Tuesday, April 30, 2013
#PRU13 Kaji Selidik UMCEDEL Diragui, Berat Sebelah?
Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) disifatkan sebagai hasil kajian yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenalan pembentangnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.
"Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.
"Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.
Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.
Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).
"Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan," katanya.
Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.
Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.
"Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan," katanya. -Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment