Sunday, March 17, 2013

Umno Nafi Sebar Video Aksi Songsang Anwar


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.

- Bernama

Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Ditembak, Jadikan 62 Musuh Ditembak Mati


LAHAD DATU – Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.

“Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri,” katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.

Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.

“Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat,” katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.

Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.

Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.

-Bernama

Gambar Gay : Video Anwar Marah Wartawan!


Selain dari lari daripada wartawan Anwar turut menghemburkan kata-kata kasar kepada wartawan.. Pengawal peribadi Anwar juga dilihat bertindak kasar kepada wartawan. 

Kalau taknak jawab pun tak payah lah sampai buat macam ni... 

Semalam beberapa wartawan ingin medapatkan komen Anwar Ibrahim mengenai satu blog yang menyiarkan gambar-gambar dimana seorang lelaki didalam gambar itu seakan-akan rupa beliau..... dan ini komen beliau...

“Ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) pagi ini.

Nampak bersungguh-sunguh beliau mengeluarkan kata-kata itu dengan lengokan tangannya sekali.

“Fitnah jijik UMNO termasuk..” sekali lagi beliau cuba mengulangi kata-kata di atas. Kali ini beliau nampak tersentak dan menoleh ke arah wartawan Agendadaily.

“Saya nak bertanya saja,” kata wartawan itu.

Anwar menjawab, “Menggunakan media..menggunakan media untuk menyebarkan fitnah..nama dia Melayu-Muslim,”katanya sambil berjalan keluar dan tidak mahu lagi melayan soalan-soalan wartawan.

url: http://youtu.be/mOqGgDpaRU0