Tuesday, April 10, 2012

Hukuman Adam Adli Kekal!


Jawatankuasa Disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menolak ra­yuan Adam Adli Abdul Halim yang menerima penggantu­ngan tiga semester pengajian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan penggantungan sudah bermula.

“Kes ini telah selesai. Rayuan tidak diterima kerana ia mensabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya berkuat kuasa bermula Semester II

Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

“Pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bersidang dan mengekalkan huku­man tersebut” katanya.

Jawatankuasa universiti membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan kepenti­ngan, nama baik universiti, pe­nuntut dan kakitangan serta ketenteraman keselamatan awam dan tatatertib.

Adam Adli menerima hukuman berhubung dua pertuduhan, menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember tahun lalu dan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada sambutan malam tahun baru 2012.

Wang Besar $$ RM100,000 Kepada Sesiapa Yang Dapat Buktikan Datuk K-Rozita Berkahwin!


Datin Zaiton Mohd. Jiwa hari ini menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil menunjukkan bukti bahawa adiknya, Datuk Khalid atau Datuk K telah mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Zaiton berkata, dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang sebesar itu demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza itu.

"Kenalah berani berdepan. Kita mahukan bukti, jadi kepada mereka yang terlibat kita minta mereka tunjukkan bukti tersebut dan jika ia tulen serta sahih, ganjaran itu akan saya berikan.

"Ini bukan pertama kali cerita sebegini keluar, malah semasa keluar gosip pertama dulu, saya pernah minta supaya ditunjukkan kad jemputan perkahwinan mereka tetapi tiada siapa yang datang menunjukkan bukti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.


Zaiton yang juga penerbit Global Station Sdn. Bhd menambah, pihaknya mengambil tindakan sedemikian bagi memastikan maruah keluarganya tidak dicalar sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Zaiton juga melahirkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir penulis blog yang tidak henti-henti daripada terus menghangatkan isu tersebut.

"Keluarga kami rapat dan kami tahu berita itu tidak benar. Malah saya percaya adik saya tidak melakukannya, jadi bagaimana dengan persepsi masyarakat bila mereka terus disogok dengan berita-berita sedemikian," soalnya.

Sementara itu, Khalid atau Datuk K pula berkata, dia tidak pernah mengenali Rozita, apatah lagi mengahwininya.

Ujarnya, dia juga tidak pernah rapat dengan mana-mana ahli keluarga pelakon tersebut seperti yang diperkatakan.

"Kalau ada yang kata saya pernah rapat dengan dia, itu fitnah besar kerana saya tidak pernah mengenali atau rapat dengan dia atau mana-mana ahli keluarga pelakon tersebut.

"Jujurnya saya sudah sampai ke tahap 'menyampah' dan 'geram' untuk terlalu memikirkan gosip-gosip liar yang membabitkan diri saya ketika ini," tegasnya.

Datuk K menambah, sebenarnya mereka suami isteri sudah cukup lali dengan gosip-gosip sedemikian tetapi apabila isu berkenaan turut mendapat perhatian rakan-rakan perniagaannya perkara itu menjadi tidak manis.

"Jadi cukup-cukuplah. Saya sudah tidak mahu komen benda-benda remeh seperti ini dan malas serta menyampah sebab ia macam tak pernah habis," ujarnya.

Jelas ahli perniagaan itu lagi, jauh di sudut hati, dia tidak pernah terfikir untuk menduakan isteri kesayangan yang dianggap sebagai permata berharga dalam kehidupan.

Monday, April 9, 2012

Mari Belajar Bahasa Inggeris Bersama Mahfuz Bean!


Bila Mahfuz cakap omputih! macam haram jadah kui! kui! kui!

Shahrizat Bukan Seperti Wan Azizah... Patah Sayap Terbang Jua...


Pembangkang khususnya pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli boleh bangga kalau isu NFCorp yang mereka ‘spin’ berjaya singkir Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada kerusi Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Memang strategi pembangkang yang percaya dengan menumbangkan Shahrizat,pergerakan Wanita UMNO yang diketuai olehnya turut lumpuh sekaligus memudahkan mereka menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Umum mengetahui, selain Pemuda UMNO, pergerakan Wanita adalah jentera terpenting parti dan Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya.

Dengan mematahkan sayap Wanita, pembangkang fikir perjalanan mereka ke Putrajaya semakin senang tetapi malangnya, mereka harus ingat bahawa Shahrizat akan lebih ‘gagah’ kerana bertongkat paruh, beliau akan berjuang juga.

Walaupun hari ini, Isnin beliau sudah tidak memegang jawatan menteri kerana keputusannya sendiri tidak mahu jawatan Senator yang masih berbaki sepenggal disambung, Shahrizat sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk aktiviti parti.

Perkara inilah harus dibimbangi pembangkang kerana Shahrizat bukan seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang hanya ' penunggu kerusi' yakni ketua pada nama tetapi semua hal parti diuruskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat juga bukan seperti Wan Azizah yang tidak berani menanggung tanggungjawab atas segala dakwaan terhadap Anwar masih mempertahankan ‘suami anugerah Tuhan’ itu, walaupun jam Omega dan video 99.9 peratus tulin mirip menyerupai Ketua Pembangkang itu adalah bukti terbaik boleh mengaitkan Anwar dengan pelacur China terbabit.

Pembangkang mungkin berfikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menerima peletakan jawatan Shahrizat tetapi kedua-dua mereka cukup matang berpolitik dan tahu apa patut diutamakan.

Ekoran itu, pembangkang kini hanya boleh senang hati sebab Shahrizat bukan lagi menteri Kabinet tetapi mereka harus sedar bahawa Shahrizat kini milik penuh UMNO dan BN, apatah lagi menjelang ibu segala pilihan raya nanti.

Usaha pembangkang untuk melihat perpecahan dalam Wanita juga tidak kesampaian kerana kritikan Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim hanya ibarat ‘ribut dalam cawan’ dan semua itu sudah reda malah pergerakan Wanita UMNO kini ibarat seikat penyapu- semakin kuat dan kukuh untuk menyapu pembangkang.

Shahrizat pasti sedar sokongan tidak berbelah bagi sayap diketuainya dan peranan Wanita UMNO sejak dahulu lagi bagi memenangkan BN.

Pasti kini beliau ada lebih banyak masa dan ruang turun padang mendekati rakyat dan pengundi bukan sahaja untuk menawan mereka tetapi menangkis segala temberang dan janji kosong pembangkang.

Beliau adalah pemimpin yang mudah didekati, mesra dan senang diajak berbicara.

Namun, disebalik lemah lembut, Shahrizat juga tegas dalam tugasnya dan inilah harus dibimbangi PKR,DAP dan PAS bahawa mereka hanya tersilap dengan mengaitkan isu NFCorp dengan Shahrizat pada hal Shahrizat tidak
ada kaitan kecuali syarikat itu milik suaminya.

Kesilapan pembangkang itu ibarat menyintuk luka Shahrizat dan kini mereka kena bersedia menerima amukan pemimpin kanan UMNO dan BN tersebut.

Berbaki tiga bulan atau paling lewat enam bulan sebelum pilihan raya umum 13 seperti di uar-uarkan, Shahrizat sudah boleh turun gelanggang, mengatur langkah, memalu gendang. Dengan tenang kerana jawatan menteri bukan lagi bebanan beliau. -Agendadaily

Loji Lynas Merbahaya Satu Pembohongan


Isu kilang Lynas masih belum reda walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan beserta dengan bukti-bukti saintifik, lengkap dengan kelulusan dari Atomic Energy Licensing Board (AELB) dan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang mengesahkan bahawa kilang tersebut adalah selamat.

Pihak-pihak yang menentang Lynas nampaknya mengambil sikap ‘pekak badak’ iaitu menutup telinga sambil mulut tidak habis-habis membuat bising. Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan puak chauvinis dan rasis, pasti sudah biasa berhadapan dengan sikap ‘pekak badak’ sebegini. Apabila dikritik, atau apabila sifat rasis mereka terdedah, mereka hanya akan ‘buat-buat bodoh’ sahaja seolah-olah tidak bersalah dan tidak terlibat langsung.

Begitulah halnya apabila puak penentang Lynas ini dijemput melawat kilang tersebut, mereka telah menolaknya. Apabila diminta membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang operasi, pihak penentang Lynas enggan pula. Malah AELB dan IAEA, iaitu badan tertinggi antarabangsa dalam soal atom dan nuklear juga dituduh mereka sebagai penipu atau korup belaka.

Puak ini nampaknya lebih selesa membuat bising di jalanan, membuat demonstrasi besar-besaran dan terus memainkan isu kononnya kilang Lynas berisiko membawa pencemaran radioaktif di dalam media, terutama media yang berbahasa Cina.

Maka jelaslah bahawa penentangan mereka mempunyai motif tersirat. Bagi memahami motif ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini.

Penentang Lynas memakai topeng pencinta alam dan bergerak atas nama Himpunan Hijau. Namun, semua ini hanyalah penyamaran semata-mata. Mereka sebenarnya terdiri dari pembangkang terutamanya DAP atau lebih tepat lagi kaum Cina. Ini kerana, terdapat beberapa golongan di dalam MCA juga mengambil pendirian yang sama dengan DAP serta enggan menerima penjelasan saintifik dari pihak-pihak yang berkenaan. Selain MCA dan DAP, PKR juga memainkan peranan penting dalam isu ini sebagai balaci setia pengampu kaum Cina demi undi dan publisiti.

Tetapi, kenapa kaum Cina yang begitu beria-ia dengan Lynas berbanding kaum lain? Kenapa Lim Guan Eng sendiri dengan bangga menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu Lynas? Kenapa?

Kerana ia ada kena mengena dengan semangat cintakan negara asal nenek moyang mereka, iaitu China. Negara China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi iaitu membekalkan 95% - 97% dari keperluan dunia. Dengan pembinaan kilang Lynas di Malaysia, dominasi pengeluaran nadir bumi oleh negara China akan terpecah dan inilah yang menjadi masalah bagi kaum Cina.

Tidak mustahil adanya gerakan sepadu antara pihak di China dengan kaum Cina di Malaysia untuk memastikan kepentingan negara China dipertahankan. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kaum Cina telah sepakat untuk menghalang Lynas dari beroperasi dengan apa cara sekali pun.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa isu Lynas adalah lebih dari satu lagi ‘political stunt’ bagi pembangkang meraih publisiti dan undi. Isu Lynas telah membongkar sikap sebenar majoriti kaum Cina di Malaysia yang tidak pernah mencurahkan kesetiaan kepada negara ini dan masih mengikat diri mereka kepada negara asal.

Bukan mereka tidak tahu bahawa Lynas akan menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM8 billion setahun dengan peningkatan yang pasti setiap tahun. Justeru, tindakan mereka menentang Lynas bolehlah ditafsirkan sebagai mengsabotaj ekonomi negara sendiri atau dalam ertikata lain, sebagai pengkhianat.

Logiknya, jika kilang memproses nadir bumi begitu merbahaya, kenapakah China sebagai pengeluar utama tidak pula mengalami apa-apa masalah sama ada dari segi bantahan penduduk mahupun bencana radioaktif selama ini?

Begitu juga dengan Australia, Perancis, India, Amerika dan Russia yang juga mempunyai kilang yang sama di negara mereka, tidak pernah lagi mengalami bencana yang berpunca dari pemrosesan nadir bumi. Malah, bantahan dari penduduk juga tidak didengari.

Lalu, kenapakah hanya apabila ia dibuka di Malaysia dengan kemampuan untuk menyaingi China maka memproses nadir bumi tiba-tiba menjadi sesuatu yang amat kontroversi?

Sesungguhnya, akal yang waras akan mampu melihat bahawa tidak mungkin kepimpinan Barisan Nasional begitu bodoh akan membenarkan sebuah kilang yang merbahaya dibuka di Malaysia. Adalah tidak masuk akal bagi kerajaan BN untuk sengaja merisikokan alam sekitar dan kesihatan rakyat hanya untuk menambah pendapatan negara - terutamanya ketika negara sedang mengalami demam pilihanraya.

Hakikatnya, BN telah terbukti sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini dan ini sudah cukup untuk meyakinkan ramai bahawa penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda jahat yang tersirat.