Thursday, May 3, 2012

PDRM Rugi RM1.8j Dalam Perhimpunan Bersih Sabtu Lalu


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.

Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya.

- Bernama

BERSIH 3.0: Gambar 49 Orang Yang Dikehendaki Polis





Inilah dia 49 orang yang dikehendaki polis. Ayuh kita bersama mencari mereka untuk mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku pada 28 April 2012. Bersama kita menentang keganasan perusuh yang telah mencetuskan kekecohan pada 28 April yang lepas.

Sesiapa yang menjumpai wajah wajah di atas diminta hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 / 019-3872344.

-Angin Perubahan

Al-Fatihah... Bob Kuman Meninggal Dunia


Salam Takziah, Pelakon Dan Pelawak Terkenal 'BOB KUMAN' Telah Kembali Menemui PenciptaNya Jam 4.38 Petang Sebentar Tadi. Semoga Arwah Ditempatkan Dalam Golongan Orang-Orang Yang Beriman.



Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah meninggal di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara. Berita ini disahkan sendiri oleh wartawan, Mazidul Akmal Sidik di laman Facebooknya.

 Al-Fatihah.


Azmin Terdesak Mahu Saman Utusan RM100 Juta



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks blowjob dalam tandas.

Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.


Saman la.... Bagi aku Azmin tersalah langkah!



Dalam CSI 97% pun dah kira match apatah lagi sudah 99.9% kata Ummi Hafilda

Adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda sendiri mengesahkan bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu....

Dalam game ni musuh dalaman partinya sendiri berjaya memerangkap Azmin untuk menamatkan karier politiknya. Game Over!

Bersih 3.0: 49 Dikehendaki Polis



Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan keganasan apabila pesertanya bertindak biadab dan ganas dengan merosakkan harta benda awam selain mencederakan 13 anggota polis dan dua petugas media.

Gempak! 4 Lagi Skandal Seks Pemimpin PR Akan Dibongkar

Kini PR Berhadapan Dengan Masalah Dalaman Yang Hebat

Info terhangat yang baru aku terima, 4 lagi skandal seks Pemimpin PR bakal meletus dalam masa terdekat... Yang menariknya sumber ini di terima dari puak dalaman PR sendiri...

Memetik sumber dari laman portal Suara Pakatan Rakyat, Dikhabarkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan dari pendedahan gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali kelmarin, akan berterusan.

Tapi membabitkan pemimpin dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain pula.

Penulis mendengar, pemimpin-pemimpin terlibat adalah 2 dari PKR, 1 dari PAS dan 1 dari DAP. Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan pihak-pihak tertentu. Setakat yang dimaklumkan, pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan-keterangan saksi tertentu.

Letop!!!

BERSIH 3.0 : Penganjur Dapat Sokongan Amerika


Hubungan penganjur perhimpunan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan Kongres Amerika Syarikat (AS), mencetuskan persoalan kemungkinan ada usaha menggunakan pihak asing untuk menumbangkan kerajaan.

Seorang penulis bebas, Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal, Kanada, berkata walaupun penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga menegaskan tidak terikat dengan mana-mana parti politik, mereka disokong penuh oleh Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai pertubuhan di Amerika.

Katanya, ada pertubuhan yang berpangkalan di AS membiayai kumpulan propembangkang di Russia serta Asia Barat dan Ambiga sendiri pernah mengakui menerima dana daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diketuai George Soros.
“Memetik rencana New York Times bertajuk Kumpulan AS memupuk benih kebangkitan Asia Barat, NDI mendapat dana daripada National Endowment for Democrasy (NED), sebuah pertubuhan yang mendapat dana daripada Kongres AS,” katanya dalam entri terbaru blognya.

NDI adalah NGO yang aktif memupuk pembaharuan demokrasi dan dipengerusikan bekas setiausaha negara AS, Madeline Albright.

Nile berkata, penganjur perhimpunan itu turut mendapat sokongan sebuah lagi pertubuhan yang berpangkalan di AS, Freedom House yang mendapat dana langsung daripada Kongres dan pada awal tahun ini mengeluarkan kenyataan mendesak Malaysia membenarkan perhimpunan aman.

“Meskipun desakan untuk mengatasi kelemahan sistem pilihan raya dan tuntutan lain oleh BERSIH mungkin ada justifikasi, kerjasama kumpulan itu dengan parti politik pembangkang serta kumpulan yang dibiayai AS menggambarkan ada maksud tersirat,” katanya.
Beliau turut memetik amaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran disebabkan pendirian keras kerajaan terhadap Israel dan kritikan terhadap dasar Amerika.

“Dr Mahathir turut mengecam Anwar yang mempunyai hubungan akrab dengan Paul Wolfowitz (bekas ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa IMF), serta pemimpin lain daripada pertubuhan Project for the New American Ventury (PNAC),” katanya.

Dalam blognya itu, Nile turut memetik Dr William Robinson berhubung gerakan demokrasi menumbangkan kerajaan menerusi buku Promoting Polyarchy yang menyatakan AS membentuk pelbagai pertubuhan berbeza di seluruh dunia untuk menyusup ke dalam sistem politik negara lain bagi memenuhi agenda Washington.

“Ketika penganjur kelihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, kerjasama pemimpinnya dengan pembangkang jelas bertujuan mengerah peserta demonstrasi di bawah payung besar gerakan pilihan raya bebas dan adil,” katanya.- BH

Kanak-Kanak Diculik: Nayati Shamelin Ditemui Selamat

Nayati Shamelin Moodliar dipeluk anggota keluarganya selepas ditemui selamat pagi
tadi. - Foto ihsan @ShamMoodliar

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.

Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."


Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."

"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

"Kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh kerana penculikan Nayati tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, keluarganya berkata, pihaknya tidak berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan.

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

Keluarga itu berkata, mereka gembira dan menghargai sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.

"Tiada kata-kata yang boleh digambarkan bagi menunjukkan tanda terima kasih dan kami tidak akan melupakan segala sokongan mereka.

"Kami juga sangat menghargai sokongan moral dan kerjasama yang diterima daripada Kedutaan Belanda melalui wakilnya iaitu Paul Bekkers," kata keluarga itu sambil menambah, "dengan bantuan yang diberi ini, kami mampu menangani sedikit masalah teknikal."

"Kami juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Polis Diraja Malaysia.

"Keutamaan yang mereka berikan dari mula hingga selamat kembali Nayati dan juga penjagaan yang rapi tidak memberi apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatannya. Kami sangat gembira dan akan terus tinggal di negara yang harmoni ini," kata keluarga.-SH

Demo Di Dataran: 3 Pelajar UM Didakwa Hari Ini

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) kini berada di mahkamah pusat pengajian tinggi itu untuk menghadapi perbicaraan berhubung kesalahan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Mereka bangga di dakwa

Ketiga-tiga mereka, pemimpin dan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dilihat masuk ke bilik hal ehwal pelajar UM untuk dibicarakansekitar jam 9.30 pagi.

Keputusan dijangka diumumkan pada jam 11.

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu.

Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu Undang-Undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Memalukan!

Wednesday, May 2, 2012

Debat Khairy VS Rafizi Ditangguh


Sinar harian hari ini memaklumkan debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan diadakan pada satu tarikh lain.

Dibawah petikan dari Sinar Harian

Debat terbuka PTPTN anjuran Sinar Harian yang sepatutnya berlangsung di sini malam esok telah ditangguhkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali berkata, pertemuan antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan diadakan pada satu tarikh lain.

“Kami tidak membatalkan debat yang menjadi tumpuan ramai ini, kami hanya tangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan, insya-ALLAH dalam masa terdekat,” katanya tanpa menyatakan tarikh sebenar.

Karangkraf sebagai penerbit harian popular itu yang sebelum ini telah menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat, memandangkan suasana dan masa yang tidak beberapa sesuai.

“Beberapa insiden di seluruh negara, khasnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu mewujudkan suasana hangat, jadi kami tidak mahu debat seperti ini yang menemukan tokoh parti bertentangan membangkitkan lagi suasana tidak sihat.

“Sebab itu kami memutuskan supaya wacana ilmu ini ditangguhkan dahulu dan kami memohon maaf kepada orang ramai, khasnya pembaca Sinar Harian yang sejak seminggu lalu telah menempah tempat untuk menyertai debat ini,” katanya.

Menurut Jalil, selain kedua pendebat, Dr Maszlee Malik yang sepatutnya menjadi moderator pada majlis di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, juga telah diberitahu mengenai penangguhan ini.

Pengumuman mengenai tarikh baru dan tempat bagi debat ini akan dibuat dalam akhbar Sinar Harian.

Peserta BERSIH Mangsa Untuk DiKorbankan



BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial. Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.

Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?

Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.

Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara?

Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.

Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!

Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab. Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.

Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.

Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk ‘menundukkan’ perusuh. Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.

Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.

Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu. Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.

Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.

Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.

Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup ‘lembukan’, maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.

Rusuhan BERSIH 3.0: Anwar Tersenyum Melihat R Thangam Di Tahan


Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.


Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.


Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

Bunuh Semua Polis: Khalid Ismath Perlu Ditahan Dengan Kadar Segera Dibawah Akta Hasutan!


Nama : Khalid Mohd.Ismath
Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
Umur : 22 tahun
Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)



Petikan status dari laman facebook Khalid Ismath:

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".


Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya. Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010. Sekarang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah. Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar.

 Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT. Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala. Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar. Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu. baca lagi di sini...

BERSIH 3.0: Jalur Gemilang Dihina


Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan saban tahun pada tanggal 31hb Ogos. Sudah menjadi kebiasaan di mana pelbagai acara seperti perbarisan dan perarakan secara besar-besaran akan berlangsung dari pagi untuk menonjolkan semangat patriotisme antara semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, warna dan bangsa.

Tetapi sejauh manakah sebenarnya semangat patriotisme ini wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya pemuda-pemudi zaman kini? Benarkah semangat cinta kepada Raja, agama, bangsa dan Negara seperti mana yang kita impikan wujud.

Menghadiri acara perbarisan atau sekadar melekatkan berpuluh-puluh keping jalur gemilang di atas kenderaan ataupun menghadiri aktiviti-aktiviti kempen khidmat negara bukan boleh melahirkan semangat cinta kepada tanahair. Ya, mungkin dari segi pandangan luar sahaja semangat patriotisme kelihatan berkobar-kobar.

Sebenarnya erti merdeka jauh lebih mendalam. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 mungkin sukar untuk dihayati oleh golongan masyarakat Malaysia terutamanya anak-anak muda masakini. Anak-anak muda kini rata-ratanya kabur sejarah serta gagal menghayati kemerdekaan sebagai wadah perjuangan bangsa suatu ketika dahulu.



Apa perasaan anda apabila melihat Jalur Gemilang yang kita megahi di terbalikan dan di hina oleh peserta BERSIH yang tidak bertemadun ini? adakah kita semua akan mengambil sikap pandang dan biarlah...

Bangkitlah! Bangkitlah! Lakukanlah sesuatu jika anda anak MALAYSIA!!!!  

Pro-Komunis Dipercaya Sertai BERSIH 3.0


Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.

"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.

Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

- Bernama