Monday, April 30, 2012

Video Penyokong Bersih 3.0 Biadap Kena Sound!


Peserta Bersih berkelakuan biadab dengan menghalau wartawan keluar dari Malaysia.

Namun wartawan tersebut membalas balik "Saya orang Islam, saya duduk di sini, isteri saya juga orang Malaysia, kamu jangan biadap!".

Terus diam tak terkata ! Amat memalukan!


Pemuda Pas: Unit Amal Bukan Rempuh... Sebaliknya Main "Police Ten Three"





Oh ya ini bukan rempuh polis... ini main "Police Ten Three", atau main "Galah Panjang" atau apa pun boleh la.... Asalkan menipu untuk hidup! 

Disini kita melihat Unit amal PAS sedang meloloskan diri mereka Kah! Kah! Kah! Tantawi oh Tantawi! 

Kenapalah buat kenyataan sampai sebegini? susah sangat ke nak mengaku bila dah melakukan kesilapan.....?

Dibawah kenyataan sidang akhbar Pemuda PAS paling lawak seantero dunia....

Pemuda Pas: Unit Amal bukan rempuh, hanya lolos diri

Dewan Pemuda Pas Pusat menegaskan anggota Unit Amal tidak merempuh sekatan polis di hadapan Menara Berkembar Petronas, sebaliknya pergerakan mereka hanya satu tindakan mencelah dan meloloskan diri daripada kepungan polis.

Anggota Unit Amal Pas yang mengetuai penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0, bertindak sedemikian apabila melihat sebahagian jalan yang menjadi kepungan polis kosong.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara ini.

"Kejadian yang dikatakan merempuh itu tidak masuk akal, apa lagi memukul anggota polis. Mereka dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi dan bukannya memusuhi polis.

PAS memang cemerlang dalam bab menipu ni....

Rempuh Dataran: Anwar Selamba Tipu Rakyat Malaysia!



Lihat video dan gambar di sini yang nampak jelas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim signal kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk rempuh Dataran Merdeka Sabtu lalu tapi dalam sidang media di pejabat PKR pagi tadi Anwar cuba bagi alasan signal itu adalah untuk berunding.

Anwar kata isyarat tangan yang dia buat itu bermaksuh rundingan, manakala Azmin dalam sidang media yang sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan menambah beliau memberitahu Anwar "Saya sudahpun berunding dengan polis,"

Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu?

Jelas rempuhan berlaku hanya beberapa saat selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.

Kenapa Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?

Sidang media Anwar:

Anwar: Kami tidak arah rempuh sekatan polis


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan.
Lagi mau percaya ka?