Saturday, February 2, 2013

Air Mata Nurul Izzah Senjata Terakhir PKR!








Awas! Bersediakah Umno/BN untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nurul Izzah?

Fenomena seperti ini sering dilihat apabila menjelang bulan PRU.... Seperti biasa doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pakatan Haram dalam mempertahankan Parti Anak Beranak Pakatan Haram.

Untungnya membina dinasti dalam parti. Dinasti Anwar Ibrahim beliau adalah de facto dan pengasas PKR, isteri pula presiden sementara anak, naib presiden parti. Begitu jugan dengan dinasti Lim dan Karpal... Kepentingan anak beranak lebih diutamakan.

Sejarah reformasi 1998 di laksanakan oleh Anwar hanya semata-mata untuk membebaskan diri beliau dari merengkok dalam penjara.

Dan dari penjara mahu ke Putrajaya...  Hakikatnya Anwar Ibrahim kini sudah bebas... bebas kemana sahaja dengan jet peribadinya...



Sejak 2004 apabila Anwar bebas dari penjara, PKR mula beralih menjadi parti yang hanya membela dan memperjuangkan agenda peribadinya.

PKR di lihat muram selepas Anwar melantik dirinya sebagai penasihat PKR, menggunakan kuasa veto dan memasukkan seluruh saudara maranya dalam pelbagai jawatankuasa kerja dan pimpinan pusat. Pada waktu itu ramai yang meninggalkan PKR termasuklan pemimpin PKR yang sebelum ini menjadi pendukung Anwar kini turut menolaknya!

Malah laungan reformasi parti pembangkang tidak boleh diguna pakai kerana situasi pembangkang sendiri ketika ini dalam keadaan kucar-kacir dan diselubungi masalah peribadi.

Tat kala hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. berlalulah, zaman “Penetrasi”! yang jelas “Reformasi” dimatikan oleh “Trasnformasi”!!!

Mungkin jua air mata Nurul Izzah adalah petanda kejatuhan dinasti Anwar pada PRU 13 ini! Tiada apa lagi yang perlu di perjuangkan bersama PKR, sebab utamanya PKR bukanlah parti yang membela Agama, Bangsa dan Negara!

Politik Harian/Bro Jinggo

Karpal Terus Cabar Nik Aziz - Isu Kalimah ALLAH Belum Selesai Tegas Karpal


Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu. -Sinar Harian

Gimik Bubar DUN, Khalid Ibrahim Mahu Tutup Kemelut


Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius. Menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.

Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.

Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap ‘memasang badan’ sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13.

Hasrat Khalid untuk melakukan ‘stunt’ juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.

Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.

Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bulan pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.

Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid – Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.

Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
2 Feb 2013.

Akar Umbi Desak Guan Eng Mohon Maaf, Pemimpin PAS Berkiblatkan DAP!



Akar umbi sudah bersedia! tapi malangnya pemimpin PAS adalah boneka DAP! 

72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan PKR.

Malah pendirian dan perjuangan Pemimpin PAS kini semakin diragui kerana sanggup “berkiblatkan” DAP!

Terbukti perjuangan PAS sudah mati! dimana suara pemimpin PAS dalam mendesak Guan Eng berhubung isu kalimah Allah!!

Padang Serai- Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.

Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut.

Mat Sabu Tak Bertanding PRU-13 Mah.......


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mungkin tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Sumber dalaman PAS memberitahu Mohamad membuat keputusan itu mungkin kerana kecewa dengan tindakan segelintir pemimpin PAS yang dikatakan sedang berusaha menghalang beliau daripada bertanding di Kedah.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini keputusan sudah dibuat, yang mana Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang. Tetap ada pakatan dari kalangan pemimpin PAS termasuk pemimpin kanan parti yang berusaha sabotaj Mat Sabu.


Menurut sumber itu lagi, usaha menyekat Mohamad dibuat kerana tidak mahu sosok itu berada dalam Parlimen pada penggal akan datang.

Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, Mohamad bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Datuk Razali Ismail dan calon Bebas, Maimun Yusuf, seorang nenek yang dikenali dengan nama Tok Mun yang jadi calon paling tua dalam sejarah pilihan raya negara.

Razali menang dengan majoriti 628 undi manakala Maimun hilang wang pertaruhan.

Menurut sumber itu lagi, usaha mengetepikan Mohamad itu juga sebahagian daripada "projek menaikkan seorang Timbalan Presiden baru" pada pemilihan PAS yang dijangka akan dibuat sebelum hujung tahun ini.

Mohamad dikatakan mempunyai aliran pemikiran yang tidak bersesuaian dengan apa yang diinginkan oleh sesetengah pemimpin PAS.

"(Mereka) dah ada 'kuda' baru nak bagi lawan dengan Abang Mat. Yang lama dah terpelanting dari Majlis Syura Ulama, jadi kena promosi 'kuda' baru," kata sumber tersebut.

Sumber itu merujuk kepada pengguguran Nasharuddin Md. Isa daripada Majlis Syura baru-baru ini.

Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS tahun 2011 mengalahkan Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Gerakan Memecat Harun Din Bermula!


Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.

Menurut sumber dalaman tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Pertembungan Pendirian Anwar Ibrahim dan Haron Din



Seperti mana yang kita ketahui hanya Haron Din yang masih belum berani dipecat oleh Anwar Ibrahim. 

Secara umumnya gerakan dari Anwarinas sudah pun bermula, hanya tunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Harun Din dengan cara terancang seperti mana yang dilakukan terhadap Hasan Ali dan Nasha. 

Walaubagaimana pun Puak Anwarinas perlu meyakinkan akar umbi PAS agar mereka boleh menerima keputusan yang bakal di umumkan. Jika tidak, akan berlakulah perpecahan yang amat serius dalam parti PAS sekaligus boleh menghancurkan parti itu. Takbirr!



PAS is Death!