Wednesday, May 9, 2012

Bersih 3.0: Ranjit Mahukan Kebenaran Dari Majlis Peguam


Salah seorang daripada ahli Majlis Peguam (Bar Council) telah muncul di YouTube dan meminta agar Majlis Peguam memberi sebab terhadap segala keganasan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 didalam laporan mereka.

Dalam video selama tujuh minit tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari yang lalu, peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata bahawa Pengerusi badan tersebut, Lim Chee Wee telah 'termakan senjata sendiri' melalui kenyataan bercanggah yang dibuat terhadap provokasi kepada pihak polis yang dilakukan oleh peserta-peserta.

"Dia (Lim) adalah seorang ketua terhadap sebuah badan professional dan didalam laporan dsebanyak 26 mukasurat tersebut, segala apa yang ditulis adalah bercanggah.

"Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai," kata Ranjit terhadap laporan tersebut.

Beliau berkata bahawa pada peringkat awal laporan tersebut, Majlis Peguam menyatakan bahawa tiada provokasi dilakukan terhadap pihak polis pada awalnya. Provokasi hanya dilakukan di saat-saat akhir perhimpunan.

Ranjit menyatakan bahawa beliau agak terkejut apabila Lim tidak menyatakan apa-apa terhadap apa yang menyebabkan berlakunya keganasan di Dataran Merdeka ketika perhimpunan tersebut, dan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa walaupun setelah penghadang polis dimusnahkan, pihak polis tidak berganjak sehingga peserta masuk sejauh 50 meter dari penghadang tersebut.


Laporan tersebut adalah berdasarkan pemerhatian 78 sukarelawan dari majlis tersebut dan mereka memerhatikan perhimpunan tersebut dari enam penjuru.

Mereka memfokuskan bahawa keganasan pihak polis adalah lebih teruk berbanding dengan tindakan mereka pada perhimpunan yang sebelumnya, Bersih 2.0.

Ranjit berkata, kebebasan untuk berhimpun di negara-negara demokrasi perlu ada batas dan syarat-syarat tertentu.
Apabila membandingkan kedua-dua perhimpunan, beliau berkata bahawa peserta Bersih 2.0 merempuh masuk ke Dataran Merdeka walaupun kawasan tersebut tidak meluluskan permit mereka untuk berhimpun di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, penganjur Bersih 3.0 masih mahukan Dataran Merdeka walaupun pihak berkuasa telah menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka.

Beliau bersetuju bahawa perhimpunan Bersih adalah satu perhimpunan antara NGO-NGO, tetapi, beliau berkata bahawa perhimpunan seperti itu akan sering disertai oleh pemimpin-pemimpin politik yang mahu berkerjasama dengan pihak penganjur.

Gambar Panas Azmin Ali: Agenda Umno atau PKR?


NAMPAKNYA dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks. Daripada yang dibawa ke mahkamah sehinggalah kepada yang bertebaran di ruang-ruang siber dan dada-dada akhbar.

Terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai gambar-gambar "terlampau" seorang lelaki yang dikata sebagai Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau juga merupakan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

Perbahasan selalunya akan bermula sama ada benar atau tidak si pelaku dalam gambar atau video tersebut merupakan ahli politik yang tertuduh. Daripada itu akan ada perbincangan pula siapa punya kerja dan agenda siapa.

Walaupun tampak seperti Azmin namun saya tidaklah berani 100 peratus menyatakan orang tersebut adalah Azmin. Hanya ALLAH, Azmin, dan mereka yang terbabit sahaja mengetahui kebenarannya. Saya bersangka baik bahawa orang tersebut mungkin individu yang menyerupai Azmin.

Namun saya fikir jalan terbaik buat Azmin bukannya melakukan saman malu tetapi membuat laporan Polis kerana ia membabitkan tuduhan yang sangat serius ke atas dirinya. Melalui laporan polis, Azmin bukan sahaja dapat membersihkan dirinya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.

Sungguhpun Pakatan dan Azmin sendiri bersungguh mahu menyatakan ini agenda jahat Umno, namun tidak mustahil ini merupakan agenda dalaman parti Azmin sendiri. Ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pemimpin PKR yang jelas sekali tidak bersungguh mempertahankan Azmin dalam isu ini.

Seorang pemimpin besar PKR di Selangor enggan mengulas mahu pun mempertahankan Azmin. Pemimpin ini bukan sahaja mempunyai kuasa yang besar di Selangor tetapi juga diketahui berada di kem yang berbeza dengan Timbalan Presiden PKR. Ini menimbulkan tanda tanya apakah terdapat agenda dalam PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin.

Azmin harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana telah banyak sejarah politik Melayu tertulis bahawa kejatuhan seseorang pemimpin atau kerajaan Melayu kerap berpunca daripada "orang dalam sendiri" sehingga ada peribahasa Melayu, "bagai gunting dalam lipatan."

Menilai sikap Azmin selama menjadi Timbalan Presiden PKR dan Ketua Penyokong Kerajaan di Dewan Negeri Selangor, maka kemungkinan besar rencana dan agenda menjatuhkannya beliau ini direncanakan oleh orang di dalam partinya sendiri.

Akhirnya sebagai sesama muslim saya berharap Azmin dapat meluangkan masa menemui ibunya. Walau apa pun tanggapan dan perasaan Azmin, perasaan ibunya harus menjadi keutamaan. Pulanglah, sekurang-kurangnya dapat mendamaikan hati seorang ibu. Ingatlah ajaran Islam bahawa "sebahagian syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu kita."

* Dipetik dari blog Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo

KJ: Ketua Pemuda Umno Jangan Lebih 40 Tahun


Khairy Jamaluddin mahu had maksimum umur penyandang jawatan Ketua Pemuda Umno ditetapkan 40 tahun dan beliau akan mengesyorkan perkara itu apabila berundur dari pergerakan tersebut.

Sehubungan itu, jelas Khairy, beliau akan mengesyorkan agar idea itu dipertimbangkan oleh pergerakan itu apabila melepaskan jawatan Ketua Pemuda kelak.

Pada masa sekarang tiada had umur bagi mereka yang hendak memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

"Pemuda Umno had umur 40. Tapi Ketua Pemuda tiada had umur. Saya nak cadang had umur 40 untuk KP (Ketua Pemuda) bila saya lepaskan jawatan," kata beliau yang memenangi jawatan itu pada pemilihan diadakan Mac 2009

Beliau, 36, melahirkan pandangan ini ketika berinterasi dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi Twitter tengah hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak mahu membawa perkara itu sekarang kerana bimbang akan ada pihak mengatakan beliau hendak menyekat peluang orang lain.

"Kalau saya cadang sekarang orang kata saya nak sekat orang lawan saya. Selepas saya selesai lakukan (melepaskan jawatan), saya akan cuba untuk mengubah had umur Ketua Pemuda," katanya lagi.

Saifuddin yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, beliau menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendefinisikan semula had umur golongan belia iaitu antara 15 dan 30 tahun.

"Definisi belia PBB: 15-24 (tahun). Kita (Malaysia): 15-40, tertua di dunia! Pada 1997, saya cadang turunkan had umur, tapi ditolak. Kini KBS cadang 15-30, sesuai," katanya lagi.-SH

Saiful Apek Kecam David Teo Kutuk Arwah Bob Kuman

Kesedihan Saiful Apek amat jelas kelihatan apabila mengenangkan beliau tidak berada bersama arwah Bob Kuman semasa menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian Allahyarham Bob Kuman ternyata masih lagi belum reda meski pun jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada minggu lepas.

Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian umum apabila Allahyarham tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.

Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian.

Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terkini, seorang lagi pelakon dan pelawak tanah air, Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.

Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.

“HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!”, kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David Teo.


Pada mulanya, tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan yang kononnya dikeluarkan David Teo tentang Allahyarham Bob Kuman itu adalah benar atau tidak.

Namun, melihatkan balasan Saiful Apek dengan soalan-soalan yang diajukan oleh peminat-peminatnya di laman Twitter dan Facebooknya mengukuhkan lagi kenyataan itu mungkin dari David Teo yang telah mengutuk diri Allahyarham Bob Kuman.


Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan ‘melampau’ penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.

Semoga, isu tentang Allahyarham Bob Kuman tidak perlu diperbesarkan lagi memandangkan tiada lagi insan seni itu di dunia ini.

Biarlah rohnya tenang bersemadi di sisi Illahi dan mendoakan kesejahteraannya di sana. Amin.
-http://mynewshub.my

Haji dan Umrah: Mahukah Ambiga-Anwar-PAS Bertanggungjawab


Inilah perangai puak Bersih yang merasa mereka ada hak di muka bumi ini buat apa saja.Sekarang minta Datuk S Ambiga dan Anwar Ibrahim jawab siapa nak tanggong jika kerajaan Arab Saudi menyekat atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.

Ambiga peduli apa beliau bukan Islam.Anwar dan PAS macam mana?

Di Malaysia suahlah buat perangai langgar segala peraturan...puak ini yang dalam kegairahan mereka tidak peduli langsung peraturan di negera orang.

Kebimbangan soal peluang orang Malaysia tunai Haji dan Umrah timbul bila Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

"Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Kuala Lumpur Selasa.

Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka. Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi, dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.

Mengenai buku "Kahwin Campur" yang diterbit dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group yang antara lain didakwa menghalalkan perhubungan seksual sejenis, Jamil berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan KDN untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Beliau berkata, pengharaman buku itu akan dapat menyekat hubungan songsang sesama jenis.

Middle Eastern Study Group adalah sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD), yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Agendadaily