Wednesday, February 8, 2012

Video Kenyataan Penuh Hasan Ali Tidak Akan Rayu


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.


Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini, petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata, hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

“Sebelum ini, saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh ‘parasit’ di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

“Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti,” katanya.

Hasan menambah, antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana mendapati pimpinan ‘parasit’ dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi ‘parasit’ tidak menyebelahi beliau.

“Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

“Hampir dalam semua perkara, Pimpinan ‘parasit’ ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam,” katanya.

Nurul Izzah Gagal Di Lembah Pantai


Tragedi Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan 2 Naib Presiden PKR di Lembah Pantai - Jangka 5000 datang tapi hanya 300 yang hadir!

Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama.

Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.

Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.

Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.

Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini.

Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak. Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.

Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!

Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!

Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!

Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit. Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!

Lantak korang ler!

Untuk cover malu, orang-orang Nurul cuba alih perhatian dan komplen dalam twitter yang banner kena potonglah, kena sabotaj lah dan sebagainya. Sedangkan jelas pengundi di sini sudah jelak dengan Nurul Izzah.

Bak kata seorang uncle Cina, "ini Ijah manyak cantik elok kasi masak sama laki saja la kat dia punya rumah!"

Yang pasti ini adalah petanda awal kekalahan PKR di Sentosa dan Lembah Pantai.

Nampak gayanya kerja-kerja Raja Nong Chik sejak hampir 2 tahun lalu di Taman Seri Sentosa (tengok FB Raja Nong Chik) sudah berjaya mengukuhkan kedudukan BN di situ.

Wartawan kami juga turun ke program Anwar selepas itu di Brickfields, situ lagi best Anwar kena dengan orang India. Tunggu laporan kami dalam post seterusnya.

Nota: Papa dah bebas... nak perjuangkan apa lagi Nurul? duduk rumah jaga suami lagi baik....

Sumber: Berita Lembah Pantai

Monday, February 6, 2012

Saddis Ceramah Chegu Bard Tak Ada Orang @chegubard



Malam tadi pula berlangsung satu lagi ceramah Pakatan Rakyat di Pinggiran Senawang dalam kawasan Parlimen Rembau. Ceramahnya disampaikan oleh Chegu Bard, Mohd. Taufek (ADUN Paroi) dan Adli Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka). Din Puduraya sebagai penceramah jemputan tidak dapat hadir.

Ceramah dijadualkan akan dimulakan pada pukul 9 malam tetapi kerana hadirin yang hadir amat menyedihkan iaitu sekitar 50 orang, ceramah terpaksa ditangguh hampir 45 minit kerana menunggu ketibaan hadirin. Baca lagi di sini...