Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Marina Kena 'Sound' Dengan Dr Mahathir...


Sikap suka cakap lepas dan anti-establishment Datin Pasuka Marina Mahathir yang makin menjadi akhir-akhir ini ditegur oleh ayahnya sendiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mahu anak sulungnya itu berhati-hati dalam tindakan terutama sokongan beliau kepada kumpulan seperti Bersih dan golongan yang menyokong komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

Marina tampil dalam demonstrasi Bersih 2.0 sebelum ini dan media-media pro pembangkang galak menyiarkan krtitikan demi kritikan beliau terhadap kerajaan kini.

Sebagai anak sulung bekas PM selama 21 tahun, kata-kata Marina digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pembangkang untuk tibai kerajaan atau dalam kata lain Marina jadi 'perkakas' kepada agenda pembangkang.

Tindak tanduk tersebut tidak dipersetujui Dr Mahathir, kerana bagi beliau sebagai ahli keluarga, Marina perlu lebih sensitif terhadao implikasi kenyataan-kenyataan beliau.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas oleh peguam terkenal Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk laman web TV The Malaysian Observer (MobTV.my).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah di'hijack' oleh pembangkang.

Menurutnya, golongan minoriti dalam politik di Malaysia tidak menghormati golongan majoriti, dengan menimbulkan berbagai masalah, membuat kacau seperti demontrasi jalanan dan sebagainya.

"Ini sebenarnya menafikan demokrasi," kata beliau.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap golongan LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; lelaki kawin lelaki, perempuan kawin perempuan... Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka.”

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Marina yang pernah menjadi pengasas dan Presiden Majlis Aids Malaysia memang dikenali rapat dengan komuniti LGBT di negara ini, yang sejak tsunami politik 2008 lebih cenderung menyokong pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilihat lebih liberal pandangannya terhadap golongan 'tak tentu jantina' ini.

Sementara itu, mengulas mengenai politik dan masa depan satu-satunya anak beliau yang terlibat dengan politik, Mukhriz, kata Tun Dr Mahathir beliau akan membantu anaknya dalam pilihanraya nanti.

“Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata beliau.

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen berhubung spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13.

Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.-Agendadaily

Thursday, May 10, 2012

BERSIH 3.0: Marina Terperangkap Dalam Mainan Pembangkang



Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat.

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: Marina Sekali Lagi Mencemarkan Nama Baik Tun Mahathir

Marina Mahathir bersama Zunar!

Agak mengecewakan melihat sekali lagi anak perempuan Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad bersama-sama dalam kumpulan haram BERSIH.


Kenapa harus Marina mencari publisiti murahan dengan kontrovesi sebegini? Sistem pilihanraya yang ada kini adalah sistem yang sama ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri malahan ada pernambahbaikan yang telah dilakukan. Apakah Marina merasakan sistem yang ada ini tidak bersih? Mengapa sekarang? Mengapa tidak pada ketika Tun Mahathir dahulu?

Kami amat menyanjungi Tun Mahathir dan sentiasa menyokong beliau. Kami juga berharap Marina hentikan tindakannya yang kurang di senanggi oleh penyokong Tun Mahathir.

Kami sayangkan UMNO dan mahu Barisan Nasional terus meneraju kerajaan Malaysia. Cukup! Cukuplah...... Marina Mahathir tolonglah jangan jadi sebagai perosak warisan Tun Mahathir Mohamad.

Friday, November 18, 2011

Sekitar Demo Anti Ambiga dan Seksualiti Merdeka di Meru!!!

Foto ehsan dari Gerakan Timur







Dia muncul kembali...

Demo ini adalah lanjutan dari demo yang telah dibuat kira-kira 2 minggu lepas, KLIK SINI. Hosnya tetap sama, iaitu Gabungan Masyarakat Prihatin Meru.

Dan dia juga berucap di khalayak ramai tentang betapa pentingnya kita, umat Islam dan Melayu, menyedari ancaman dari Yahudi yang kini sedang dipergiat oleh proksi-proksi mereka.

"Jangan main api.." kata lelaki diatas.

Persoalannya... Siapakah lelaki diatas ini?

Info : Gerakan Timur

Monday, November 7, 2011

Seksualiti Merdeka: Marina Mahathir Kecam Media!


Sekali lagi... Marina menconteng arang ke atas muka ayahanda, Tun Dr Mahatir Muhamad, janganlah kerana emosi... Marina sanggup memalukan keluarga dengan tindakan sebegini rupa! Marina perlu ingat bahawa Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri, dan Dato' Mukhriz seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno..

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.

Kali ini, Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan sebarang kekacauan yang boleh menggugat keselamatan Negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang? Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak ambil tindakan kak oi!

Tak faham, apa yang Marina nak perjuangkan... Apa yang jelaslah kita lihat Marina menyokong sepenuhnya perjuangan kumpulan LGBT ini? Sebelum ini beberapa parti politik dan NGO Islam tampil membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 termasuklah dari parti UMNO dan PAS, kerana ianya diaangap sebagai Majlis seks songsang!

Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody lah. Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

Di bawah kenyataan Marina Petang tadi:

Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.

Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Friday, August 26, 2011

#AJStream: Khairy, Marina Mahathir and Nik Nazmi on Al-Jazeera The Stream - Malaysia's Ethnic and Religious Divide



A recent raid by the Islamic Religious Department (Jais) on a church charity dinner sparks debate about religion and ethnicity in Malaysia.


Rakaman live streaming Al-Jazeera bersama Khairy Jamaluddin, Marina Mahathir dan Nik Nazmi. Isu yang dibincangkan adalah 'Malaysia's ethnic and religious divide'.

Antara komen-komen di twitter :

RT @eizwan: #AJStream You talking on very few non-Malays in govt sector. Don't you head-count how many non-Malays applied for d job? Do homeworks, pls!
RT @eizwan: #AJStream What opposition can to to help people? They only can talk sweet, but do bitter! What benefits d people in d opposition states get?

Marina Mahathir dikatakan menipu dalam hujahnya :

RT @rizalabdrahman: @Khairykj Marina talking more like a politician nowadays ye. Bila masa universiti kita tak buka utk cina india?
@rizalabdrahman: #AJStream Marina, its very distracting. pls starts giving real facts.

Jelas kita saksikan Marina Mahathir menipu dalam hujahnya manakala Moderetor pula tidak buat homework berkaitan dengan isu tersebut.

Nik Nazmi tak payah cerita lah.. kita semua tahu dia poyos.... dan tak boleh pakai...

Friday, July 29, 2011

Surat Terbuka Untuk Datuk Paduka Marina Mahathir


YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

Datuk Paduka keturuan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.

Sedar dirilah wahai Marina jangan jadi Bodoh Sombong menghancurkan jiwa Ayahnda Tun Mahathir.

Oleh Papa Gomo