Tuesday, October 2, 2012

[Video Inside] Perbahasan Bajet 2013 Panas Anwar VS Khairy


Kalau nak kira benda ini kecil punya hal dan tidak perlu dijadikan isu langsung.Namun pembangkang tetap pembangkang.Siapa sangka mereka cukup sensitif pasal 'darjat'.



Agendadaily: Perbahasan Bajet 2013 kecoh gara-gara isu 'darjat' Anwar dengan Khairy

Kalau nak kira benda ini kecil punya hal dan tidak perlu dijadikan isu langsung.Namun pembangkang tetap pembangkang.Siapa sangka mereka cukup sensitif pasal 'darjat'.

Maka hari pertama perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat,Isnin sudah 'meletup'.

Ini gara-gara kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak puashati keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masa berbahas selama dua jam yakni sama masa diperuntukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen PKR Subang dan Batu, R.Sivarasa dan Tian Chua mempertikai keputusan Pandikar Amin kerana dakwa mereka, tidak patut Khairy, ahli parlimen Rembau disamakan taraf dengan Ketua Pembangkang tersebut.

Kekecohan tercetus kira-kira jam 3 petang sebaik sahaja Anwar selesai membahaskan sebagai pembahas pertama bajet itu yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Terdahulu, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar diberikan masa dua jam berbahas.

Pandikar Amin memberi laluan kepada Khairy yang mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berbahas.

Katanya, Khairy diberikan masa sama dengan Anwar.

Tindakan itu sekaligus mengundang rasa marah dan tidak puashati beberapa ahli parlimen pembangkang terutama Sivarasa dan Tian Chua lantas mereka terus berdiri mempertikai keputusan Speaker sekaligus menganggu Khairy yang mahu memulakan perbahasannya.

Pada satu ketika, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja beberapa kali meminta Sivarasa berhenti mempertikai keputusannya membenarkan Khairy berbahas sama masa dengan Anwar.

Dalam penjelasannya, beliau berkata, penyokong kerajaan berhak berbahas dan tidak semestinya Ketua Pembangkang berbahas (dua jam), penyokong kerajaan seperti itu juga panjangnya (masa).

Katanya, tidak salah beliau membuat perbandingan itu dengan memberikan penyokong kerajaan sama masa seperti diberikan kepada Ketua Pembangkang.

Sivarasa yang masih tidak puashati terus berdiri berhujah menyatakan tidak puashati kerana Pandikar Amin menyamakan taraf Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen biasa.

“Mana ada amalan di parlimen lain, mereka samakan status Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen lain,” katanya.

Mendengar hujah pemimpin PKR itu yang enggan memetahui arahan supaya duduk, Speaker semakin angin.

“Tak apa..tak apa, sebab yang behormat terlampau bijaksana, terpaksa saya dengar...teruskan...teruskan!,” katanya sinis.

Sivarasa terus ‘membebel’ hingga memaksa ahli parlimen BN Sri Gading Mohamad Aziz bangun dan meminta Pandikar Amin jangan melayan karenah pembangkang.

Melihat keadaan tidak terkawal, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja berkali-kali dan meminta beberapa ahli parlimen yang bangun bertegang leher isu itu ‘duduk’.

“Duduk Yang Behormat Subang..duduk dulu Yang Behormat ,” tegasnya beberapa kali menyebabkan Sivarasa dan Mohamad duduk.

“Ahli-ahli yang behormat, bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Daripada mula saya jadi speaker Dewan Rakyat, saya cuba bersikap adil. Belum pernah dibuat, selepas kerajaan... pembangkang, kerajaan... pembangkang (bergilir berbahas). “ “Kalau pun ada saya cakap Rembau (Khairy) ada sama masa (dengan Anwar), ianya benda yang kecil dan remeh temeh. Saya dah beri laluan seluas mungkin. Kalau sudah beri betis, jangan nak peha, kalau kena peha, jangan nak pijak kepala,” kata Pandikar Amin menyelar sikap Sivarasa yang tidak mematuhi arahan duduk.

“Sila Rembau. Kita sudah bazirkan masa,” katanya meminta Khairy meneruskan perbahasan setelah kekecohan selama 10 minit gara-gara Anwar disamakan dengan Ketua Pemuda UMNO itu.

Khairy antara lain dalam perbahasan membidas Anwar yang dalam perbahasannya ‘angkut bakul sendiri’ memuji kononnya kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah lebih baik dalam urus tadbir ekonomi hingga dapat rrzab yang banyak berbanding kerajaan Pusat Barisan Nasional.

“Apa guna dabik dada kata rezab tinggi tetapi tidak dapat tunai janji,” sindis beliau merujuk kegagalan kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang menunaikan janji ketika kempen PRU ke 12 dahulu.

Tambahnya lagi, kerajaan Pusat masih membantu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kerana itu tanggungjawab dan tidak mahu rakyat negeri terbabit ketinggalan pembangunan.

Beberapa ahli parlimen pembangkang antaranya Datuk Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli bergilir bangun mencelah menganggu ucapan Khairy terutama selepas beliau menangkis hujah Anwar berdasar fakta dan angka.

Pada satu ketika, ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bangun mencelah dan berkata, “ Dia orang (pembangkang) pedih dengar angka disebut-sebut,”.

Apapun, perbahasan Khairy nyata lebih menarik berbanding ucapan Anwar selama dua jam yang ‘kosong’ melainkan menghentam Bajet 2013 yang dibentang Najib.

Hanya ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun ‘melayan’ Anwar manakala ahli parlimen lain ‘malas’ hendak melayan Ketua Pembangkang itu.

Ini yang dikatakan membuatkan Anwar kurang steam dan mati akal.- OLEH ROSLAN BIAN

Puak Pembangkang Meroyan Bagaikan Cacing Kepanasan Apabila Khairy Tangkis Hujah Anwar Dengan Fakta


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.

"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.

"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.

"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.

Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.

Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.

"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.

Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.

"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.

Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.

Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.

Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.

"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.

"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama

Monday, October 1, 2012

Bajet Alternatif Bercanggah Dengan Buku Jingga


Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan. PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza. Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol’.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan. Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar. Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini?

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma. Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah. Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang. Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya. Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Dewan Rakyat Live - @Khairykj Pembahas Belanjawan


Sekali lagi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diberi ruang untuk menjadi pembahas Belanjawan pertama dari BN selepas perbahasan dari Ketua Pembangkang.



Streaming live video by Ustream

Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini


Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satuhingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudahtersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak InsuransMalaysia 2012 di sini, Isnin.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlumendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakanmereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajardiperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucarbuku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambilmenyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belumbekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.-Media UMNO