Saturday, May 5, 2012

Azmin 'Si Tanggang' Hancurkan Hati Che Tom!


Pendedahan Eksklusif dari mynewshub

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.


Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.


Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.


” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Amerika Syarikat Taja "Protest Movement" di Malaysia


TERJEMAHAN DARI LAMAN WEB BERPENGARUH globalresearch.ca Protes menggegarkan jalan-jalan di Kuala Lumpur Malaysia pada hari Sabtu, 28 April, kira-kira 25,000 keluar ke jalan raya untuk menyokong Bersih [1], sebuah organisasi yang berjuang untuk reformasi sistem pilihan raya Malaysia.

Organisasi yang mengelar diri mereka 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil', yang terdiri daripada 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk 'gabungan masyarakat sivil yang berfikiran bebas dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik'[2].

Perhimpunan baru-baru ini berikut dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November 2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012 [3].

Walaupun gabungan itu mendakwa tidak mempunyai fahaman politik, pergerakan itu sepenuhnya yang disahkan oleh pemimpin pembangkang utama Malaysia, Anwar Ibrahim dan parti-parti politik pembangkang yang diketuainya.

Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia [4] dan Timur Tengah [5].

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) [6].

Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times bertajuk "Kumpulan AS menyemai kebangkitan Arab" mendedahkan organisasi seperti National Democratic Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED, yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat [7].

Gabungan Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di AS[8], sebuah NGO yang memperolehipembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat[9].


Walaupun kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan rungutan pelbagai pihak, penyokong Bersih sewajar faham dengan dana Amerika Syarikat kepada NGO tersebut dan parti-parti pembangkang, ia subversif.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim (regime change) disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan terhadap polisi Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New American Century (PNAC) [10].

Mahathir juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan (destabilization) yang diperlukan untuk mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika [11].

Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui "promosi demokrasi" di dalam bukunya, 'Promoting Polyarhcy, "Di Amerika Latin, di Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti memudahkan objektif dasar luar Washington "[12].

Eva Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi Amerika Syarikat menawarkan, "Berjuta-juta dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan agenda AS.

"Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain "[13].

Walaupun Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan pembangkang Malaysia ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama ""pilihanraya bersih dan adil".

"Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen [14].

Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad; pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas [15].

Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan George Soros '[16]. Selain itu, Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy's (NED) bagi "Anugerah Demokrasi" [17].


Gabungan Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan berkahir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke Dataran.[18]

Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka untuk menterbalikkan kenderaan polis[19].

Penunjuk perasaan membuang botol, kepingan logam dan batu (concrete slabs), menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan [20].

Manakala rakaman tindakan keras polis baru-baru ini beredar di seluruh media antarabangsa, Barisan Nasional parti pemerintah Malaysia sekali lagi berdepan kritikan antarabangsa. Rasa tidak puas hati berkembang dalam pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, parti pemerintah Malaysia tidak popular dan menyediakan pentas bagi kemenangan pakatan.

Dan Amerika Syarikat kini mengalihkan fokus ketenteraannya ke Rantau Pasifik, kepatuhan, Anwar Ibrahim kepada institusi politik barat yang mungkin akan menjamin politik Malaysia terus bergolak sehingga pembangkang berjaya mengambilalih kuasa.-5/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS OLEH HELME HANAFI

RENCANA ASAL DI

http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=30588

Nota:

[1] Police violence marks Malaysia reform rally, Al Jazeera, April 28, 2012

[2] Bersih About, BERSIH 2.0 [OFFICIAL] Facebook

[3] Ibid

[4] Emails expose watchdog's dollar deals, Russia Today, December 9, 2011

[5] U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings, The New York Times, April 14, 2011

[6] Bersih repudiates foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, June 27, 2011

[7] U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings, The New York Times, April 14, 2011

[8] Freedom House Calls on Malaysian Authorities to Allow Free Assembly, Freedom House, 2012

[9] Freedom House: Frequently Asked Questions, Freedom House, 2012

[10] REGIME CHANGE, CheDet (Official Blog of Dr. Mahathir Mohammed), February 13, 2012

[11] CURRENCY WARS, CheDet (Official Blog of Dr. Mahathir Mohammed), March 29, 2012

[12] Democracy promotion: America’s new regime change formula, Russia Today, November 18, 2010

[13] Ibid

[14] Bersih repudiates foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, June 27, 2011

[15] The Case of Malaysia, Executive Intelligence Review, July 4, 2008

[16] British Empire Tool to Recolonize Malaysia, Executive Intelligence Review, September 12, 2008

[17] 2007 NED Annual Report, National Endowment for Democracy, 2007

[18] Bersih tarnishes Najib’s reform credentials; say foreign press, The Malaysian Insider, April 29, 2012

[19] Larger Bersih turnout, but violence may play into Umno’s hands, The Malaysian Insider, April 29, 2012

[20] Ibid

Video KJ: UMNO Parti Unik, Laksanakan Tugas Dengan Baik 66 Tahun


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meyifatkan UMNO telah melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan baik dalam memimpin negara bersama rakan-rakan komponen menerusi Barisan Nasional BN).

Menurut beliau atas dasar itu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang unik merupakan formula serta ramuan dalam mentadbir negara untuk kepentingan rakyat secara menyeluruh.


"Jelas terbukti UMNO telah menjalankan tanggungjawab dan tugas memimpin negara kita dengan adil dan saksama terhadap seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama, kaum, bangsa dan latar belakang.

"Dan ini amat unik sekali sebab walaupun UMNO diasaskan untuk orang Melayu dan bumiputera tetapi kita telah buktikan dengan kerjasama parti-parti komponen menerusi BN kita tidak meminggirkan mana-mana kaum yang lain.

"Malah kita telah membuktikan kepimpinan melayu adalah satu kepimpinan yang disanjung tinggi yang dapat beri perlindungan kepada setiap rakyat Malaysia dan dapat member peluang kepada adil kepada semua kaum yang ada di negara ini.

"Saya rasa itulah formula yang digunapakai dengan jayanya oleh pemimpin UMNO selama 66 tahun dan orang Melayu sudah semestinya dan saya rasa majoriti menyokong UMNO sebab kita tidak lari daripada perjuangan untuk agama, bangsa dan mempertahankan tanah air untuk semua," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online sempena ulangtahunUMNO ke-66.

Beliau seterusnya menambah tema ulangtahun UMNO kali ini yang meletakkan UMNO Pembela Rakyat 66 tahun amat bertepatan dengan segala jasa dan khidmat bakti yang telah direalisasikan untuk rakyat.

"UMNO Pembela Rakyat 66 tahun bermaksud kalau kita tengok dan imbas kembali sejarah negara waktu UMNO ditubuhkan negara kita belum lagi merdeka, ramai kalangan orang Melayu dan mereka yang duduk di tanah Melayu pada waktu itu hidup dalam belenggu kemiskinan dan tiada keperluan asas dan tidak ada kemajuan.

"Tetapi kalau kita tengok hari ini kita dah basmi miskin tegar, kadar kemskinan jauh telah turun bukan hanya orang Melayu Bumiputera seluruh rakyat. Segala pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita lihat hari ini adalah usaha daripada UMNO dan rakan-rakan kita dalam BN. Sebab itu kita berani cakap UMNO pembela rakyat.

"Kita bukannya parti yang kekal berkuasa berpuluhan tahun semata-mata atas kekuatan kuasa kita sahaja macam kuku besi. Kita menang pilihan raya tiap lima tahun dan setiap kali dapat mandat kita akan perkenalkan dasar baru untuk membela rakyat. Sebab itu kita tetap relevan dan kita berani menggunakan slogan pembela rakyat sebab kita dah tengok secara hakiki perubahan itu telah menjadi kenyataan," katanya.

Khairy seterusnya berharap agar rakyat melihat UMNO secara menyeluruh dan sejarah parti bersama rakan-rakan komponen BN lain yang telah banyak berjasa kepada rakyat di negara ini.

"kita pembela kepadarakyat 66 tahun dan bukan sahaja sejarah tetapi idea dan kemampuan kita untuk memimpin hari ini dan masa akan datang. Kita bukannya parti yang tidak ada pelan tetapi UMNO dan BN kita yang mendokong aspirasi dan juga dasar kerajaan hari ini yang dibawa Datuk Seri Najib Razak iaitu transformasi politik, ekonomi dan kerajaan yang akan mewujudkan sebuah negara berpendapatn tinggi menjelang 2020.

"Pelan kita dah cantik, misi dan ada visi dah ada......Cuma kita harap rakyat akan nilai antara mereka yang pandai buat janji tetapi tidak dapat ditunaikan yang sebenarnya janji mereka terlalu manis. UMNO dan BN ada track record 66 tahun pembela rakyat yang akan pastikan kita jaga Malaysia dengan baik," katanya.

Ada Sabotaj Dalam Parti Untuk Jatuhkan Azmin Ali

This summary is not available. Please click here to view the post.

Foto Pernikahan Scha & Awal




Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman.



Nak tengok lagi klik kat sini >>>>> 160 Foto Pernikahan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya