Thursday, May 3, 2012

Demo Di Dataran: 3 Pelajar UM Didakwa Hari Ini

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) kini berada di mahkamah pusat pengajian tinggi itu untuk menghadapi perbicaraan berhubung kesalahan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Mereka bangga di dakwa

Ketiga-tiga mereka, pemimpin dan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dilihat masuk ke bilik hal ehwal pelajar UM untuk dibicarakansekitar jam 9.30 pagi.

Keputusan dijangka diumumkan pada jam 11.

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu.

Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu Undang-Undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Memalukan!

7 comments:

Anonymous said...

tunggu saja siapa ambil peduli keatas mereka selepas ni.mungkin ada yg nak tanggung perbelanjaan sara hidup sepanjang hayat, semuanya percuma adalah cogankata yg telah diterapkan dalam hidup mereka.

redah alam said...

Patutlah aku dah agak, mereka bukan budak medic, kejuruteraan @ perakaunan.

Dah lah prospek degree korang tak berapa nak cerah. Lepas tu buat hal pulak!!!

p/s - student chinese - apa la ini bodoh punya Melayu, belajar tarak pandai tapi mahu mansuh ptpn. Lu cakap tarak pakai otak ka?

org johor said...

tgok muka pon tak berapa nak cerdik kan....jgn salahkan dia...tu hasil dari pendidikdn mak bapak diaorg jgk kot...kalau tak takkn la dia bangga bila didakwa kan?...siap tangkap gambo lagi...

Anonymous said...

Muka pun macam bukan rakyat Malaysia macam muka pendatang jee...silap-silap pendantang asing kot,.

Anonymous said...

Mereka menuntut pembelajaran percuma, bukan kehidupan percuma. Mereka menentang PTPTN kerana PTPTN memberi pinjaman dengan bersama interest kepada pelajar2. Konsep PTPTN memberi pinjaman untuk belajar adalah bagus, yg tak betul adalah interest. Fahamilah apa yg mereka perjuangkan, baru komen. Siapa yg pinjam PTPTN tetap perlu bayar PTPTN. Hutang tetap perlu dibayar, yg tak perlu adalah interest. Dan mereka memperjuangkan pembelajaran percuma dari segi yuran pengajian, bukan kos hidup sambil belajar percuma. Kenapa pembelajaran percuma? kerana kerajaan mampu untuk perkara2 tak berkaitan yang lain tetapi bukan pembelajaran percuma. Kenapa? kerana pembelajaran sudah menjadi satu perniagaan di Malaysia. Sila siasat dulu.

Anonymous said...

kalau taknak ptptn, tak payah apply.

mudah kan?

Prince of Noob said...

nanti diorg dapat keje la tu dgn kerajaan negeri selangor atau pulau pinang jadi pegawai agama...