangor sehingga hujung bulan Febuari ini.

“Setiap malam beliau ceramah, ada hari yang programnya bermula pagi, iaitu majlis penerangan dengan NGO Selangor yang kita panggil Wacana Ilmu.

“Ada program yang bermula petang macam majlis Hi-Tea, tapi hampir semua program adalah sebelah malam, meliputi DUN-DUN yang dikuasai PAS seperti Meru, Selat Klang, Sijangkang, Gombak Setia.

“DUN PKR kita pergi ke Bukit Antarabangsa, Ijok, Kota Damansara, Taman Medan dan banyak lagi,” kata Norman.

Agendadaily berkesempatan melihat kertas jadual program-program Dr Hasan Ali tersebut, yang mana, hari yang dibiarkan kosong hanya Jumaat. Lain-lain sudah penuh setiap nama tempat dan DUN sasaran.

Orang kata dari segi mobilisasinya amat terancang, lelah dan senak perut jugalah PAS dan PR hendak counter semua ceramah dalam siri jelajah ke seluruh pelusuk Selangor itu.

Sudah tentu isu utama yang disentuh Dr Hasan dalam siri jelajahnya adalah sebab pemecatan beliau dari PAS pada 8 Januari lalu. Pemecatan yang dibuat tanpa pertuduhan dan hak beliau untuk membela diri, katanya.

“Tidak ada sekeping suratpun yang dihantar untuk memaklumkan pertuduhan atau jemputan untuk saya menghadiri sesi soal siasat sebelum dipecat,” katanya.

"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah…

"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai...” katanya dengan retorik yang memukau hadirin.

Sebagai bekas orang nombor tiga PAS, pengaruhnya dalam parti tersebut tidak boleh dipandang ringan,. terutamanya di Selangor yang mana beliau merupakan Pesuruhjaya PAS negeri sejak 2004 lagi.

Selain kepada ahli PAS, peengaruhnya juga menyusur juga kepada golongan atas pagar yang selama ini berjinak-jinak dengan parti pembangkang. Golongan kelas pertengahan Melayu, yang suka dengan gaya ceramah motivasi Dr Hasan, yang mengenali beliau sejak di zaman beliau menjadi penceramah Biro Tata Negara (BTN) lagi.


Bukan sehari dua Dr Hasan dengan BTN, lebih 20 tahun, terlibat dengan kursus-kursus yang membabitkan kakitangan awam seluruh negara.

Juga golongan muda, bekas-bekas anak didik beliau dalam ‘summer camp’ yang mana beliau kelolakan bersama isterinya, selama 38 tahun dan cukup terkenal satu masa dulu.

“Tindakan PAS pecat Dr Hasan Ali pada waktu-waktu hampir dengan pilihanraya seperti ini merupakan rahmat kepada UMNO Selangor, ‘bola tanggung’ kepada kita,” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang Anuar Basiran.

Sungguhpun, UMNO Selangor tidak bergantung kepada pengaruh Hasan untuk membuat penerangan mengenai isu-isu semasa di Selangor, tetapi tempias dari pemecatan itu menguntungkan UMNO.

“Sekarang orang Melayu Selangor yang sebelum ini rapat dengan pembangkang ‘tersentap’ dengan segala macam masalah PR, mereka sedar bahawa PR bukan kerajaan yang boleh diharap,” katanya.

Dr Hasan, kata Anuar, merupakan ‘penyapu baru’ untuk mencuci kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Saya rasa UMNO sudah pasti akan ambil kesempatan semaksimum mungkin atas kucar-kacir dalam PR ini. Kita orang politik, benda ni macam bola tanggung, kita tak smash rugi besar lah…” katanya yang turut serta di Bangi.

“Dari pemerhatian saya, yang datang pada ceramah Dr Hasan adalah orang PAS yang keliru, mereka hendak dengar sendiri penjelasan daripada beliau, kedua pengundi atas pagar, Melayu bandar, kakitangan kerajaan, golongan pertengahan, mereka ini bukan jenis terima segala kata-kata dari pemimpin PAS.

“Ketiga penyokong NGO HIMPUN yang Dr Hasan merupakan orang kuatnya, serta penyokong dan keempat penyokong UMNO, yang rasa boleh ambil kesempatan ‘bola tanggung’ ini,” kata Anuar.

Dr Hasan sendiri selesa dengan membangkitkan tiga perkara dalam siri jelajahnya, IMR - Islam, Melayu dan Institusi Raja, yang kalau kita teliti tidak berbeza langsung dengan perjuangan UMNO selama ini.

Selain IMR, beliau yang juga merupakan bekas exco kerajaan negeri menceritakan pengalaman-pengalaman peribadinya, sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Modal Dr Hasan adalah kisah benar bagaimana PAS menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Beliau turut menceritakan kunjungan seorang wakil PAS Pusat bertemu dengannya sebagai langkah untuk ‘tone down’ beliau yang aktif mencegah mungkar di Selangor.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," kata wakil PAS Pusat tersebut cerita Dr Hasan yang tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soal Dr Hasan.

Hadirin yang berdiri dan duduk terpukau dengan kepetahan bekas pakar motivasi nombor satu negara ini dulu. Di Shah Alam misalnya, hadirin menangis bersama dengannya ketika membaca zikir dan doa.

Beliau tahu cara untuk bermain dengan ‘emosi’ orang ramai yang hadir. Sebab itu, ada yang berani bertaruh, jika Dr Hasan pusing Selangor sehingga hujung Febuari ini, PAS dan PR terpaksa buat macam-macam ‘damage control’.

Dr Hasan, macam kata orang kuat UMNO Sepang, Anuar Basiran, jadi ‘penyapu baru’ mencuci kekotoran PR supaya orang Melayu Selangor dapat melihat dengan lebih jelas lagi.

Lagi Kepala Babi Di Masjid... Kali Ini Di Sentul Pula


Jangan main-main lah... sesuka hati je letak kepala babi dalam masjid, Allah turunkan bala kat Malaysia ni nanti baru tau... Bangsat betul la orang yang main kepala babi ni!



Selepas penemuan kepala babi di sebuah masjid di Rawang kelmarin, Masjid Al-Hidayah, Sentul turut dikejutkan dengan insiden yang sama.

Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan.

Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.

Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi.

Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam.

Video Anwar Sokong Negara Israel Disebarkan Di You Tube


Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.


“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.

Anwar berkata begitu ketika menjawab soalan salah seorang peserta bernama Stanley Kober dari Cato Institute, Amerika Syarikat (AS) yang meminta penjelasan daripadanya kenapa beliau juga turut menyokong usul mengkritik Israel berkaitan insiden flotila dalam parlimen Malaysia.

Barangkali, menurut firasat peserta itu, Anwar sebagai Ketua Pembangkang Malaysia sepatutnya menentang usul mengkritik Israel dalam parlimen Malaysia itu dan jika beliau juga turut menyokong usul tersebut bermakna beliau juga termasuk dalam salah seorang yang boleh dilabel sebagai ‘anti-semitik’ (anti-Yahudi).

Anwar menjawab beliau sebagai Ketua Pembangkang berkata beliau berasa sangsi dan menolak usul mengkritik Israel yang dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana katanya tindakan mengemukakan usul anti-Israel sama seperti mengamalkan polisi ‘rasis’ atau perkauman.

“Perdana Menteri Najib (yang) telah mengemukakan usul tersebut, mengkritik tindakan kejam negara Zionis Israel. (Saya dan) Pihak pembangkang, (sebenarnya) rasa sangsi, (untuk) menyokong resolusi tersebut.

“Tetapi ramai di kalangan kami sedar bahawa tidak perlu untuk bersikap anti-Yahudi, anti-Semitik kerana sama seperti bersikap perkauman”, katanya.

Untuk mengukuhkan jawapan, dan membuktikan beliau menolak usul anti-Israel itu, Anwar mendakwa, dirinya adalah mewakili kumpulan yang menyokong idea ‘two State Solution’ dalam isu penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Dalam rakaman di atas, Anwar juga turut mengkritik undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia yang disifatkan tidak demokratik seperti hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno untuk kes minum arak dan melarang penggunaaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian.

‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).

Baca lagi di sini...