Friday, September 21, 2012

Khairy Tiba di Masjid Kg Baru #respect

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin tiba di perkarangan masjid Kg Baru bersama Timbalannya Dato Razali Ibrahim.

Turut kelihatan tiba ialah Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali dan juga beberapa pemimpin Pemuda UMNO dan pelbagai NGO.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sekitar Masjid Kg Baru #respect

Ayuh bersama Pemuda UMNO, BN serta gabungan NGO utk berhimpunan secara aman di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru slps solat Jumaat hari ini bg membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' & karikatur yg menghina Rasulullah s.a.w. Bersatu kita pertahan Islam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 20, 2012

DS Najib Mahu Orang Ramai Sokong Demo Pemuda Umno Esok #respect

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun katanya, dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.

"Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah," katanya.

Perdana Menteri sebaliknya, dialog dan kerjasama antara masyarakat untuk memupuk toleransi dan persefahaman perlu dipupuk sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Dewan Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo, esok.

Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat esok manakala Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan protes di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak
di sini.

Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di pekarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.

Dalam pada itu, Najib berkata, MT Umno turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.

Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.

Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.-Sinar Harian

Video Sidang Media YB Khairy Bantah Filem Hina Nabi #respect



Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.

UMNO dan PAS Bersolidariti: Protes Filem Hina Nabi Esok Di Masjid Kg Baru


Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.

Khairy turut menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).

Manakala pada minggu hadapan Pemuda UMNO akan mengadakan Majlis Mencintai Rasul dan menjemput Pemuda PAS turut serta...

UMNO dan PAS Bersolidariti

Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

Wednesday, September 19, 2012

Pemuda Umno, Pas Bidas Koo Ham


Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam.

"Ini amat malang sekali. Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.

Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

"Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.

Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?). -SH

Ngeh Koo Ham Bangsat Hina Islam


Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' sebagai buang masa dan tenaga.

Beliau tweet begitu ulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.

Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"

Sementara itu, Agendadaily sejak semalam menerima email-email dari Pemuda PAS yang meminta orang ramai termasuk para ulama turun berhimpun bagi membantah filem tersebut di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang pada Jumaat ini.

Poster-poster yang disebarkan tunjuk himpunan tersebut dinamakan Himpunan Jutaan Umat yang dianjurkan oleh PAS dan bakal disertai NGO-NGO Islam lain.

Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?

Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini.

Dalam pada itu,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Mazlan bertanya sejak bila DAP perjuangkan Islam di Malaysia. Menurut beliau bagi DAP, Malaysia merupakan negara sekular bukan Islam walaupun pada hakikatnya Malaysia merupakan negara OIC.

"Adalah satu kesilapan menyokong pembangkang dan DAP," kata beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.

Manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan kenyataan Ngeh Koo Ham sebagai satu provokatif.

Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.

"Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya dipetik dari Bernama.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira 3.30 petang.

Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem berkenaan, selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.

"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya.-Agendadaily

Monday, September 17, 2012

Khairy: Pemuda Umno, Pas Ganding Bantah Filem Hina Islam Jumaat Ini


BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.

Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai filem antiIslam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.

"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. - Bernama

Thursday, September 13, 2012

Dedah Skandal Guan Eng Dengan Cik P


Siapa Cik P ni?... nak tau... ianya melibatkan Skandal tanah rakyat Jalan Taman Manggis yang membabitkan jutaan ringgit komisen bakal panas..

Kaitan Cik P yang terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng ,Cik P juga individu yang terlibat menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.

Baca lagi...

PRU 13: Khalid Ibrahim Jadi Kecut


Entah apalah yang Tan Sri Khalid Ibrahim kecut sangat hingga buat keputusan kerajaan negeri Selangor akan buat pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) berasingan dengan pilihan raya persekutuan.

Sebelum ini kata kalau PRU 13 lepas Jun, kerajaan PKR Selangor akan ikut sama, lepas itu kata November pula dan terbaru cadang nak buat berasingan.

Agaknya Khalid sudah dapat ilham PKR,DAP dan PAS akan kalah di Selangor kalau buat pilihanraya DUN serentak dengan parlimen.

Maklumlah, Menteri Besar itu kini dibelit banyak isu terutama masalah hutang Unisel, Projek Langat 2, hutang Talam dan macam-macam lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sokong cadangan itu salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal bertindak terhadap pelbagai isu dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Anwar tak ada pilihan lain sebab Selangorlah tempat pemimpin PKR boleh buat duit dengan macam-macam projek dan kalau pembangkang terlepas negeri itu pada PRU 13, semua akan berputih mata.

Ataupun, Khalid dan Anwar macam sudah tahu, Selangor akan terlepas daripada gengaman mereka sebab itu sengaja nak buat pilihanraya berasingan dan ‘kambing hitam’ kan SPR.

Entah bodoh atau bat-buat tak faham, SPR sudah berbuih mulut jelaskan mereka tidak boleh bersihkan senarai pemilih kecuali pengundi itu sendiri.

Hal ini juga buat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Md Yusof geleng kepala dengan alasan diberikan Anwar yang menyalahkan SPR.

Beliau jelaskan pada Agendadaily, SPR tidak boleh sesuka hati buang atau keluarkan nama pemilih.

“Kalau jiran sebelah rumah saya matipun, saya tidak boleh keluarkan namanya sebagai pemilih melainkan keluarga atau warisnya menunjukkan sijil kematian kepada SPR,” kata Abdul Aziz memberikan contoh.

Selain itu, kegagalan pemilih menukar alamat tempat mengundi dan tempat tinggal juga antara sebab senarai tidak dibersihkan.

Mengulas lanjut, beliau juga rasa pelik juga dengan cadangan kerajaan

Selangor itu.

“Mereka tahu ke bila nak pilihan raya,” tanya beliau.

Abdul Aziz berpendapat pilihanraya DUN Selangor berasingan dengan

Pusat hanya membuang masa dan wang.

“Pengundi kena buat perkara sama dua kali. Kalau serentak senang.

Mereka boleh undi calon DUN dan Parlimen serentak,” katanya.

Katanya, kos pilihan raya berasingan di Selangor boleh mencecah RM47

juta hingga RM50 juta.

Namun, apa yang dikhuatiri beliau adalah pengundi akan merasa bosan kerana terpaksa mengundi dua kali.

“Silap-silap mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya.

Apapun menurut Abdul Aziz, kerajaan Selangor ada hak berbuat demikian dan SPR akan menjalankan tugas seperti biasa jika Selangor kekal dengan pendirian tersebut.

Selain Selangor, kerajaan Pulau Pinang juga sedang menimbang pilihan sama kecuali Kelantan yang akan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen.

Kerajaan Kedah setakat ini belum membuat keputusan tetapi ada pihak menjangkakan DUN akan dibubarkan serentak dengan Parlimen kerana mengikuti kerajaan PAS Kelantan. -Agendadaily