Friday, April 12, 2013

#PRU13 #TolakPR - Orang No. 2 DAP Sabah Keluar Parti


KOTA KINABALU - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.

Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.

Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE

No comments: