Tuesday, April 10, 2012

Buatlah BERSIH 3.0... Aiman Tak Kisah Pon!


Korang nak berdemo sangatkan buat lah.... Kali ni takde sapa pun nak halang...

Hahahaha! Kita orang tak kisah pun! Biar rakyat tengok kebodohan korang semua... Apa celop BERSIH Tiga Suku!

Kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 28 April ini kerana ia dilihat tidak membabitkan isu keselamatan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penganjur perlu mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung tempat dan masa penganjuran yang sesuai bagi memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai.

P/S Aiman tak kisah pon!

Exco Dewan Pemuda PAS Sokong Komunis



Ramadhan Fitri adalah bekas Presiden PMIUM yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah JPM Dewan Pemuda PAS Pusat. Ramadhan Fitri pernah memuja komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Tidak hairanlah sekarang ini Mat Sabu juga menyanjung kuat Mat Indera sebagai hero. Malah kenyataan Mat Sabu itu semakin menguatkan Mat Sabu dalam PAS kerana PAS sudah dikuasai oleh mereka yang sealiran dengannya. PAS sudah dipengaruhi oleh penyokong-penyokong perjuangan PKM.




Sumber: Angin Perubahan

Rumah Urut Di Kuala Selangor Kini Setaraf Bukit Bintang! Hebat @DrDzul


‘Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Dapat Nikmat’, demikian tertulis di kain rentang yang terpasang di sekitar Bandar Kuala Selangor.

Tinjauan Mychannel13.com pada mulanya tercari-cari apakah maksud ‘nikmat’ pada ayat tersebut memandangkan tiada apa-apa pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan ini.

Cuma yang menarik perhatian - di kawasan itu sahaja, terdapat tujuh buah pusat urutan refleksologi.

Tidak pasti, adakah ini yang dimaksudkan dengan rakyat dapat nikmat?

Suhaidi bin Md Salleh, 39, seorang peniaga yang berasal dari Kuala Selangor berkata situasi di situ sekarang ini sudah setanding dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur berdasarkan kewujudan pusat urut yang semakin bercambah.

Apa yang merisaukannya adalah pusat-pusat urut ini didakwa turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Keadaan di sini sudah lebih kurang macam di Bukit Bintang. Dulu di Kuala Selangor langsung tidak wujud rumah urut. Tapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini, saya dapati semakin bersepah rumah urut muncul di sini,” katanya.

“Di bandar ini sahaja ada tujuh buat pusat urut yang beroperasi. Sebagai orang tempatan saya tak puas hati,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau hairan memikirkan mengapa tiada langsung tindakan yang diambil oleh hli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sedangkan lokasi pusat-pusat urut tersebut sangat hampir dengan pejabatnya.

“Saya hairan apa peranan ahli Parlimen yang dating dari sebuah parti yang gembar-gemburkan perjuangan Islam. Pejabat dia sangat dekat (dengan rumah urut). Tapi langsung tiada tindakan,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk Mohd Nizam Saroni, 37 berkata sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kuala Selangor, tiada sebarang lesen untuk rumah urut beroperasi diluluskan.

Namun begitu katanya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, segala-galanya berubah apabila bukan setakat urutan yang ditawarkan, tetapi juga kegiatan maksiat.

“Hotel murah pun sudah ada di sini. Pelanggan boleh check in sejam dengan kadar bayaran RM20 sahaja. Mesin perjudian juga semakin bercambah. Boleh dikatakan hampir di setiap kawasan perumahan terdapatnya kedai-kedai mesin judi ini,” katanya.

Menurut Nizam, punca kepada berlakunya perkara tersebut adalah kerana tiada pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membanteras gejala tersebut.

Katanya, jika ada pun operasi dijalankan, ia sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Inilah punca-puncany a budak-budak ponteng sekolah. Kebanyakan yang terpengaruh adalah remaja. Inilah punca-punca gejala sosial di kalangan remaja semenjak Pakatan Rakyat memerintah.

“Terkejut juga saya bila dalam masa sekejap ini (Selangor di bawah Pakatan Rakyat) sudah ada tujuh rumah urut yang wujud.

“Kalau boleh PBT hapuskan terus rumah urut ni. Tapi saya rasa mustahil selagi Pakatan mentadbir Selangor. Kebanyakan yang dibawa hanya kepada membawa gejala yang merosakkan, saya rasa sampai sini sahaja untuk Pakatan,” katanya.

Shahrizal Zainon, 36 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Katanya beliau turut merasa pelik kenapa seolah-olah kerajaan negeri memandang remeh perkara tersebut sedangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kuala Selangor.

“Benda ni sebenarnya adalah satu perkara yang cukup tak baik dan mendatangkan gejala sosial pada masyarakat. Sebelum ini tak wujud langsung rumah urut. Tetapi sekarang ini yang ada ini diluluskan oleh kerajaan tempatan atas alasan pusat refleksologi tapi sebaliknya benda lain berlaku. Khidmat seks turut ditawarkan,” katanya.

Menurut beliau, tiada sebarang pembangunan yang boleh dilihat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran melainkan jumlah rumah urut yang semakin bercambah.

Sri Wani Disahkan Perempuan


Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.



“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

Hukuman Adam Adli Kekal!


Jawatankuasa Disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menolak ra­yuan Adam Adli Abdul Halim yang menerima penggantu­ngan tiga semester pengajian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan penggantungan sudah bermula.

“Kes ini telah selesai. Rayuan tidak diterima kerana ia mensabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya berkuat kuasa bermula Semester II

Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

“Pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bersidang dan mengekalkan huku­man tersebut” katanya.

Jawatankuasa universiti membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan kepenti­ngan, nama baik universiti, pe­nuntut dan kakitangan serta ketenteraman keselamatan awam dan tatatertib.

Adam Adli menerima hukuman berhubung dua pertuduhan, menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember tahun lalu dan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada sambutan malam tahun baru 2012.

Wang Besar $$ RM100,000 Kepada Sesiapa Yang Dapat Buktikan Datuk K-Rozita Berkahwin!


Datin Zaiton Mohd. Jiwa hari ini menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil menunjukkan bukti bahawa adiknya, Datuk Khalid atau Datuk K telah mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Zaiton berkata, dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang sebesar itu demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza itu.

"Kenalah berani berdepan. Kita mahukan bukti, jadi kepada mereka yang terlibat kita minta mereka tunjukkan bukti tersebut dan jika ia tulen serta sahih, ganjaran itu akan saya berikan.

"Ini bukan pertama kali cerita sebegini keluar, malah semasa keluar gosip pertama dulu, saya pernah minta supaya ditunjukkan kad jemputan perkahwinan mereka tetapi tiada siapa yang datang menunjukkan bukti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.


Zaiton yang juga penerbit Global Station Sdn. Bhd menambah, pihaknya mengambil tindakan sedemikian bagi memastikan maruah keluarganya tidak dicalar sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Zaiton juga melahirkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir penulis blog yang tidak henti-henti daripada terus menghangatkan isu tersebut.

"Keluarga kami rapat dan kami tahu berita itu tidak benar. Malah saya percaya adik saya tidak melakukannya, jadi bagaimana dengan persepsi masyarakat bila mereka terus disogok dengan berita-berita sedemikian," soalnya.

Sementara itu, Khalid atau Datuk K pula berkata, dia tidak pernah mengenali Rozita, apatah lagi mengahwininya.

Ujarnya, dia juga tidak pernah rapat dengan mana-mana ahli keluarga pelakon tersebut seperti yang diperkatakan.

"Kalau ada yang kata saya pernah rapat dengan dia, itu fitnah besar kerana saya tidak pernah mengenali atau rapat dengan dia atau mana-mana ahli keluarga pelakon tersebut.

"Jujurnya saya sudah sampai ke tahap 'menyampah' dan 'geram' untuk terlalu memikirkan gosip-gosip liar yang membabitkan diri saya ketika ini," tegasnya.

Datuk K menambah, sebenarnya mereka suami isteri sudah cukup lali dengan gosip-gosip sedemikian tetapi apabila isu berkenaan turut mendapat perhatian rakan-rakan perniagaannya perkara itu menjadi tidak manis.

"Jadi cukup-cukuplah. Saya sudah tidak mahu komen benda-benda remeh seperti ini dan malas serta menyampah sebab ia macam tak pernah habis," ujarnya.

Jelas ahli perniagaan itu lagi, jauh di sudut hati, dia tidak pernah terfikir untuk menduakan isteri kesayangan yang dianggap sebagai permata berharga dalam kehidupan.