Friday, April 12, 2013

#PRU13 #TolapPR PAS Memperkenalkan Logo Baru Cap Buaya!


Menjelang PRU 13 PAS memperkenalkan logo baru parti tersebut bagi tujuan untuk meraih undi rakyat... Apa yang menariknya logo tersebut terlebih dahulu telah dirasmikan oleh Setiusa Agung PAS yang dikenali dengan gelaran Stopa Ali!

Undi PAS dapat Spender cap buaya! Undi jangan tak undi!



Gambar diatas adalah pereka logo baru PAS... Hidup! Hidup! Hidup! Mapuih PAS!

Dengar cerita Stopa Ali tak puas hati dengan puak PKR yang telah memerangkap beliau.... Lawan tetap lawan!

#PRU13 #TolakPR - Kajian Beberapa Universiti Sahkan Khalid Hidap Penyakit Gagap


BANDAR TUN RAZAK: Kajian Universiti Pasir Tuntung yang dikeluarkan semalam menunjukkan Pakatan Haram hanya akan berjaya memenangi pilihan raya sekiranya mereka berjaya mengubati bekas Menteri Besar Selangor yang menghidapi penyakit Gagap yang kronik.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan itu, penyakit Gagap itu semakin menjadi-jadi dan bertukar menjadi sawan apabila Khalid dalam ucapannya baru-baru ini mendakwa Pakatan Haram mampu menawan 215 daripada 222 kerusi parlimen.

Khalid dengan nada Gagap berkata, beliau menerima maklumat itu daripada emel yang dikirimkan kepada beliau oleh rakan-rakan beliau daripada beberapa buah universiti yang beliau sendiri tidak di manakah letaknya universiti-universiti itu.

Jelas pakar perubatan, fakta sebenar yang cuba disampaikan oleh Khalid adalah Pas menang 2 kerusi, PKR menang 1 kerusi dan DAP menang 5 kerusi. Tetapi disebabkan penyakit gagap yang menjadi-jadi, Khalid tersebut 215 kerusi boleh menang. - Media Gagapku.

Apa punya malang nasib rakyat Selangor ada Menteri Besar macam ini. Cukup-cukuplah menipu wahai Khalid. Secara logik dan munasabah, kalau nak sangat ke Putrajaya sekalipun, takkan lah BN mampu menang 7 kerusi sahaja.

Kalau betullah seperti yang dikata: “berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa universiti, Pakatan akan menang 215 kerusi,", beranikah Khalid mendedahkan universiti mana yang membuat kajian terperinci tu? Jelas sekarang ini, rakyat perlu tolak Khalid Ibrahim sekiranya gagal memberikan perincian penyelidikan kepada media dan umum.

Sawan habis dah si Khalid ni, kem Azmin mesti tengah bersorak sakan melihat kebodohan Khalid di hapadan 200 orang penyokong Pakatan Haram di Bandar Tun Razak. Biarlah Bandar Tun Razak tu kembali kepangkuan parti anaknya.

Bagaimana nak menang 215 kerusi kalau sampai sekarang Pakatan masih lagi gagal mencapai kata sepakat krisis pembahagian kerusi? Isu Chegu Bard sebagai contoh, bagai nak gila, orang Penang dibuatnya apabila Pas dan PKR sama-sama berkeras untuk meletakkan calon. Itu belum dikira isu di Alor Star dan beberapa kerusi lagi yang kecoh apabila Anwar membuat pengumuman calon PKR.

Ada yang merajuk, ada yang marah, ada yang terus balik tinggalkan ceramah dan tidak kurang juga ada yang kena boo, jadi rationalnya mana mungkin pakatan pembangkang mampu untuk merampas begitu banyak kerusi sekiranya isu dalaman mereka masih lagi belum selesai.

Kesimpulannya, dari sibuk membuat ramalan yang tak masuk akal, ader baiknya Khalid fikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalahnya dengan Azmin, sebab dikalangan para pencacai PKR, isu ini amat merungsingkan.

#PRU13 #TolakPR - Pembangkang Ketandusan Isu, Main Isu Air


Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini bermotifkan politik dan mencari publisiti murahan.

Katanya isu tersebut sengaja digembar-gembur oleh Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketandusan isu dan mulai sedar bahawa rakyat kini menolaknya.

"Saya tak nampak ia (masalah air) perlu digembar-gemburkan kerana enjin pam rosak apa nak buat. Sama seperti apabila kita memandu kereta rosak, tak kan nak salahkan pemandu pula.

"Bila masalah air berlaku, saya juga mengalaminya. Tidak mungkin kerajaan sengaja mahu menyusahkan rakyat terutama dekat-dekat Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sejak seminggu yang lepas pihak pembangkang kerap memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini sehingga mengheret masyarakat mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah hari ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata masalah bekalan air yang berlaku minggu lalu itu bukan disebabkan ketidakcekapan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) atau salah kerajaan, tetapi kerana salah satu daripada tujuh pam di Rumah Pam Sungai Kobat rosak.

Katanya sebelum ini tujuh pam tersebut berfungsi dengan baik bagi membekalkan air kepada kira-kira 500,000 penduduk tetapi satu daripada enjin pam tersebut rosak dan menyebabkan bekalan air yang dipam ke loji penapisan di Semambu berkurangan.

"Kerajaan (negeri) juga menambah tiga lagi rumah pam baru dengan kos sebanyak RM42 juta tetapi hanya dua beroperasi kerana sebuah lagi mengalami kebocoran pada saluran paip.

"Bagaimanapun, masalah tersebut telah selesai kerana pada masa kini sebanyak sembilan pam telah beroperasi manakala sebuah lagi dijangka beroperasi awal bulan depan," katanya.

Adnan juga berkata tuduhan pembangkang dengan menyatakan masalah air di Kuantan berpunca daripada operasi kilang Lynas juga adalah tidak benar dan fitnah sama sekali.

"Kapasiti air yang dibekalkan seluruh daerah ini adalah sebanyak 330 juta liter sehari tetapi hanya digunakan sebanyak 308 juta liter kerana bakinya disimpan.

"Projek Lynas dari kedua-dua fasa hanya membabitkan 0.3 peratus. Malah, sambungan paip ke kawasan perindustrian tidak membabitkan bekalan yang disalurkan kepada penduduk seluruh daerah ini," katanya. - Bernama

#PRU13 #TolakPR Krisis Dalaman Komponen Pakatan Petanda Tsunami Bakal Hantui Mereka


Cerita mengenai konflik di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka. Walaupun acapkali Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang mahupun Hadi Awang cuba ‘berfantasi’ dengan menunjukkan kemesraan di antara mereka, namun realitinya kita dapat lihat betapa konflik yang wujud itu sebenarnya sudah melangkaui tahap kritikal.

Manifestasinya adalah apabila sehingga kini pun, pertikaian berhubung pembahagian kerusi antara mereka masih wujud di mana mereka sendiri tidak menolak kebarangkalian untuk berlakunya pertarungan tiga penjuru di sesetengah kerusi. Tikam-menikam yang berlaku di Johor juga menguatkan lagi andaian betapa huru-haranya keadaan yang bakal wujud sekiranya mereka ditakdirkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang berhempas pulas mengangkat taraf PKR di negeri tersebut ‘diliwat’ oleh Kit Siang dan pimpinan DAP negeri. Sudahlah kerusi Gelang Patah yang diidamkan terpaksa dikorban, setelah diumumkan menjadi calon di Segamat, kena bantah lagi dengan DAP..Betapa bijak kita dapat lihat permainan DAP ini..Tak keterlaluan dikatakan PKR terutamanya Anwar, sudah kena ‘game’ dengan DAP.

Dua perkara tersebut sekadar gambaran betapa krisis di dalam Pakatan itu sangat kritikal sebenarnya. Menambahkan lagi parah parti-parti ini, krisis yang melanda sebenarnya bukan sekadar di kalangan tiga parti tersebut, bahkan konflik dalaman parti masing-masing juga tidak kurang hebatnya. Makanya, kalau dah sesama anggota parti pun berantakan, tak hairanlah jika suasana yang sama juga berlaku di antara ketiga-tiga parti ini.

Antara keretakan dalaman yang paling panas sekali dapat kita lihat adalah yang melibatkan pimpinan PAS Kedah iaitu di antara Menteri Besar, Azizan Razak dengan Exco kerajaan negeri, Phahrolrazi. Peperangan di antara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak dikatakan sejak kebelakangan ini sudah semakin terbuka..sudah tiada rahsia lagi.

Dikhabarkan, selain daripada 11 kawasan kuat PAS yang membantah kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, bilik-bilik gerakan di luar kawasan kuat ini seperti Langkawi, Kuala Kedah dan Baling juga telah ditutup bagi menunjukkan protes terhadap beliau dan meminta agar PAS pusat segera campur tangan menanganinya sekiranya mahu mengelakkan jentera parti di kawasan-kawasan tersebut lumpuh pada pilihanraya nanti. Ia seterusnya akan menjejaskan usaha mereka untuk mempertahankan kuasa sebagai pentadbir negeri jelapang padi itu.

Memburukkan lagi keadaan apabila puak-puak yang menyokong Phahrol yang tidak sedar diri dan perasan bagus dengan mengisytiharkan dirinya bersedia menjadi Menteri Besar itu, dikatakan telah memulakan pemberontakan mereka terhadap Azizan. Difahamkan, ‘puak taksub Phahrol’ telah memacakkan bendera PAS berwarna hitam, bukan yang tradisinya berwarna hijau, sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Azizan. Malah difahamkan juga, di mana sahaja terdapatnya bendera PAS berwarna hitam, di situ juga terpampangnya kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan maklumat sumber, situasi tersebut boleh dilihat di kawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai di mana di kawasan tersebut terdapat banyak kain rentang dan bendera hitam PAS dinaikan. Malah puak pemberontak ini dikatakan akan memasang lebih banyak lagi bendera dank ain rentang di kawasan lain. Malah keadaan yang sama turut dapat dilihat di Baling.

Justeru, melihatkan keadaan ini persoalan yang timbul adalah bagaimana ia akan ditangani oleh pemimpin PAS Pusat? Tindakan bijak harus disegerakan atau risikonya adalah mereka akan kehilangan kuasa di negeri Kedah. Sesuatu yang pastinya tidak diingini mereka daripada berlaku.

Apapun cerita konflik PAS di Kedah ini hanya sekelumit bingkisan daripada puluhan, bahkan tidak keterlaluan dikatakan ratusan konflik dalaman yang cuba dinafikan pimpinan tertinggi Pakatan. Ini belum diselitkan lagi mengenai konflik dalaman DAP Johor yang menolak campur tangan ‘Lim Dynasty’ di negeri tersebut. Juga, jangan dilupa mengenai ahli Parlimen PKR yang ‘berhijrah’ beramai-ramai meninggalkan parti itu sedikit waktu dulu.

Keadaan ini nyata berbeza dengan harmoni yang wujud di dalam Barisan Nasional. Hubungan yang wujud di antara parti-parti komponen dilihat begitu jitu sekali di mana kesepakatan yang sejati telah benar-benar ditonjolkan. Perselisihan yang timbul diselesaikan secara profesional dengan tidak ada isu berbangkit selepas itu. Tidak seperti Pakatan yang mana boleh dikatakan hanya pimpinan tertingginya sahaja yang syok sendiri kononnya mencapai kata persetujuan sedangkan di peringkat akar umbi terus bercakaran.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah keadaannya kini boleh dikatakan sudah terbalik..Umno dan komponen lain BN yang dahulunya didakwa pembangkang sebagai terkenal dengan sikap tikam belakangnya, kini dilihat lebih bersatu padu berkat daripada dasar transformasi janaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala di peringkat Pakatan pula, sejak ‘tsunami suam-suam kuku’ melanda landskap politik negara pada 2008, majoriti pemimpin mereka dari peringkat tertinggi hingga ke sekecik-kecik anak sudah dikuasai dengan sifat gila kuasa. Buruan utama mereka ketika ini hanyalah mahukan kuasa. Sejak 2008, hampir kesemua mereka ini ‘perasan’ yang diri mereka layak untuk bergelar YB..Lantas tidak hairan mengapa kini bunga-bunga tsunami bakal melanda mereka pula sudah kelihatan...

#PRU13 #TolakPR Kit Siang Mengamuk Dengan Anwar


Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.

DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.

Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.

Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.

Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.

Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.

Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.

Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.

Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!” Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya.

Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung.

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.

#PRU13 #TolakPR - Orang No. 2 DAP Sabah Keluar Parti


KOTA KINABALU - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.

Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.

Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE