Friday, April 5, 2013

#PRU13 - PKR Gugur Yusmadi Di Balik Pulau


Bekas penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff digugurkan daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Mengesahkan perkara tersebut, Yusmadi berkata, kerusi berkenaan bakal diisi oleh calon muka baru yang akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Balik Pulau akan ada calon baru PKR bagi PRU-13. Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih di atas segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah.

"Terima kasih Balik Pulau, beri peluang saya belajar erti kepimpinan dan peluang berkhidmat walau tak seberapa. Mohon Maaf kalau ada salah silap," katanya menerusi akaun Twitter awal pagi Jumaat.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjawab soalan pengikutnya mengenai alasan beliau tidak bertanding atau mempertahankan kerusi Balik Pulau, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Yusmadi yang juga seorang peguam bertanding kali pertama pada PRU 2008 dan menang tipis dengan majoriti 708 undi.

Beliau yang mendapat 15,749 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Norraesah Mohamad yang memperoleh 15,041 undi.

Komen aku PADAN MUKA HANG! Lain kali balik la kawasan selalu, baru nampak ko tu buat kerja!

#SaveKedah - Tinjauan: Regim PAS Kedah Bakal Tumbang Pada PRU 13


Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan tumbang di Kedah pada Pilihan Raya 2013 dengan kehilangan enam peratus undi Melayu dan perubahan corak pengundian masyarakat Cina, dalam penemuan terbaru tinjauan peribadi yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research.

Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu The Malaysian Insider, di antara sebab perubahan dalam corak pengundian kaum Cina adalah keadaan kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mana beliau mengatakan memberi persepsi mengenai ketidakstabilan kerajaan negeri.

“Ini kerana pada tahun 2008, lonjakan sokongan daripada pengundi Melayu tidak begitu besar, contohnya kerusi DUN Tanjung Dawai, kita menang tak sampai seratus undi,” kata seorang pemimpin PAS Kedah kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

Menurut beliau lagi, keputusan masyarakat Cina untuk memberikan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dan parlimen kepada PR membuktikan terdapat masalah serius dengan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, terdapat tiga faktor menyebabkan kerajaan PR Kedah hilang sokongan masyarakat Melayu negeri tersebut pertama adalah pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 oleh Barisan Nasional (BN).

“Kedua masalah dalaman kerajaan seperti penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan negeri dan ketiga, calon serta muka baru diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah mula menarik kembali pengundi kepada BN,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Perdana menteri telah membubarkan parlimen semalam dan beberapa negeri ikut membubarkan DUN manakala menteri besar Kedah akan bertemu dengan pemimpin negeri hari ini untuk mendapatkan persetujuan. Pilihan raya umum (PRU) dijangka akan diadakan pada penghujung bulan April.

Akan tetapi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap penemuan badan tinjauan bebas itu sebagai satu sebab untuk melemahkan partinya untuk terus berjuang bagi mengekalkan PR di Kedah dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya akan all out membantu PAS dan Pakatan untuk mengekalkan Kedah. Ya, saya tahu tentang pembentangan Merdeka Center itu,” kata Mohamad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Kami berjanji untuk perbaiki kelemahan dahulu demi untuk memastikan dapat memerintah bagi penggal kedua,” tambah beliau yang dijangka akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, Kedah.

Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Azizan mengatakan terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbirannya yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR bagi mentadbir negeri tersebut.

“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah,” kata Azizan.

“Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem “Kifaalah” ... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.

Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.

“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.

“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan longgar PAS, PKR dan DAP menang mengejut di Kedah, mengecewakan BN apabila memenangi 22 dari 36 kerusi DUN di Kedah.

Akan tetapi dua ADUN PKR Tan Wei Shu dari Bakar Arang dan Mohd Radzi Salleh dari Lunas keluar parti dan menjadi ADUN bebas mesra BN oleh kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

Pembelotan tersebut menyebabkan beza kerusi diantara PR dan BN turun ke hanya emat kerusi DUN.

Pada Mei 2010, khabar angin tersebar kerajaan negeri PR mungkin akan tumbang kembali kepada BN disebabkan akan berlakunya lebih banyak pembelotan dari ADUN PKR.

Akan tetapi dalam satu ceramah pada 22 Mei, kesemua 20 ADUN PR muncul untuk menafikan khabar angin, menyatakan kesetiaan mereka terhadap kepimpinan Azizan.

Kepimpinan PAS masih belum menyatakan secara rasmi siapa yang bakal mengetuai kempen parti di Kedah untuk Pilihan Raya 2013.

Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan pembangkang PR akan bertarung untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013.

#PRU13 #Transformasi - Rakyat Melaka Berpuas Hati Dengan Pentadbiran BN


Kajiselidik Universiti Teknologi MARA & Universiti Teknikal Malaysia Melaka mendapati pentadbiran Melaka di bawah kerajaan BN, mendapat pujian dari rakyat Melaka. terutamanya golongan muda.

• Melaka telah diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010.
• 83% dari responden kajiselidik ini berpuas hati dengan prestasi PM Najib
• 38.5% responden adalah lepasan sekolah, 55.4% pemegang diploma dan ijazah sementara 6.1% pemegang ijazah tinggi.
• 48.3% responden sangat setuju & 41.1% bersetuju bahawa PM bersungguh-sungguh meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
• Kajiselidik ini mengambil sampel golongan muda antara 21-40 tahun di Melaka.
• Jelaslah golongan muda di Melaka menerima pembangunan yang dibawa oleh BN.

Melaka kian membangun untuk rakyat

Projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka telah mencapai kejayaan, sekaligus menolak tuduhan pembaziran yang dilemparkan pembangkang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek pembangunan termasuk pengindahan Sungai Melaka berjaya menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara selain diiktiraf dunia.

"Ini menjadikan Melaka semakin rancak dalam pelbagai kegiatan ekonomi dengan tahap kemiskinan paling rendah di samping tersenarai di tangga ke-28 daripada 45 negara yang perlu dilawati di dunia menerusi kajian dilakukan akhbar The New York Times," katanya.

Beliau berkata pembangkang dilihat masih memainkan isu pembaziran projek kerajaan BN melalui risalah dan ceramah yang diadakan di negeri itu.

Katanya, tohmahan oleh pembangkang itu sekadar bertujuan mengelirukan rakyat dengan memutarbelitkan fakta mengenai projek dijalankan kerajaan.

#PRU13 #TolakPR - Hot: Anwar Pening Kepala Atas Bawah... Timbalan Pengerusi PKR Pahang Tanding Bebas


Protes Fauzi, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang tanding Bebas

Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu.

Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.

Bekas Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.

"Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini.

"Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu.

Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12.

Sementara itu, menurut Ramponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon.

"Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi.

"Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 setahun selepas Fauzi dilantik mengetuai parti itu di Pahang.

Sementara itu, bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri.

"Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat.

"Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya.

Sementara itu, Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini.

Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat.

"Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.

"Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar di sini. - UTUSAN ONLINE

Baca juga artikel ini : Tiada Kata Sepakat... DAP Biadap, PKR Di Liwat

Thursday, April 4, 2013

#PRU13 - PAS Dah Jadi HamPAS, Ada Dua Calon Di Parlimen Jempol Termasuk Aishah!


Kecelaruan Pas dalam meletakkan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin ketara apabila tidak sedar parti itu mengumumkan lebih daripada satu nama bagi satu kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

Terbaru, bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ahad lalu, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol.

Ia dinyatakan sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Malam tadi pula, nama penyanyi Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin pula diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang sama.

Yang pelik dan menghairankan, pengumuman itu itu dibuat sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sedangkan, beliau turut hadir pada program di mana Abd. Rahman menyatakan kepada media bahawa Mohd. Fairuz adalah calon Pas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh Pas sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

"No comment, saya tak tahu apa-apa, tunggulah keputusan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang akan umumkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada program Ahad lalu, Abd. Rahman turut memperkenalkan beberapa calon lain kepada media termasuk memberitahu beliau akan bertanding di DUN Serting, selain T. Kumar (Jeram Padang) dan Rebin Birhim (Palong).

Sewaktu nama calon ini dipanggil, kesemua mereka telah diminta naik ke atas pentas, tanpa menyebut bertanding di kawasan mana. -Utusan

Semakin lama semakin hancur puak PAS ni... elok dibubarkan saja parti PAS yang semakin tak relevan ini!

#PRU13 - Foto MB Kedah Terjatuh... Petanda Awal PAS Kedah Akan Tumbang!


Kesiann Tok Jan..belum lawan dah jatuh.. Petikan Dari blog McTheory

Kejadian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terjatuh berlaku selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Selepas bertemu dengan YDP Agong, Azizan terjatuh ketika berjalan. Foto tersebut sempat di rakam oleh media yang ada berhampiran. Gambar Azizan terjatuh tidak patut dijadikan kontroversi, namun ada diantara penyokong Pas sendiri dikatakan bertepuk tangan dan gembira bila Azizan terjatuh.


#PRU13 : Isu Perebutan Kerusi Paling Memalukan Buat Pakatan Haram


DALAM satu-satu pilihan raya, adalah adat satu-satu parti komponen berjuang dan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi bagi parti masing-masing.

Sama ada suka atau tidak, kita kena menerima hakikat yang ‘darjat’ dan maruah sesebuah parti itu tak banyak sikit terletak pada jumlah kerusi yang dimenanginya dalam satu-satu pilihanraya.

Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri, perkara yang sama berlaku.

UMNO nak lebih, MCA nak lebih, MIC nak lebih walaupun kerusi yang dipertandingkan itu BELUM TENTU menjanjikan kemenangan.

Jadi bila perkara yang sama berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita semua boleh faham dan menerima rasional terjadinya perkara sebegitu.

Namun berbeza dengan Pakatan Rakyat, BN berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan cukup teratur, licin dan tidak menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

Akhirnya setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi….keutamaan diberikan pada calon yang boleh menang (winnable candidate).

Walaupun ada pihak yang ‘makan hati’, semua itu dianggap lumrah dalam perjuangan dan akhirnya semua parti komponen dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka.

Malangnya, konsep yang sama bukan saja gagal dihayati malah turut gagal dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.

Di sebalik konsep ‘kesatuan dan satu hati’ yang kononnya terjalin erat di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat seperti yang mereka sering gembar-gemburkan itu, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lambat’ mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membincangkan isu pembahagian kerusi ini namun apa terjadi, Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan perkara itu.

Malah sehingga Parlimen dah nak bubar pun, mereka masih ‘berperang’ tentang perkara pembahagian kerusi ini.

Berikut adalah contoh apa yang berlaku. Baca lagi di sini...

#PRU13 - Sering Keluar Kenyataan Kontroversi, Nik Aziz Wajar Berundur


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya mengundur diri dari pentas politik negara kerana sering memberikan kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang pelbagai tafsiran.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Fathul Bari turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut mempunyai ciri-ciri idelogi khawarij (mengkafirkan orang lain).

"Sekiranya benar (kenyataan tersebut dibuat), perkataan sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri ideologi khawarij. Ini sama mengkafirkan orang, ciri-ciri ideologi khawarij. Orang-orang macam ini, tolonglah berundur dari politik," ujarnya ketika dihubungi Utusan Online.

Beliau menegaskan, negara ini memerlukan ahli politik yang menitikberatkan politik kasih sayang dan bukannya politik benci membenci atau kafir mengkafir.

Nik Abdul Aziz ketika berceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu, Kelantan malam tadi turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #TolakPR - Permatang Pauh Dedah Belang Anwar


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dianggap rahmat kepada penduduk Parlimen Permatang Pauh yang sudah sekian lama mahu menolak kepemimpinan Penasihat PKR itu.

Perkara itu disuarakan penduduk Permatang Pauh sendiri yang mendakwa Anwar selama ini tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya hanya mempergunakan masyarakat di kawasan itu kerana taksub mengejar cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

Penduduk Kampung Mengkuang, Yusof Sudin, 75, berkata Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.

Lalai jalan tanggungjawab

“Apa erti seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.

“Kalau Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila rakyat memerlukan khidmatnya, dia ‘lesap’ entah ke mana dan ini membuatkan penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya,” katanya di sini, semalam.

Yusof berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.

“Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas,” katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih Perak pada PRU-13.

Penduduk, Mohd Rafizal Yusof, 40, berkata keputusan Anwar ‘lari’ dari Permatang Pauh itu mempunyai kaitan dengan sokongan berkurangan rakyat kawasan itu terhadapnya berikutan kegagalannya menyumbang kepada program dan pembangunan di situ.

“Anwar semakin ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik. -BH

#Vote4BN - BN Lancar Manifesto Sabtu Ini


Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Beliau berkata, manifesto itu adalah aku janji BN kepada rakyat dan akan digunakan mengikut kesesuaian di peringkat-peringkat negeri.

"Manifesto BN mahu dihayati dan difahami rakyat. Dalam tempoh empat tahun kita berjanji dan tepati. Manifesto itu adalah lambang dan janji kita kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.

Beliau juga berkata, BN senitasa bersikap optimistik menang besar dan akan meminimumkan masalah dalaman parti selepas pengumuman calon-calon yang bertanding.

"Soal nama-nama calon yang akan bertanding tidak boleh diumumkan sekarang. Biarlah ada elemen kejutan. Cuma nama calon akan diumum lebih awal supaya calon boleh memperkenalkan diri dan membuat persiapan.

"Pada keseluruhannya persediaan (menghadapi pilihan raya) adalah cukup baik. Persiapan jentera BN amat tinggi dan sedia untuk turun gelanggang," katanya. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 : SPR Dijangka Umum Tarikh Mesyuarat Khas Esok


Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan selewat-lewatnya esok untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh mesyuarat khas akan diadakan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sehingga kini SPR belum menerima surat pemakluman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, seramai 6,298 pengundi luar negara telah mendaftar sebagai pengundi pos sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah malam tadi. - Utusan

#PRU13: Khairy Jamaluddin - Teruskan Perjuangan Walau Tidak Terpilih Sebagai Calon PRU13


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini meminta pemimpin-pemimpin Pemuda agar tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon dalam piliharaya (PRU13).

Sebaliknya, para pemimpin pemuda perlu muhasabah diri dengan keputusan Presiden parti dan tidak mematahkan semangat juang mereka dalam memperjuangkan parti khususnya dalam memenangi PRU13 kali ini.

Beliau dengan rendah diri akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Pemuda mendahului parti bukan diri... Khairy komitmen untuk memastikan kemenangan BN yang tidak berbelah bagi tak kira lah menjadi calon atau tidak. Beliau berharap para pemimpin pemuda turut berpegang kepada prisnsip yang sama.



Petikan dari Facebook KJ (https://www.facebook.com/Khairykj) - Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat.

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

#PRU13 : Aishah Bertanding Parlimen Jempol...


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin.

Nota: Akhirnya tercapai juga cita-cita penyanyi yang dah tak laku ni menjadi calon Parlimen... cuma nasib rakan-rakan seangkatan dengan Aishah masih belum diketahui lagi... Apa-apa pun tahniah dan selamat menjadi mangsa KORBAN....

#PRU13 #TolakPR - Anwar Ibrahim Gunakan Kuasa Veto Menentukan Semua Calon PR Di Sabah

Maklumat bocor mesyuarat PR Sabah yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim pada 25 Mac 2013, di Kota Kinabalu Hyatt Hotel.

Sumber rapat memberi tahu ketua-ketua cabang dan pemimpin PR di Sabah kini dilihat tidak berpuashati dengan senarai calon-calon pilihan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Dimana Anwar menggunakan kuasa veto dalam urusan pemilihan calon PKR di Sabah sehingga mengenepikan beberapa calon yang menjadi pilihan penyokong PKR di kawasan tersebut sendiri.

Pakatan di Sabah: 11 PKR, 6 APS, 3 PPPS, 3 PAS, 3 DAP. Parti Semenanjung lebih dominan? Dominasi PKR, bah!

Cuma yang peliknya PKR ni parti Sabah ke? Kenapa pulak Anwar pula yang lebih-lebih? dan urusan calon DAP tak berani pula Anwar nak masuk campur...! baca di sini.

#PRU13 - PAS Jadi Pak Turut... Serah 3 Kerusi Kepada PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Pertukaran kerusi antara sekutu pakatan pembangkang itu terpaksa dibuat berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

“Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah hubungi Datuk Seri (Abdul) Hadi dan saya sendiri berbincang dengan Datuk Mustafa bagi menyuarakan bantahan ahli PKR apabila PAS umum bertanding di Temerloh dan Kangar.

“Bagaimanapun kami ambil keputusan untuk akur dan terima baik perkembangan itu. Jadi PKR akan bertanding di Bera sebagai gantian kerusi Temerloh.

“PKR juga akan bertanding di Labuan dan Setiawangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

PAS sebelum ini mengumumkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh selain turut akan meletakkan calon bertanding di Kangar.

Kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, pakatan pembangkang akan memuktamadkan agihan kerusi antara parti itu bersama PAS dan DAP pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis.

“Siri rundingan bersama PAS dan DAP berjalan dengan baik, sehingga kini kita sudah capai lebih 90 peratus persetujuan.

“Tidak banyak kerusi yang bertindih, kita akan selesaikan esok (Khamis),” katanya lagi.