Monday, July 2, 2012

Anwar Dan Azmin Hadapi Tuduhan Baru


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalan presidennya Azmin Ali dan seorang lagi pemimpinnya, Badrul Hisham Shaharin berhadapan dengan satu lagi tuduhan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat berkaitan dengan perhimpunan itu, yang diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu di twitter seperti biasa Anwar menundingjari terhadap Umno..

EURO 2012: Sepanyol Juara Benamkan Itali 4-0


Superb!! Seperti yang telah aku jangkakan... Spain pasti menjadi juara UERO sekali lagi. Tidak syak dan tanpa was-was lagi... penyokong Italy diharapkan bawa bertenang der!

KEIV: Sepanyol mempertahan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, sebentar tadi.


Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.

Penyerang termahal Liverpool, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala pemain tengah Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.

Sunday, July 1, 2012

30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Uncle Seekers


30 individu hari ini tampil membuat laporan polis terhadap uncle seekers. Ini kerana blog tersebut mendedahkan beberapa dokumen-dokumen sulit. Blog tersebut boleh diakses menerusi laman blog http://uncleseekers.blogspot.com/

JOHOR BAHARU: Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu.
"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

Marina Kena 'Sound' Dengan Dr Mahathir...


Sikap suka cakap lepas dan anti-establishment Datin Pasuka Marina Mahathir yang makin menjadi akhir-akhir ini ditegur oleh ayahnya sendiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mahu anak sulungnya itu berhati-hati dalam tindakan terutama sokongan beliau kepada kumpulan seperti Bersih dan golongan yang menyokong komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

Marina tampil dalam demonstrasi Bersih 2.0 sebelum ini dan media-media pro pembangkang galak menyiarkan krtitikan demi kritikan beliau terhadap kerajaan kini.

Sebagai anak sulung bekas PM selama 21 tahun, kata-kata Marina digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pembangkang untuk tibai kerajaan atau dalam kata lain Marina jadi 'perkakas' kepada agenda pembangkang.

Tindak tanduk tersebut tidak dipersetujui Dr Mahathir, kerana bagi beliau sebagai ahli keluarga, Marina perlu lebih sensitif terhadao implikasi kenyataan-kenyataan beliau.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas oleh peguam terkenal Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk laman web TV The Malaysian Observer (MobTV.my).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah di'hijack' oleh pembangkang.

Menurutnya, golongan minoriti dalam politik di Malaysia tidak menghormati golongan majoriti, dengan menimbulkan berbagai masalah, membuat kacau seperti demontrasi jalanan dan sebagainya.

"Ini sebenarnya menafikan demokrasi," kata beliau.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap golongan LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; lelaki kawin lelaki, perempuan kawin perempuan... Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka.”

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Marina yang pernah menjadi pengasas dan Presiden Majlis Aids Malaysia memang dikenali rapat dengan komuniti LGBT di negara ini, yang sejak tsunami politik 2008 lebih cenderung menyokong pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilihat lebih liberal pandangannya terhadap golongan 'tak tentu jantina' ini.

Sementara itu, mengulas mengenai politik dan masa depan satu-satunya anak beliau yang terlibat dengan politik, Mukhriz, kata Tun Dr Mahathir beliau akan membantu anaknya dalam pilihanraya nanti.

“Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata beliau.

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen berhubung spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13.

Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.-Agendadaily

Thursday, June 28, 2012

Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi


Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?

Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?

Tuesday, June 26, 2012

Akaun RM 3 billion, Siapa Anwar Nak Salahkan?



DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar. Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.

Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang ‘ramai’, maka orang yang terlibat pun ramailah juga. Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah ‘orang-orang besar’ (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain. Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)

Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut. Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.

Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh. Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza..

Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.

Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini. Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.

Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).

Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.

Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya. Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban. Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.

Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.

Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang. Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.