Saturday, June 2, 2012

Ahli Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Serbu Rumah Azmin!



Ahahaha! Tak habis-habis cerita rumah Azmin kena serbu! Apa kes mamat ni?

Di percayai hampir 50 orang berkumpul di depan rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali petang tadi.... Macam biasa Pemuda Umno terus dipersalahkan! Memang dah tak ada modal lain dah puak PKR ni!

Azmin main dalam jamban pun salah UMNO! Hampeh!

Jam 4 petang tadi orang ramai berkumpul di jalan bertentangan dengan rumah Azmin sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti-PKR.

Kumpulan tersebut berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah".


Terdahulu Ahli kariah masjid Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang pada Jumaat membuat laporan polis untuk meminta siasatan dibuat terhadap dakwaan salah laku membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, seperti yang didedahkan oleh sebuah blog baru-baru ini.

Wakil penduduk itu Shaharuddin Mohd Yusof, yang juga Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, serta 15 penduduk lain membuat laporan itu di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira 3 petang.

Shaharuddin berkata dalam laporan polis itu, mereka meminta Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR membuat sumpah laknat berhubung dakwaan itu memandangkan beliau adalah wakil rakyat kawasan berkenaan.

Selain itu, mereka turut meminta isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden PKR dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menjawab dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S. Nalakaruppan mengenai hubungan seks Anwar.

Sementara itu di KULIM, Persatuan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyambung siasatan terhadap Azmin yang didakwa terbabit rasuah.

Himpunan Menjunjung Taat Setia Pemuda Umno Johor 10 Jun


Pemuda Umno Johor akan menganjurkan 'Himpunan Menjunjung Taat Setia' di Istana Pasir Pelangi di sini pada 10 Jun ini sebagai tanda sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Maskon berkata, himpunan yang disertai lebih 300 badan bukan kerajaan dari seluruh negeri itu juga diadakan sebagai tanda amarah terhadap tindakan

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Beliau berkata, himpunan itu yang akan disertai lebih 5,000 orang, termasuk sayap parti Barisan Nasional, adalah sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik.

"Baginda selama ini berbelas tahun sanggup mencemar duli melakukan Kembara Mahkota Johor untuk berjumpa rakyat di setiap pelosok negeri, jadi ini masa yang sesuai untuk kita pula sebagai rakyat turun untuk menyatakan sokongan terhadap baginda," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Fadil, yang ditemui dalam sidang media khas yang diadakan di sini hari ini, menyeru semua rakyat Johor agar sama-sama menyertai himpunan yang akan diadakan pada 12 tengah hari bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Johor.

Fadil berkata rakyat Johor merasa amat sedih dan terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohammad Nizar dan sehubungan itu mendesak beliau supaya segera meminta maaf kepada rakyat Johor kerana mendatangkan kemarahan dan fitnah itu.

"Kami juga meminta supaya beliau memperbetulkan keadaan dengan menyeru semua penyokongnya supaya lebih berhati-hati dalam melontarkan pandangan dalam apa jua bentuk media supaya tidak mengelirukan rakyat berhubung insitusi diraja, pemerintah dan kerajaan," katanya. - Bernama