Monday, October 8, 2012

Politik Anwar Ibrahim Tidak Berasas Islam - Haron Din

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

"Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

"Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap," kata beliau.

"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya.

Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'.

Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur.

Sumber: www.antarapos.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuntutan Bina Loji Petrokimia Di Bachok, Ancam Nyawa Penduduk


Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.

Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.

Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.

Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.

Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.

Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?

Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.

Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.

Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?

Memang DAP Mahu Halau Melayu Dari Pulau Pinang


Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).
Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang?

Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Sumber: Perak Today