Saturday, April 27, 2013

#PRU13: 600 penyokong Pas, PKR sertai PPP


Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor hampir lumpuh apabila sebanyak 600 ahlinya bertindak menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) berikutan kecewa dengan pucuk pimpinan parti yang mereka dakwa gagal menunaikan janji.

Kumpulan itu menyerahkan borang permohonan keahlian untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kepada Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian PPP Tasek Gelugor, P. Thaiyalan dan calon BN bagi kerusi Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid.

Daripada jumlah tersebut, 140 orang adalah ahli Pas dan bakinya ahli PKR.

Wakil kumpulan itu yang juga penyokong kuat Pas, M. Thanasegaran, 43, berkata, dia meninggalkan Pas kerana kepimpinan parti itu gagal menunaikan janji kepada penyokongnya.

Tegasnya, Pas tidak relevan kerana gagal dalam perjuangannya untuk membela rakyat. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 PR Tak Jadi Mansuhkan Tol - Hadi Awang


Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan.

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’.

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita.

Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.

#PRU13 Mahasewel Serang PWTC!





Mahasewel yang entah dari mana datangnya..tak ubah macam kera yang kena gigit dengan lipan..menjerit terpekik..dah macam bukan MAHASISWA lagi !!

Baru sekejap tad Aakj terima foto dari sahabat yang kebetulan berada d PWTC..musim PRU ni macam-macam puok kera ni buat !!

Bahang kekalahan makin terasa..tak sampai 10 hari lagi BN bakal dapat mandat baru yang lebih besar dari rakyat Malaysia insyaAllah dan kumpulan mahasewel yang d taja puok kera bakal terkedu..segala janji kosong pakatan haram jadah pada mereka akan terbukti !!

Buat malu mak bapak d kampung dan buat imej MAHASISWA makin ke jamban !!

-Info AAKJ

#PRU13 Yakini Perjuangan Barisan Nasional -TPM


Majlis Pelancaran "Aku Janji" Barisan Nasional Negeri Sembilan, sempena lawatan kerja sehari Dato Seri Utama Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) Di Dewan Orang Ramai Sendayan, Dun Rantau, Parlimen Rembau.




Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, bukan sahaja melancarkan Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan, malah beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan ‘Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pagi tadi.

Majlis yang diadakan secara serampang dua mata tersebut merupakan janji ditepati kerajaan kepada rakyat yang selama ini amat yakin dengan transformasi yang dijanakan oleh kerajaan.

Kenyataan Sidang Media

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka PAS akan keluar pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana perbezaan ideologi dan dasar yang serius antara mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan itu terbukti apabila negara Islam dan hukum hudud yang menjadi teras dalam perjuangan PAS sejak dulu tidak dipersetujui parti lain dalam pakatan.

Karpal kata langkah mayatnya dulu, Lim Kit Siang kata no way you want to do this (jangan harap awak mahu buat begini).

Jika pembangkang diberi kuasa membentuk kerajaan, perkara pertama dibincang ialah siapa hendak menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kata akulah; Hadi Awang kata, dia pun juga.. yang lain saya tidak tahulah.

Isu ini sampai sekarang tidak selesai, katanya ketika melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Kampung Sendayan di sini, semalam.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, PAS bertanding kira-kira 70 daripada daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara dan hanya boleh menang sebahagian daripada jumlah itu, jauh kurang berbanding kerusi ditandingi PKR dan DAP.

PAS minoriti

Sudah tentu berlaku pertembungan, mereka (PKR dan DAP) kata kami majoriti dan awak (PAS) minoriti perlu ikut kami.

Hingga suatu peringkat yang begitu genting, akhirnya PAS kata, kalau beginilah keadaannya, saya terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang, katanya.

Sementara itu, katanya, Ketua Umum PKR sudah terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri.

Dia tidur malam bermimpikan Putrajaya, dia makan ingatkan Putrajaya, dia bangun pagi ingatkan Putrajaya. Baru-baru ini, dia sudah mula berdendang… masya-Allah, katanya.

Berdasarkan tinjauan di seluruh negara, katanya kebangkitan Gelombang Biru begitu hebat dan tidak tahu cara Anwar menilai keadaan itu.

Mungkin dia tersilap kerana matanya dikaburi kuasa. Kemaruk kuasa ini bahaya bagi seseorang, tetapi apa hendak buat, itulah Anwar Ibrahim sebenarnya, katanya.

Turut hadir, calon wakil rakyat BN Negeri Sembilan.

#PRU13 Isu Hudud: PAS Perlu Keluar Dari PR - Hasan Ali


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan PAS semakin terdesak apabila terus membangkitkan isu hudud sebagai modal terakhir dalam usaha menawan pengundi Melayu menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Hasan berkata PAS terpaksa berpegang kepada hudud kerana sokongan pengundi Melayu semakin beralih kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Justeru beliau menasihatkan agar parti Islam itu mengambil haluan sendiri daripada terus bersama dalam pakatan pembangkang.

"Itu saja jawapannya, tidak boleh diharapkan lagi dah, tidak boleh memberi muka, kalau kita tengok Nik Aziz dan Ustaz Hadi kata DAP tidak memusuhi PAS, DAP tidak pernah membantah apa yang PAS hendak buat, itu saya rasa kenyataan itu rakyat boleh tengoklah sendiri sejauh mana benarnya kenyataan DAP itu?" katanya.

PAS kini terpaksa berperang mulut dengan rakan komponennya DAP dan PKR apabila kedua-dua parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud dengan alasan bertentangan dengan perlembagaan negara.

Bagaimanapun pendirian DAP dan PKR ini diselar keras oleh pimpinan ulama PAS yang mahukan pertahankan nas-nas sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran Islam.

Malah sebelum ini, PAS tidak menolak kemungkinan untuk berpisah daripada pakatan pembangkang jika rancangan melaksanakan hukum hudud di negara ini ditentang DAP.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebelum ini berkata, tidak mustahil parti itu meninggalkan pakatan pembangkang jika perancangan mereka tidak mendapat persetujuan.

“Tiada apa di dunia ini kekal selamanya termasuk hubungan di dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP dan PKR itu.

“Dalam perkahwinan juga akan berlaku perceraian, malah dua kawan baik juga terpaksa mengikut jalan masing-masing dan kemudian bertemu kembali,” katanya ketika berceramah di Kampung Lalang, Pauh, kelmarin.

Malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik sementara itu bertegas untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya walaupun ditentang oleh DAP.

Walau bagaimanapun katanya hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

Friday, April 26, 2013

Antara Yang Menarik Kempen Khairy Jamaluddin di Rembau #PRU13

Ceramah di Taman Sedia Raja, Rembau.


Khairy bersama rakyat di Dewan Kg. Sendayan, Dun Rantau, Parlimen Rembau. KJ tandatangan di baju penyokong BN.


Dalam sibuk berkempen Khairy sempat singgah ke majlis perkahwinan anak En Khairul Muzamil bin Khaladin Di Kg. Paroi.


Merasmikan Sepak Mula Kejohanan Futsal di Tmn Pinggiran Senawang.


Petikan kata-kata Khairy, "Antara kaedah kempen yang saya suka adalah tinjauan mesra atau 'walkabout'. Ini adalah cara yang terbaik untuk jumpa dengan pengundi-pengundi yang mungkin tidak akan datang ke majlis-majlis kempen yang rasmi.

Tinjauan mesra di pusat membeli belah, pasar, restoran, terminal pengangkutan, dll adalah amat berkesan sekali".


Berkempen dari rumah ke rumah bersama Skuad SAYANG Wanita UMNO Dun Paroi Di Taman Desa Ixora, Dun Paroi, Parlimen Rembau.


Santai bersama anak muda Kelab Muay Thai di Bandar Seremban Selatan, DUN Paroi, Parlimen Rembau.


Santai bersama penduduk di Flat Senawang Jaya 1, DUN Paroi, Parlimen Rembau.


Bersama Calon Barisan Nasional N27 Rantau, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Majlis Mesra Rakyat di Perkarangan Pondok Rukun Tetangga, Taman Marida 2, DUN Paroi, Parlimen Rembau. Turut hadir mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Lawatan ke Kedai Rakyat 1 Malaysia, Senawang, Dun Paroi, Parlimen

#PRU13 Pas Tidak Mampu Laksanakan Hukum Hudud


Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.

Malah, beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan.

"Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini, Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.

"Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan, Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya, Mohd. Asri berkata, dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kalau calon tidak berkualiti, letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.

"Oleh itu, bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri berkata, beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator.

"Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh.

"Saya sudah 'tweet' Anwar berkenaan forum ini, tetapi belum dapat persetujuannya dan kalau beliau dapat hadir, baguslah kerana kita mahu tanya visinya untuk Permatang Pauh," katanya.

#PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 3 & 4



Penduduk Taman KSNS akan mendapat tangki air setelah Khairy Jamaluddin berjaya mendapatkan kelulusan di peringkat Kerajaan Pusat bagi projek tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=PWLbhJI1c9A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan jentera yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin dapat meringankan beban kerja Khaidir untuk menguruskan ladang beliau yang seluas 18 ekar. http://youtu.be/K-kp_f5cAUU


#PRU13 Zuraida Tiada Sokongan di Parlimen Ampang


Para pengundi di Parlimen Ampang sudah memberikan isyarat jelas kepada Zuraida Kamarudin bahawa dia tidak lagi diterima untuk mempertahankan kerusi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Buktinya, majlis pertemuan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi PKR di Ampang Hilir malam tadi bukan saja gagal mendapat sambutan malahan lebih menyedihkan hanya enam orang sahaja yang menghadirinya, termasuk petugas jentera parti.

Zuraida juga jelas tidak mempunyai pengikut setia di kawasan tersebut walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama lima tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib. Rozaidah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tidak dicalonkan semula pada 2008.

Walaupun menyedari ucapannya tidak mahu didengari para pengundi Ampang, Zuraida tetap menabur pelbagai janji kosong jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13, termasuk pelbagai insentif dalam bentuk kewangan kepada rakyat.

Antaranya, pemberian saham kepada setiap rakyat di Selangor melalui penstrukturan semula syarikat bekalan air di negeri itu serta menyediakan caruman wanita Malaysia seperti mana manifesto pakatan pembangkang.

Namun, seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan sebuah janji, maka segala tawaran yang ditaburkan Zuraida tidak lebih sebagai gula-gula untuk memancing undi. - UTUSAN ONLINE

Thursday, April 25, 2013

#PRU13 Tolak Hudud: PAS Anggap Khalid Ibrahim Kafir?


"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.