Wednesday, October 17, 2012

Nik Aziz Mahu Jadi Mursyidul Am PAS Sepanjang Hayat


Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.

Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam.

Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas.

Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS.

Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti.

Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu.

Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata.

Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed, kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya. Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh.

Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan. Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.

Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad.

Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan.

Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat.

Kelantan Tanggung Hutang RM1.14 Bilion, Perolehan Pula Berkurangan

Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.

Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta.

Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.

Tambahan angka RM200.00 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun, ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.

Tapi biasalah, Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim, mahu tak mahu, tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.

Sementara itu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan beberapa hari lepas, menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu, kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya. Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.

Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. Peningkatan lebih RM50.00 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.

Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia, diam tak diam, kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.

Bezanya, negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS, hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan.

Paling menarik, tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut.

Sementara itu, tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti, hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.

Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.

Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion, perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah. Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat.

Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik


Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.

Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.

Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.

Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.

Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.

Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.

Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta.

Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.

Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan.

Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.

Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.

‘Ketakutan’ Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian.

Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.

Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh ‘beraksi’ dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.

Dengan pengetahuan yang ‘mendalam’ mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.

Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama ‘rakyat’ kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka.

Hasan Tetap Bersama PAS Tentang Kumpulan Anwarinas


Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama
Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Pemimpin PAS Mahu Nik Aziz Segera Berundur


Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.