Friday, April 12, 2013

#PRU13 #TolakPR Kit Siang Mengamuk Dengan Anwar


Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.

DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.

Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.

Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.

Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.

Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.

Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.

Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.

Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!” Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.

Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.

#PRU13 #TolakPR - Orang No. 2 DAP Sabah Keluar Parti


KOTA KINABALU - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.

Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.

Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE

Thursday, April 11, 2013

#PRU13 #TolakPR - Fauziah Toron Mulut Ayam



Apa lagi yang perlu kita ceritakan mengenai Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini selain dari suka menyebarkan khabar angin yang bukan – bukan?

Sejak dia menjejakkan kaki sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, Fuziah jelas gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Selama 5 tahun berlalu, tidak ada satu pun khidmat masyarakat yang dihulurkan oleh Fuziah selain dari menyebarkan fitnah terhadap kilang Lynas.

Beliau membuat dakwaan kononnya kilang tersebut merbahaya kepada penduduk dan pernah menyamakan kilang itu dengan reaktor nuklear.

Kenyataan tersebut menjadi hangat tatkala Tsunami melanda perairan Jepun dan membocorkan beberapa reaktor Nuklear yang berada di Fukushima.

Fuziah juga turut menimbulkan panic dikalangan rakyat dengan menyamakan kilang memproses nadir bumi di Gebeng dengan kilang ARE di Bukit Gambang, Perak.

Namun, disebalik tohmahan yang dilemparkan oleh Fuziah selama 5 tahun kebelakangan ini gagal diserta dengan sebarang bukti sehingga ke hari ini.

Malah, pihak mahkamah juga telah menolak injuksi yang difailkan oleh Pertubuhan NGO, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dengan alasan yang sama.

Maka jelas. Apa yang dilakukan oleh Fuziah selama hari ini hanya tuduhan – tuduhan kosong semata – mata untuk memburukkan imej Kerajaan.

Disebalik tohmahan yang dilemparkan itu, Fuziah pernah mengakui yang beliau tidak larat melayan kerenah rakyat yang datang ke pejabatnya saban hari.

Beliau sendiri pernah menyatakan perkara tersebut didalam media dan dilaporkan oleh The News Strait Times yang menyebut:

Fuziah had also admitted to having bitter experiences with her constituents -- she claimed that some of them were only interested in getting financial assistance from her.

(Fuziah juga pernah mengakui mengalami pengalaman pahit dengan pengundinya – beliau mendakwa kebanyakkan diantara mereka hanya berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan sahaja darinya.)

Nah! Jika rakyat datang meminta apa sahaja bantuan sekali pun, bukankah sudah menjadi kewajipan bagi dia untuk membantu mereka sebaik mungkin?

Bukankah Pakatan Rakyat selama hari ini sering mendabik dada mengatakan yang mereka ini Harapan Rakyat? Habis, kenapa pulak Fuziah nak merungut tak tentu arah?

Sekarang rakyat sendiri perlu berfikir dengan sepenuh hati. Adakah mereka mahu pemimpin yang benar – benar mampu membela rakyat atau mereka mahu pemimpin yang hanya tahu merungut setiap kali bantuan diminta? Kalau setakat jadi Haprak Rakyat, baik tak payah!!!

#PRU13 #TolakPR - Mari Tengok Video Mustapha Ali Dan Awek Indon


Ini dia video yang di tunggu sudah keluar..... Huncur PAS!!!!! http://youtu.be/Mf5PgVYS27A

#PRU13 #TolakPR - 'Semua Salah UMNO' Makan Diri Puak Pembangkang!


SUDAH menjadi lumrah, apa sahaja masalah dalaman parti pembangkang, pemimpin mereka akan sepantas kilat menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun taktik seperti itu sudah menjadi bahan lucu ramai kerana terlalu kerap diulang, apa lagi pilihan yang ada untuk mereka kerana bagi mengakui kesilapan sendiri, ibarat jauh panggang dari api.

Terbaharu mengenai kemelut dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang semakin hari semakin meruncing apabila ramai pemimpin dan bekas pemimpin parti itu menyuarakan hasrat mahu bertanding Bebas.

Segalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka kepada pucuk pimpinan PKR terutama di peringkat negeri iaitu Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Bagaimanapun, seperti dijangka, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Kuantan kelmarin dengan pantas sebaik sahaja diajukan soalan tersebut oleh pemberita menuding jari kepada UMNO sebagai punca.

"Ini bukan isu, kita dah boleh agak. Banyak wang melayang, kita dah dengar sebulan lalu taktik ini akan digunakan UMNO, beli sebanyak mungkin pemimpin PKR," kata Anwar.

Apabila diajukan kepada Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat yang mengumumkan akan bertanding Bebas, beliau tidak terkejut sama sekali dengan jawapan Anwar itu.

"Kita tahu siapa Anwar. Sejak dari dulu lagi, apabila ada kalangan pemimpin PKR yang bertanding Bebas, cepat-cepat mereka akan kata UMNO bagi duit.

"Tak ada apa nak dihairankan. Kalau nak pecat keahlian pun, pecatlah. Kita reda. Sebab tujuan kita buat macam ini kerana mahu memperbetulkan pucuk pimpinan.

"Cuma saya nak beritahu, tunggulah, bukan saya seorang, ramai lagi pimpinan PKR di Pahang akan bertanding Bebas selagi masalah sebenar tidak diatasi," katanya.

Ironinya sewaktu memperkenalkan Fauzi sebagai calon di Parlimen Indera Mahkota minggu lalu, Anwar sendiri dapat mendengar dengan jelas bagaimana sekumpulan penyokong pembangkang secara terbuka mengejek pemilihan kenalan lama beliau itu.

Malah bekas Timbalan Pengerusi PKR III Pahang, G. Ramponusamy yang telah mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Indera Mahkota berulang kali menegaskan tindakan yang diambilnya itu kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan negeri.

Bagaimanapun suara Ramponusamy yang terlibat mengasaskan PKR Pahang tidak diendahkan sebaliknya, Fauzi yang meninggalkan UMNO dan menyertai PKR selepas tsunami politik Pilihan Raya Umum 2008 mendapat tempat lebih baik di sisi Anwar.

#PRU13 #TolakPR U-Turn Lynas : Khairy Selar Anwar Lidah Bercabang...


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menyelar sikap lidah bercabang Anwar Ibrahim yang membuat U-turn terhadap isu Lynas....

Berikut adalah petikan dari Facebook Khairy (link https://www.facebook.com/khairykj)

Ingat lagi tak ucapan powerrrr Anwar Ibrahim pada 26 Februari, 2012 sempena Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan?
Kalau tak ingat, boleh tonton rakaman ini http://www.youtube.com/watch?v=fema1U2cXH0


Kemain Anwar janji. “Hancur, hancur! Hancur Lynas!” “Sebaik sahaja mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan!” Pung Pang Pung Pang!

Dalam manifesto Pakatan pun disebut “Pakatan Rakyat akan menghentikan serta- merta operasi Lynas di Gebeng, Pahang.” Tidak disebut “tetapi” “walaubagaimanapun” atau “namun begitu”.

Apabila berdepan dengan media asing pula, irama Anwar sudah jauh berbeza. Dalam satu temubual bersama The Sydney Morning Herald, sebuah akhbar Australia, pada 7 Mac, 2013, Anwar telah kata walaupun beliau akan menghentikan operasi Lynas kalau menang PRU13, kilang itu boleh dibuka semula bila kajian yang memihak kepada Lynas dapat dibuat.

Inilah maksud lidah bercabang. Depan Himpunan Hijau jadi Hero Alam Sekitar. Depan media asing tak nak menjejaskan pelaburan dan imej beliau sebagai pemimpin kelas dunia.

Mungkin ada pencacai beliau yang akan pertahankan kenyataan tersebut dengan hujah “Itu kenyataan bersyarat, lah!”

Mari kita tengok apa orang kuat anti-Lynas, Fuziah Salleh, bekas Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, kata pada boss beliau.

“Even if the plant is proven safe after we close its operation and conduct proper procedure on it, Lynas should not be here.”

“As an MP, I have done my research and study this issue thoroughly, which is why I say I will have to disagree with Datuk Seri Anwar on the matter,” she added.

“I believe he (Anwar) is under pressure after being posed repeatedly on the issue of the safety of Lynas. Besides I wasn’t there to advise him as well.”

“He might have overlooked on the issue of the location for Lynas.”

Petikan dari http://www.mole.my/content/fuziah-disagrees-anwar-lynas-shouldnt-be-here

Rasa tak perlu saya terjemahkan kenyataan Fuziah. Jelas dan nyata, beliau pun kecewa dengan U-TURN Lynas!

#PRU13 #TolakPR Guan Eng Tertekan! Minta Anwar, Hadi Selesai Kes Rebut Kerusi PKR, PAS


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelesaikan masalah perebutan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara PKR dan Pas.

Guan Eng berkata, DAP tidak terlibat dalam perbincangan antara kedua-dua parti berkenaan tentang perkara itu sebelum ini yang menemui jalan buntu. - UTUSAN ONLINE

Kah! kah! kah! Macam mana nak jadi pemerintah kalau asyik nak berebut kerusi je.... Hal kecik macam ni pun tak boleh selesaikan!

#PRU13 PAS Letak Calon Rentap Chegu Bard


Kalau nak kira ini sudah 'perang terbuka' antara PAS dan PKR.Mana tidaknya belum panas Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard diumum sebagai calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh ,Pulau Pinang...PAS celah masuk umum calonnya sendiri di tempat sama.

Rabu malam,Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu Datuk Salleh Man sebagai calonnya.

Selasa malam Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman umum Chegu Bard sebagai calon di situ.

Kata Salleh keputusan letak Yusni di situ adalah muktamad selepas berbincang dengan pimpinan PAS di Kuala Lumpur.

Yusni pula dakwa kerusi berkenaan asalnya milik PAS dan dipinjamkan kepada PKR semasa pilihanraya umum 2008.

Jika PKR tidak mahu berganjak maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru bila BN umum calon kelak.

Polimek kerusi Sungai Aceh ini agak mengejutkan dan jelas mengambarkan ada yang tidak beres dalam hubungan antara PKR dan PAS di negeri itu.

-Agendadaily

#PRU13 #TolakPR 7 Pemimpin Cawangan DAP Umum Sokong BN


TAMPIN - DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu malam tadi mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.

Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan; Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason; Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.

Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut.

Sementara itu David berkata, sebab utama beliau dan rakannya menyokong BN kerana manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami semua sokong BN pada PRU-13 ini selepas melihat manifesto BN adalah aku janji tulen, yang nyata membela kaum India berbanding pembangkang yang tidak mengiktiraf itu sebagai aku janji," katanya pada sidang akhbar di Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini malam tadi.

Katanya, mereka telah lebih 24 tahun bersama DAP namun hasilnya tidak memihak kepada kaum India.

"DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip. Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng macam budak sekolah, kamu mentadbir negeri, takkanlah asyik silap kira dan silap taip,'' katanya.

Tambah David lagi, Guan Eng juga sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan sebab itulah ahli akar umbi menggelarkan DAP pada hari ini parti penuh dengan sandiwara kerana di dalamnya terdapat bintang "Bollywood" dan "Hong Kong".

David berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mendekati kaum India dan menjelaskan mengapa mereka menyokong BN dan menceritakan pengalaman 'ngeri' berada dalam DAP, sehingga kaum India dipermain-mainkan.

"Saya percaya, lambat laun kami akan dipecat sebagai ahli DAP. Tunggulah masa yang sesuai untuk kami keluar beramai-ramai daripada DAP ini. Ahli kami di peringkat cawangan juga akan turut sama dibawa menyokong BN dalam PRU-13 ini,'' katanya.

Pada majlis itu juga, beliau turut menerima borang keahlian Persatuan Penyokong BN kaum India Negeri Sembilan daripada penasihatnya, Mohamad Hafidz Jafelis. - UTUSAN ONLINE



#PRU13 #TolakPR : Kehabisan Modal... Nurul Izzah Main Isu Lapok!


Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, malam tadi.

Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.

Beliau turut menggunakan modal manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai meniru manifesto pembangkang walaupun kenyataannya aku janji yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu jauh lebih realistik.

"Mereka (pemimpin BN) yang mendakwa banyak tenaga dan kepakaran tetapi meniru kita. Idea kita mereka guna," katanya dalam ceramahnya sempena pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang, yang dihadiri kira-kira 100 orang itu.

Bagaimanapun Nurul Izzah tidak menjelaskan dengan mendalam perkara-perkara terkandung di dalam manifesto BN yang dikatakan menciplak idea pembangkang.

Sementara itu, pengarah filem dan drama, Adam Hamid yang kini berceramah di pentas pembangkang turut menggunakan peluang bagi menghentam membuta tuli terhadap kerajaan BN, termasuk menuduh mengundi parti itu sebagai satu dosa.

Malah beliau mendakwa 80 peratus golongan artis di negara ini menyokong pembangkang tetapi tidak berani untuk tampil ke hadapan kerana bimbang sukar ‘mencari makan’.

Sebelum ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengaku ramai kalangan artis menjadi penyokong pembangkang keran dipengaruhi oleh rakan-rakan artis yang menjadi ejen kepada parti-parti berkaitan.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata, bilangan artis yang menyokong pembangkang kini sudah berkurangan sejak kerajaan memperkenalkan skim insurans kepada golongan itu serta membawa pelbagai pendekatan lain untuk mereka. - UTUSAN ONLINE