Monday, October 15, 2012

Konsert Bersih Malapetaka Yang Tidak Diundang!

foto: Amrayy

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR.

Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa.

Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu.

Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut.

Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi, angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.

Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama, konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.

Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan, manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu, nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai.

Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

Jelas sekali, apabila demonstrasi atau himpunan anjuran NGO proksi PR itu diadakan dijalanan terutama di kawasan tumpuan ramai, jumlah kehadiran penyokong kelihatan ramai bukanlah kerana pesertanya, tetapi disebabkan orang ramai yang lalu lalang termasuklah khalayak yang datang untuk sekadar memerhati keadaan.

Melihat pada kesuraman yang dialami program sosial Konsert Bersih 8T anjuran NGO Bersih ini, mahu tidak mahu, mereka perlu menerima hakikat, retorik perjuangan mereka sudah tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Program ini yang asalnya diramalkan oleh para pemimpin pembangkang dan penggerak NGO Bersih konon bakal menyemarakkan keraguan rakyat terhadap keadilan sistem pengurusan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR, kini sudah bertukar menjadi malapetaka membuktikan rakyat semakin jauh dari pembangkang dan NGO proksi mereka.

Teresa Kok Digesa Mohon Maaf!


Membaca kisah Awang Selamat hari ini yang mengimbau peristiwa betapa negara merasa malu terhadap perbuatan seorang MP yang bersifat perkauman dan anti islam.

Peristiwa yang menimpa wanita Melayu ketika di suruh ketuk ketampi semasa dalan lokap membawa kepada terbukanya sifat sebenar MP Dap yang bersifat anti islam.

Seorang MP yang sanggup membawa CD lucah di parlimen dan mahu perkara ini disiasat dengan NIAT membela warga cina tapi bila diketahui bukan warga cina, beliau boleh senyap dan diam tanpa ada rasa bersalah. Memang benar sehingga hari ini, Teresa kok tidak pernah memohon maaf.

Beliau juga pernah membangkitkan isu azan di sekitar selangor, dengan sengaja membangkitkan isu ini untuk pengetahuan umum agar tindakan untuk memperlahankan azan diambil.

Teresa kok juga pernah membawa isu papan tanda yang mahu semua bahasa di dicetak dipapan tanda kepada dbkl, malah beliau sendiri sudah melaksanakan perkara.

Teresa kok juga pernah cuba memasuki ruangan masjid negara dengan tidak menutup kepala malah memarahi orang islam yang tidak membenarkan baliau memasuki ruangan sembahyang masjid negara.

Ini lah contoh-contoh yang menunjukkan Teresa Kok seorang yang anti islam, sifat semula jadi beliau yang tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan islam.

Sekiranya Beliau mempunyai sifat kemanusian dan tidak ada masalah dengan Orang Islam, sebagai manusia moden, sekurang-kurangnya beliau boleh memohon maaf kepada orang islam.

Agenda Teresa Kok hanyalah mahu melihat islam di Malaysia dilemahkan. tidak ada lain malah ramai pemimpin DAP bersfat sama seperti beliau. Ingat-ingatlah!-Utusan

Nakhaie Sokong Haron Din Ganti Nik Aziz


Cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din mendapat sokongan seorang bekas naib presiden parti.

Datuk Nakhaie Ahmad, berkata saranan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas Naib Presiden parti memang bertepatan bagi memastikan keutuhan parti berkenaan.

Namun, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas Hasan yang menurutnya tidak layak mempersoalkan kedudukan Nik Aziz dan mencadangkan Haron sebagai pengganti.

Kepemimpinan PAS pun tidak berbunyi, malah selesa dengan kepemimpinan yang ada. Beliau (Hasan) boleh diibaratkan sebagai bekas menantu yang cuba menasihati bekas mentua sedangkan hakikatnya mereka tiada sebarang kaitan lagi, katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan, pula berkata Pemuda PAS tidak akan melayan sebarang campur tangan pihak yang tidak ada kaitan dengan PAS berhubung isu dalaman parti.

Hasan diingatkan jangan mencampuri urusan PAS, biarkan ahli dan kepemimpinan yang menentukan perkara itu, katanya ringkas.

Mengulas lanjut, Nakhaie, berkata sejak kebelakangan ini banyak kenyataan Nik Aziz bertentangan dengan prinsip parti yang memperjuangkan negara Islam sebagai teras, malah ada ketikanya terlalu memuji DAP hingga mengakibatkan PAS dilihat berpuak-puak.

Ada ketikanya pimpinan PAS lain terpaksa mempertahankan semua kenyataannya walaupun kadangkala ia memberikan impak negatif terhadap parti, katanya semalam.

Hasan dalam laporan akhbar semalam, meminta Nik Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Haron demi menjaga keutuhan parti. Beliau dipetik sebagai berkata, sudah sampai masanya Nik Aziz menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat PAS sebagai penjaga perjuangan Islam.

Nakhaie berkata, Nik Aziz kini dilihat sebagai liabiliti kepada PAS, justeru Haron adalah pengganti terbaik.

Jika ketika ramai pemimpin lain mengkritik kelantangan DAP mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud, Nik Aziz menentang arus yang secara terang menyokong DAP dan jelas tidak selari dengan perjuangan parti.

Ini banyak menimbulkan kemarahan ahli, pengikut mahupun pemimpin tetapi mereka tidak menyuarakannya disebabkan rasa hormat kepada beliau, sedangkan hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan itu, katanya.

Sementara itu, PAS menubuhkan jawatankuasa khas untuk menemui Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pada masa terdekat bagi menjelaskan situasi terkini parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, berkata langkah itu diambil kerana PAS berpendapat ahli seumur hidup PAS terbabit mendapat maklumat salah mengenai parti.

Jawatankuasa yang turut dianggotai wakil Lujnah Seni dan ulama ini akan cuba berjumpa dengan beliau dan beri maklumat betul berhubung parti ini kerana kami menganggap selama ini beliau banyak bergantung kepada berita dan khabar angin saja, katanya ketika dihubungi BH di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, Shahnon yang juga Sasterawan Negara, mengakui perjuangan politik PAS kini tersasar daripada asas perjuangan asal parti dan kehendak Islam. -BH