Wednesday, February 8, 2012
Nurul Izzah Gagal Di Lembah Pantai
Tragedi Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan 2 Naib Presiden PKR di Lembah Pantai - Jangka 5000 datang tapi hanya 300 yang hadir!
Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.
Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama.
Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.
Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.
Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.
Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.
Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.
Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.
Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini.
Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.
Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak. Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.
Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!
Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!
Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!
Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit. Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!
Lantak korang ler!
Untuk cover malu, orang-orang Nurul cuba alih perhatian dan komplen dalam twitter yang banner kena potonglah, kena sabotaj lah dan sebagainya. Sedangkan jelas pengundi di sini sudah jelak dengan Nurul Izzah.
Bak kata seorang uncle Cina, "ini Ijah manyak cantik elok kasi masak sama laki saja la kat dia punya rumah!"
Yang pasti ini adalah petanda awal kekalahan PKR di Sentosa dan Lembah Pantai.
Nampak gayanya kerja-kerja Raja Nong Chik sejak hampir 2 tahun lalu di Taman Seri Sentosa (tengok FB Raja Nong Chik) sudah berjaya mengukuhkan kedudukan BN di situ.
Wartawan kami juga turun ke program Anwar selepas itu di Brickfields, situ lagi best Anwar kena dengan orang India. Tunggu laporan kami dalam post seterusnya.
Nota: Papa dah bebas... nak perjuangkan apa lagi Nurul? duduk rumah jaga suami lagi baik....
Sumber: Berita Lembah Pantai
Labels:
Nurul Izzah,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Dok umah ngangkang kasi suami lgi best!!!! Muahahahaha
sebut pasal angpaw RM2 , teringat company aku( bukan Cina) bagi , RM2 la jugak, tapi tunggu duit raya RM500 x sampai2 lagi la pulak, camna jang?
buat bro jinggo .jgnlah bercerita kononnya bro ni tahu semua nya .saya bukan lah sokong mana2 tapi saya ada dlm 2 prgrm yng bro sebut tu.tk lah 300 orng yng hadir ia melebihi 1000 orng juga .bagi saya kalau sesiapa pun menang kami sebagai penghuni di lembah pantai nak kan perubahan ,wlpun yb nurul pembangkang tetapi beliau masih lagi menjaga kebajikan rakyat dilembah pantai wlpun peruntukan sepatutnya yang harus disalurkan pada rajyat telah disekat oleh kerajaan .buat raja nong jika beliau ingin menjadi calon bn dilembah pantai biarlah berlawan secara adil janganlah bermain politik kotor .semua aktiviti kalau raja nong boleh buat khemah boleh buat program terbuka kenapa yb nurul selalu mp yng di pilih rakyat lp tidak diberikan peluang yang sama.disitu pun sudah tidak nmpk ketulusan.jadi bila ia seimbang dari situ kita boleh menilai sejauh mana sokongan rakyat terhadap raja nong dan yb nurul .saya ni ibarat kan atas pagar saya akan memilih melalui pemikiran yang saya rasa telus dan bersih dari semua sudut .
Post a Comment