Wednesday, May 1, 2013

Kegelojohan Pakatan Rakyat fitnah SPR Makan Diri Lagi #TolakPR #GE13



Kegelojohan Pakatan Rakyat untuk menyerang SPR sekali lagi memakan diri. Sejak awal pagi lagi Pakatan Rakyat dengan sistematik telah menyerang Media Sosial dengan pelbagai fitnah berkenaan penggunaaan dakwat kekal. Pelbagai gambar dan video telah dimuat naik ke dalam laman sosial yang kononnya menunjukkan bahawa dakwat tersebut boleh dibasuh dengan mudahnya.

Malahan ada satu gambar yang dimuat naik ke dalam laman Facebok menunjukkan kononnya mereka telah membasuh jari mereka dengan mudah sekali. Tapi yang lucunya, jam pada tangan salah srg "pengundi awal" tersebut menunjukkan pukul 7.55 pagi.dan 8.00 pagi ni pusat pengundian awal baru nak buka rasanya. Aduh, beginilah jadinya apabila terlalu fanatik hendak menabur fitnah pada SPR.

Salah seorang rakan Facebook yang mengundi awal hari ini telah memuat naik gambar jari beliau. Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk cuci jari beliau beberapa kali dengan pelbagai jenis sabun. Namun tidak berjaya. Nampak gaya Pakatan Rakyat telah gagal sekali lagi untuk menconteng arang pada SPR berkenaan dengan isu dakwat kekal

Inilah jadinya apabila Pakatan Rakyat sudah terlampau terdesak untuk menyerang SPR dan juga Barisan Nasional. Ironinya, penggunaan dakwat kekal ini adalah salah satu tuntutan Bersih yang mana SPR telah pertimbangkan. Sekarang mereka pula yang lantang menyerang SPR atas isu dakwat kekal. Bersedialah kawan-kawan dengan serangan-serangan sebegini yang akan terus dibuat oleh Pakatan Rakyat.

-http://socialninja46.blogspot.com

Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 Panas! Chegu Bard Akui Pemilihan PKR Menipu


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard. Anwar sendiri menjadi perancang sebenar di dalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

"Dia datang nak offer I gaji... nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha Agung apa semua...I'm very sorry, I'm very sorry... this is not about jawatan... but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal demokrasi,'' tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.

Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik diri.

Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya? Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR.

Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala.

Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.

Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit, jadi tidak hairan ramai yang tertipu dan termakan dengan penipuannya. Banyak pemimpin yang menjadi pengasas kepada pembentukan PKR telah meninggalkan parti, termasuk juga pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Anwar

#PRU13 Membongkar Pelan Huru-hara Pakatan Haram!


Perancangan Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru-hara pada PRU-13 telah pun terdedah luas. Malah, strategi-strategi serangan dan mematah isu juga sudah diketahui umum. Antaranya, membawa masuk pelanduk dua serupa dengan Anwar dari Thailand dan melancarkan keganasan seperti mengebom bilik gerakan dan sebagainya.

Namun, itu hanyalah permulaan. Kita tahu bahawa pelan kemuncak mereka ialah mencetuskan pemberontakan yang besar.

Ia akan dimulakan dengan kekecohan di beberapa tempat pada hari pengundian --> Kekecohan itu akan disebarkan secara meluas di media sosial dan diperbesarkan sehingga ramai yang terpengaruh --> Akibatnya keputusan pengundian tidak diterima, dan bantahan dibuat secara besar-besaran kemudian orang ramai pun dihasut untuk mencurigai dan memarahi kerajaan --> Akhirnya, demonstrasi bantahan keputusan PRU-13 secara ‘habis-habisan’ akan diadakan di Kuala Lumpur… dengan matlamat menggulingkan kerajaan.

Tidak mustahil, demonstrasi ini akan bermula lebih awal iaitu sejurus selepas keputusan diumumkan. Jika ini berlaku, bermakna mereka akan mengambil tempat masing-masing di sekitar ibukota apabila kekalahan hampir disahkan.

PR mungkin juga memerlukan satu insiden besar yang mengejutkan seperti percubaan bunuh atau pembunuhan seorang yang berpengaruh dalam kekecohan ini untuk membawa huru-hara itu ke satu tahap lagi.

Walau apapun, apa yang lebih penting ialah untuk kita memahami perancangan terperinci mereka.

Satu artikel di Outsyedthebox nampaknya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa huru-hara akan dicetuskan di kawasan paling strategik iaitu bermula di Jalan Pudu. Blog tersebut memaparkan gambaran yang lebih jelas dengan mengambil contoh Demonstrasi BERSIH pada 9 Julai 2011.

Dalam demonstrasi tersebut, kita melihat para peserta berkumpul di Jalan Pudu, Menara Maybank, Puduraya dan Tung Shin Hospital dan bukannya Dataran Merdeka yang menjadi ‘idaman’ mereka.

Tindakan mereka memutuskan perhubungan ke Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang secara serentak.

Jika ini berlaku, seluruh Kuala Lumpur akan lumpuh apabila trafik tersekat, orang ramai terperangkap, maka huru-hara boleh direalisasikan ke tahap maksima. Insiden membelasah polis dan mungkin juga orang ramai tidak boleh diketepikan. Pada ketika ini, media asing sudah pastinya telah bersedia di beberapa tempat sambil bersedia dengan tajuk ‘Malaysia Spring’.

Sekiranya, perancangan ini diadakan pada hari pengundian, mereka mungkin tidak mampu mengerahkan begitu ramai peserta untuk mencetuskan huru-hara yang berkesan. Namun, ia memberi satu kelebihan di mana kebanyakan pemimpin tertinggi akan berada di satu tempat sahaja untuk meraikan kemenangan. Kepungan boleh saja dilakukan di sana. Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu senario yang terburuk, dan sukar untuk dijayakan.

Selain hari pengundian, hari yang perlu diberi perhatian ialah hari mengangkat sumpah selepas PRU di mana mereka pasti akan sedaya upaya cuba menghalangnya.

Walaubagaimanapun, soal tarikh huru-hara bukanlah sesuatu yang signifikan kerana ia akan merupakan sesuatu yang berterusan bermula sekarang sehingga berjaya, iaitu tidak dapat dipastikan bila.

Apa yang pasti ialah mencetuskan ketegangan melalui internet bukanlah sesuatu yang sukar kerana tentera kacang merah DAP telah pun bersedia. Dengan hanya 2,000 orang tentera siber yang mempunyai 20-50 akaun laman sosial setiap seorang, tidak syak lagi yang mereka mampu mewujudkan gambaran persepsi berjuta-juta orang dalam sekelip mata.

Ini akan memberi alasan kepada pihak asing untuk mengambil pandangan mereka sebagai serius dan seterusnya masuk campur dalam urusan negara ini.

Semua yang diperkatakan ini telah pun berlaku di serata dunia hatta sebelum era internet lagi. Dalam kebanyakan kes, pertumpahan darah adalah pasti. Sama ada darah yang tertumpah itu adalah di kalangan rakyat dalam jumlah yang besar, mahupun terhad kepada satu individu tertentu, termasuk pemimpin atau penentangnya - terpulang kepada yang mana yang lebih memberi keuntungan kepada kuasa asing.

Syria, Mesir, Libya, Iraq, Afghanistan telah mengalaminya. Apakah kita benar-benar ‘teringin’ untuk mengikut jejak langkah mereka?

#PRU13 JPN tidak pernah keluar MyKas kepada warga asing untuk mengundi pada pilihan raya


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Sehubungan itu, beliau berkata, dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

"Namun, status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jariah berkata, pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baru dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

"Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.
"Bagaimanapun, bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad terbabit iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya. - BERNAMA

#PRU13 Pengundian Awal PRU-13 Bermula Hari Ini


Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara hari ini.

Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.

Pagi ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meninjau proses pengundian awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini bagi polis serta Kem Wardieburn di Jalan Genting Klang di sini untuk anggota tentera.

Semalam, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.

Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU-13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - BERNAMA

#PRU13 Blogger Pembangkang Milo Suam Disiasat!


Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis mengundi lebih awal.

Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.

Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut.

Unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari untuk memantau dan mengesan penyebaran maklumat tidak benar secara online termasuk di laman sosial.

#PRU13 Kaji Selidik UMCEDEL Diragui, Berat Sebelah?


Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) disifatkan sebagai hasil kajian yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenalan pembentangnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

"Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.

"Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.

Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).

"Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan," katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.

Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.

"Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan," katanya. -Utusan

#PRU13 Khairy Jamaluddin Feat Warghih #RembauMostWanted

Khairy Jamaluddin feat Warigh at Dataran Senawang, Seremban.

#PRU13 Anwar Lumpuh Di Permatang Pauh!


Maklumat yang diterima, calon Barisan Nasional Dr Mazlan kini mendapat sokongan meningkat, insyallah jika penyokong BN berusaha kuat, berkempen untuk beliau maka akan tumbanglah Anwar di Permatang Pauh...

Kali ni 'buku bertemu ruas'... Selama ni Anwar bawa keluarga berkempen, sebab bagi masyarakat Melayu, sokongan keluarga ada 'nilai tambah' dalam perjuangan...

Sekarang keluarga Dr Mazlan all out berkempen untuk beliau, mari kita tolong mereka yang berniat menolong agama Allah ini...

Luahan anak Dr Mazlan, 'sebab walid lawan DSAI...'





Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini.

Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak.

Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.

Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.

Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim;  seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS. PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.

Buang la sifat taksub tu...Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.

Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau.

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin.

So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja,biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.

Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh,oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni,baik duduk diam2 kat Telekom,takdak caci maki.

Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak  judge kami di akhirat.

Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

Monday, April 29, 2013

#PRU13 KJ Nyanyi Lagu M.G.R Khas Untuk Pengundi India


Inilah dia kehebatan Calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin... Selain boleh menyayi dalam bahasa cina, KJ juga boleh menyanyikan lagu dalam bahasa tamil... 

Ini yang buat puak Pakatan Pembangkang kecut telur... 

Kalau dulu Chegu Bard bersumpah hendak lawan KJ dimana sahaja KJ bertanding, hari ini dia sunggup langgar sumpahnya, sebab takut untuk berdepan dengan KJ!



#PRU13 SURE (Suara Rakyat Rembau) episod 7 & 8





SURE (Suara Rakyat Rembau) episod 8: Sham Azmi

Dengan bantuan pemasangan lampu dan menambah beberapa peralatan futsal sumbangan dari Khairy Jamaluddin, membolehkan anak-anak muda di Kg Sendayan menjalankan aktiviti sukan di waktu malam. http://www.youtube.com/watch?v=zahT6G8HH54&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

SURE (Suara Rakayat Rembau) episod 7: Hisyam Yasin



Hisyam Yasin, penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui peruntukan Parlimen Rembau, melahirkan rasa syukur kerana kini beliau dapat memulakan kehidupan barunya bersama keluarga dengan lebih sempurna. http://www.youtube.com/watch?v=Akwue3c01QA&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

#PRU13 Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim


Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

#PRU13 Husam Biadap Hina Kakitangan Awam Rasuah


Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah. Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.

Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.

Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim. Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.

Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya, isu yang lebih besar,menurut beliau, sudah tiga hari kematian itu. Tapi penjenayah masih belum ditangkap. Apa masalahnya dengan Husam ini, subuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat, Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja, lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.

Sebab itu dia lari ke Putrajaya, sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien, padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya? Kenapa tak pertahnkan sahaja kerusi di Kelantan tu?

Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal. Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal. Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.

Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut. Cubalah cari sekali Husam ooiii, kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya, cubalah tunjuk hero sikit. Untung-untung dapat lah naikkan undi, itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lepas. Itu baru crita Husam, cerita si Khalid gagap pun tak kurang hebatnya. dia berani perlekeh dasar gaji minima yang baru diumumkan kerajaan sambil mendakwa ia tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh.

Malah dakwa Khalid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh lebih tujuh juta pekerja di negara ini.

Namun penyandang Menteri Besar itu seolah-olah terlupa akan komitmen yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Selangor apabila segelintir penjawat awam negeri dinafikan hak untuk mendapat gaji minima RM1,500 yang ditawarkan.

Inilah orang cakap, lupa daratan. Sibukkan hal orang, hal sendiri lupa nak siapkan. Banyak juga pembangkang ni buat taik. Sudah-sudahlah tu, tak usah sibuk nak memerintah kalau benda kecil pun tak boleh tertunai.

#PRU13 Sokongan Terhadap BN Melonjak, Pembangkang Bakal Kecundang


Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.