Monday, October 1, 2012
Borang BR1M 2.0 Mula Diedar Bulan Ini
Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.
“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satuhingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudahtersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak InsuransMalaysia 2012 di sini, Isnin.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.
Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlumendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakanmereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.
Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajardiperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.
“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucarbuku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambilmenyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belumbekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.-Media UMNO
Labels:
BR1M 2.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment