Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 Panas! Chegu Bard Akui Pemilihan PKR Menipu


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard. Anwar sendiri menjadi perancang sebenar di dalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

"Dia datang nak offer I gaji... nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha Agung apa semua...I'm very sorry, I'm very sorry... this is not about jawatan... but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal demokrasi,'' tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.

Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik diri.

Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya? Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR.

Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala.

Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.

Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit, jadi tidak hairan ramai yang tertipu dan termakan dengan penipuannya. Banyak pemimpin yang menjadi pengasas kepada pembentukan PKR telah meninggalkan parti, termasuk juga pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Anwar

#PRU13 Membongkar Pelan Huru-hara Pakatan Haram!


Perancangan Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru-hara pada PRU-13 telah pun terdedah luas. Malah, strategi-strategi serangan dan mematah isu juga sudah diketahui umum. Antaranya, membawa masuk pelanduk dua serupa dengan Anwar dari Thailand dan melancarkan keganasan seperti mengebom bilik gerakan dan sebagainya.

Namun, itu hanyalah permulaan. Kita tahu bahawa pelan kemuncak mereka ialah mencetuskan pemberontakan yang besar.

Ia akan dimulakan dengan kekecohan di beberapa tempat pada hari pengundian --> Kekecohan itu akan disebarkan secara meluas di media sosial dan diperbesarkan sehingga ramai yang terpengaruh --> Akibatnya keputusan pengundian tidak diterima, dan bantahan dibuat secara besar-besaran kemudian orang ramai pun dihasut untuk mencurigai dan memarahi kerajaan --> Akhirnya, demonstrasi bantahan keputusan PRU-13 secara ‘habis-habisan’ akan diadakan di Kuala Lumpur… dengan matlamat menggulingkan kerajaan.

Tidak mustahil, demonstrasi ini akan bermula lebih awal iaitu sejurus selepas keputusan diumumkan. Jika ini berlaku, bermakna mereka akan mengambil tempat masing-masing di sekitar ibukota apabila kekalahan hampir disahkan.

PR mungkin juga memerlukan satu insiden besar yang mengejutkan seperti percubaan bunuh atau pembunuhan seorang yang berpengaruh dalam kekecohan ini untuk membawa huru-hara itu ke satu tahap lagi.

Walau apapun, apa yang lebih penting ialah untuk kita memahami perancangan terperinci mereka.

Satu artikel di Outsyedthebox nampaknya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa huru-hara akan dicetuskan di kawasan paling strategik iaitu bermula di Jalan Pudu. Blog tersebut memaparkan gambaran yang lebih jelas dengan mengambil contoh Demonstrasi BERSIH pada 9 Julai 2011.

Dalam demonstrasi tersebut, kita melihat para peserta berkumpul di Jalan Pudu, Menara Maybank, Puduraya dan Tung Shin Hospital dan bukannya Dataran Merdeka yang menjadi ‘idaman’ mereka.

Tindakan mereka memutuskan perhubungan ke Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang secara serentak.

Jika ini berlaku, seluruh Kuala Lumpur akan lumpuh apabila trafik tersekat, orang ramai terperangkap, maka huru-hara boleh direalisasikan ke tahap maksima. Insiden membelasah polis dan mungkin juga orang ramai tidak boleh diketepikan. Pada ketika ini, media asing sudah pastinya telah bersedia di beberapa tempat sambil bersedia dengan tajuk ‘Malaysia Spring’.

Sekiranya, perancangan ini diadakan pada hari pengundian, mereka mungkin tidak mampu mengerahkan begitu ramai peserta untuk mencetuskan huru-hara yang berkesan. Namun, ia memberi satu kelebihan di mana kebanyakan pemimpin tertinggi akan berada di satu tempat sahaja untuk meraikan kemenangan. Kepungan boleh saja dilakukan di sana. Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu senario yang terburuk, dan sukar untuk dijayakan.

Selain hari pengundian, hari yang perlu diberi perhatian ialah hari mengangkat sumpah selepas PRU di mana mereka pasti akan sedaya upaya cuba menghalangnya.

Walaubagaimanapun, soal tarikh huru-hara bukanlah sesuatu yang signifikan kerana ia akan merupakan sesuatu yang berterusan bermula sekarang sehingga berjaya, iaitu tidak dapat dipastikan bila.

Apa yang pasti ialah mencetuskan ketegangan melalui internet bukanlah sesuatu yang sukar kerana tentera kacang merah DAP telah pun bersedia. Dengan hanya 2,000 orang tentera siber yang mempunyai 20-50 akaun laman sosial setiap seorang, tidak syak lagi yang mereka mampu mewujudkan gambaran persepsi berjuta-juta orang dalam sekelip mata.

Ini akan memberi alasan kepada pihak asing untuk mengambil pandangan mereka sebagai serius dan seterusnya masuk campur dalam urusan negara ini.

Semua yang diperkatakan ini telah pun berlaku di serata dunia hatta sebelum era internet lagi. Dalam kebanyakan kes, pertumpahan darah adalah pasti. Sama ada darah yang tertumpah itu adalah di kalangan rakyat dalam jumlah yang besar, mahupun terhad kepada satu individu tertentu, termasuk pemimpin atau penentangnya - terpulang kepada yang mana yang lebih memberi keuntungan kepada kuasa asing.

Syria, Mesir, Libya, Iraq, Afghanistan telah mengalaminya. Apakah kita benar-benar ‘teringin’ untuk mengikut jejak langkah mereka?

#PRU13 JPN tidak pernah keluar MyKas kepada warga asing untuk mengundi pada pilihan raya


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Sehubungan itu, beliau berkata, dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

"Namun, status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jariah berkata, pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baru dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

"Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.
"Bagaimanapun, bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad terbabit iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya. - BERNAMA

#PRU13 Pengundian Awal PRU-13 Bermula Hari Ini


Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara hari ini.

Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.

Pagi ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meninjau proses pengundian awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini bagi polis serta Kem Wardieburn di Jalan Genting Klang di sini untuk anggota tentera.

Semalam, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.

Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU-13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - BERNAMA

#PRU13 Blogger Pembangkang Milo Suam Disiasat!


Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis mengundi lebih awal.

Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.

Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut.

Unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari untuk memantau dan mengesan penyebaran maklumat tidak benar secara online termasuk di laman sosial.

#PRU13 Kaji Selidik UMCEDEL Diragui, Berat Sebelah?


Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) disifatkan sebagai hasil kajian yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenalan pembentangnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

"Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.

"Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.

Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).

"Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan," katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.

Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.

"Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan," katanya. -Utusan