Saturday, April 27, 2013

#PRU13 Yakini Perjuangan Barisan Nasional -TPM


Majlis Pelancaran "Aku Janji" Barisan Nasional Negeri Sembilan, sempena lawatan kerja sehari Dato Seri Utama Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) Di Dewan Orang Ramai Sendayan, Dun Rantau, Parlimen Rembau.




Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, bukan sahaja melancarkan Aku Janji Barisan Nasional Negeri Sembilan, malah beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan ‘Touch Point’ sempena Program Mesra Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pagi tadi.

Majlis yang diadakan secara serampang dua mata tersebut merupakan janji ditepati kerajaan kepada rakyat yang selama ini amat yakin dengan transformasi yang dijanakan oleh kerajaan.

Kenyataan Sidang Media

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka PAS akan keluar pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana perbezaan ideologi dan dasar yang serius antara mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan itu terbukti apabila negara Islam dan hukum hudud yang menjadi teras dalam perjuangan PAS sejak dulu tidak dipersetujui parti lain dalam pakatan.

Karpal kata langkah mayatnya dulu, Lim Kit Siang kata no way you want to do this (jangan harap awak mahu buat begini).

Jika pembangkang diberi kuasa membentuk kerajaan, perkara pertama dibincang ialah siapa hendak menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kata akulah; Hadi Awang kata, dia pun juga.. yang lain saya tidak tahulah.

Isu ini sampai sekarang tidak selesai, katanya ketika melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Kampung Sendayan di sini, semalam.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata, PAS bertanding kira-kira 70 daripada daripada 222 kerusi Parlimen seluruh negara dan hanya boleh menang sebahagian daripada jumlah itu, jauh kurang berbanding kerusi ditandingi PKR dan DAP.

PAS minoriti

Sudah tentu berlaku pertembungan, mereka (PKR dan DAP) kata kami majoriti dan awak (PAS) minoriti perlu ikut kami.

Hingga suatu peringkat yang begitu genting, akhirnya PAS kata, kalau beginilah keadaannya, saya terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang, katanya.

Sementara itu, katanya, Ketua Umum PKR sudah terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri.

Dia tidur malam bermimpikan Putrajaya, dia makan ingatkan Putrajaya, dia bangun pagi ingatkan Putrajaya. Baru-baru ini, dia sudah mula berdendang… masya-Allah, katanya.

Berdasarkan tinjauan di seluruh negara, katanya kebangkitan Gelombang Biru begitu hebat dan tidak tahu cara Anwar menilai keadaan itu.

Mungkin dia tersilap kerana matanya dikaburi kuasa. Kemaruk kuasa ini bahaya bagi seseorang, tetapi apa hendak buat, itulah Anwar Ibrahim sebenarnya, katanya.

Turut hadir, calon wakil rakyat BN Negeri Sembilan.

No comments: