Tuesday, September 11, 2012

Air percuma: Kerajaan Selangor, Khalid Ibrahim Terima 711 Saman!


Seramai 711 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan subsidi air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi.

Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.-SH

Monday, September 10, 2012

Pendidikan Percuma Belum Mula Tapi UNISEL Dah Rugi


Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?

Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.

Nasharudin Malukan Puak Anwarinas


Akhirnya agenda jahat puak Anwarinas telah gagal setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai korban pertama kumpulan Anwarinas.

Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.

Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan puak Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.

Perkembangan ini nyata amat memalukan kumpulan Anwarinas selain menimbulkan persoalan besar sejauh mana lagi Nik Aziz mampu bertahan tatkala pengaruhnya semakin longgar dalam menentukan dasar dan arah tuju PAS.

Nik Aziz yang dilihat sugul telah meninggalkan mesyuarat seawal 30 minit selepas ianya bermula selain kerana keletihan ia juga dipercayai ada kaitan dengan protesnya setelah mengetahui agenda utama berkaitan isu Ustaz Nasharudin tidak dimasukkan dalam mesyuarat tersebut.

Kegagalan Majlis Syura membincangkan isu Nasharudin sekalipun isu tersebut diambil serius oleh Nik Aziz pastinya memberi kesan terhadap kedudukan PAS khususnya di Kelantan di mana pengaruh Nik Aziz dilihat masih kuat walau hakikatnya sedikit sebanyak sudah tergugat.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna selepas ini gerak geri Ustaz Nasharudin sudah terjamin kerana mengikut kenyataan Presidennya Hadi Awang, status Ahli parlimen Bachok itu sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU 13 nanti masih belum diketahui.

Sebelum ini ada sumber dalaman PAS menyebut sekiranya Ustaz Nasharudin terselamat dari menjadi mangsa pemecatan, kemungkinan nasibnya selepas itu tak ubah seperti di 'peti sejukkan' terus dari arena politik dan kepimpinan PAS.

Bagaimanapun soal tersebut bukannya satu halangan bagi Ustaz Nasharudin tambahan pula sejak dirinya diterajang dari jawatan Timbalan Presiden PAS pertengahan tahun lalu akibat konspirasi puak Anwarinas, beliau sudah berpengalaman untuk berdepan dengan kekangan seterusnya kelak.

Kepada Ustaz Nasharudin kita ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran ini dan berjaya memalukan kumpulan Anwarinas sekaligus merencatkan sementara penguasaan Anwarinas dalam kepimpinan PAS..

Isu Nasharudin juga membuktikan pengaruh Nik Aziz tidaklah sehebat mana dan mampu untuk dineutralkan jika kena gayanya.

Bila di kalangan pemimpin PAS yang berpendidikan agama pun sudah mula berani mengabaikan 'arahan' Nik Aziz, tiada sebab lagi untuk pengundi PAS khususnya di Kelantan untuk takut memulakan perubahan dengan mengorak langkah menolak kepimpinan PAS dan Nik Aziz di negeri itu dalam PRU 13 kelak.