Thursday, January 31, 2013

Nasharuddin Bukan Lagi Ahli PAS - Nik Aziz


Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.

"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Panas! Drama Sahara Astro Hina Perempuan Berniqab


Kecoh di laman sosial Facebook ketika ini mengenai sebuah drama Astro Prima yang dikatakan telah menghina perempuan yang berniqab atau berpurdah.

Ini kerana terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton. Daripada video promo Sahara pun kita boleh menilai sejauh mana tafsiran Islamik yang ingin ditunjukkan oleh pengarah.


Menurut satu komen dari Facebook, Tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercakai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula. Berniqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah. Jadi jangan cemari pemakaian sunnah dengan babak cerita memalukan Islam. Mohon para pengarah di Malaysia take extra effort sebelum menerbit cerita2 Islamik. Bukan tak boleh.


Kami harap akan ada tindakan susulan dari pihak Astro mengenai kontroversi ini. Pihak pernerbitan juga perlu bertanggungjawab atas penyiaran drama ini.

Video promo telah di removekan http://youtu.be/F3cVGZciOh0




-Apa Celop

30K Hadir - DS Najib Rasmi Bantuan Lesen 1 Malaysia #BL1M #BNPilihanOrgMuda @NajibRazak @Khairykj

30 ribu orang hadir di Program BL1M di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Barisan Nasional dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sempena program Himpunan Orang Muda di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai hari ini.

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.

Program seperti ini membuktikan anak muda bersama BN dan kerajaan begitu prihatin dengan kehendak orang muda.