Friday, May 3, 2013

#PRU13 Nurul Izzah Sabotaj Jentera Azmin Ali


Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya, Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali. Menurut sumber, malam semalam, Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk ‘berkempen’ agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa. Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut, biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa, tetapi jangan dimenangkan di DUN.

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ibunya sendiri, Wan Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri, berbanding isterinya yang sah. Sebelum ini, Anwar lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding, tetapi kemudiannya, Nurul Izzah telah bertindak menafikannya.

Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula, membuktikan bahawa Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.

Justeru, sebagai seorang anak ‘solehah’, Nurul Izzah mengatur langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu. Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi Menteri Besar dan seterusnya ‘membunuh’ semua orang dari kem ibunya. Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.

Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN, Said Anuar Said Ahmad. Beliau mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak 6,867. Manakala, bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa, Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN, Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Kali ini, Azmin akan berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat. Dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah.

Kita pasti, jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau bertambah pening dengan anak perempuannya ini.

Mana tidaknya, sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas, bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama. Bagaimanapun, kita faham bahawa Anwar tidak boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga Azmin.

Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.

Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak sembrono. Beliau sebelum ini turut cuba memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia. Malah, kerana tidak berfikir sebelum bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama. Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.

Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu. Dari rakaman youtube ceramahnya, kita mendapat tahu bahawa Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang. Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang hilang!?

Dan dalam tempoh berkempen ini, Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya. Susah payah beliau merakam orang mencuci jari setelah mengundi tetapi akhirnya, orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah memerangkapnya. Kita faham bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja, tetapi tidakkah Nurul Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini?

Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana kita punya cara yang lebih canggih dari itu. Namun, PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa penyokongnya demi dakwat kekal. Maka, bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan sistem itu disamping sistem sedia ada.

Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat kekal pula. Benarlah kata orang, apabila slogannya ialah ‘lawan tetap lawan’, maka tentulah mereka akan terus melawan walaupun tiada apa yang perlu di lawan.

Sebelum terus berlawan, mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa yang bakal dilawannya. Beliau kini berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat. Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi. Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai ‘pengundi hantu’. Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka adalah ‘manusia dan bukan hantu’.

Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke arah Azmin Ali semata-mata untuk menepati slogan ‘lawan tetap lawan’.

Apapun, kita doakan semoga pengundi Lembah Pantai dan juga pengundi Bukit Antarabangsa bijak membuat pilihan.

#PRU13 Tuduh PMO Bawa Pengundi Hantu, Pakatan Sedia Hadapi Kekalahan


Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei, Pakatan Rakyat menuduh bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Anwar menuduh PMO (Pejabat Perdana Menteri) membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga mereka cerita kononnya syarikat Malaysia Airlines (MAS) turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam mengatur penerbangan yang ditempat khas untuk membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umumm, 5 Mei ini.

Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13. Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung, kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.

Beliau mendakwa pengundi hantu ini akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu. Anwar turut mendakwa dia mempunyai salinan emel perbualan antara pegawai eksekutif tertinggi dalam syarikat penerbangan, yang menunjukkan pegawai yang bekerja di PMO adalah dalang disebalik tempahan penerbangan khas tersebut.

Anwar turut mendakwa penerbangan khas berkenaan yang telah bermula sejak 25 April lalu, dengan sebanyak 16 penerbangan setiap hari. Mereka berlepas daripada Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.

Beliau berkata jumlah berkenaan tidak termasuk kemasukan jumlah pelancong yang luar biasa daripada Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan beberapa pintu masuk di kawasan pesisir pantai negara ini.

Belum apa-apa lagi, Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini. Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah, kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.

Penipuan Pakatan Rakyat semakin melampau, namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang dituduhnya juga enggan diterima, sebaliknya Anwar terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

Ketika diminta mengemukakan bukti, Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada, sebaliknya seolah bermain sorok-sorok denngan rakyat. Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau yang menjadi bukti gejala salah laku seks.

Nyata PR tidak meyakini mereka akan memenanngi pilihan raya ini lantas mencipta bayang-bayang ketakutan mereka menuduh pengundi hantu diseludup BN.

Cukup-cukup lah menunding jari kepada orang lain. Muhasabah diri sendiri, banyak perkara yang belum pun dijawab Anwar, kini cuba mencetuskan pelbagai syak wasangka kepada kerajaan. Kalau kalah, terima hakikat. Rakyat sudah menolak PR, dan meyakini BN, bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh.

Thursday, May 2, 2013

#PRU13 Anwar Mengamuk Lagi Bila Diminta Ulas Tindakan Bapa Saiful


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengulas bersabit tindakan bapa Saiful Bukhari Azlan yang menarik semula tuduhan bahawa kes liwat membabitkan Anwar dan anaknya adalah konspirasi Putrajaya.

Anwar beralasan beliau tidak mahu lagi menjawab soalan dari media yang dakwanya ditaja Umno Barisan Nasional (BN).

Anwar: 'You dari mana?"

Wartawan: "Saya dari Antarapos."

Anwar: "Hanya Umno saja minat (kes liwat membabitkan dirinya), orang lain tidak minat."

Tindakan Anwar enggan melayan soalan bersabit Azlan Mohd Lazim itu dilihat bercanggah dengan sikap cakna PKR sebelum ini yang 'mengusung' bapa Saiful itu ke beberapa siri ceramahnya sebelum ini.

Azlan tatkala itu dimanfaatkan PKR sepenuhnya untuk 'membersihkan' nama Anwar daripada tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya.

Bagaimanapun, Anwar seakan menerima tamparan hebat apabila menjelang beberapa jam sahaja lagi pilihan raya umum akan berlangsung, Azlan menarik balik kenyataannya dan menegaskan Ketua Umum PKR memang meliwat anaknya.

Azlan turut menarik kembali permohonan maafnya kepada keluarga Anwar selain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa serta merta.

Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.

Dalam sidang media yang sama, Anwar turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan bahawa terdapat hampir 45,000 orang diterbangkan dari Sabah dan Sarawak menggunakan 'jet jumbo' sejak 25 April hingga 5 Mei depan, sebagai pengundi hantu.

Beliau juga mempersoalkan ketelusan 50,000 undi pos yang dikelola SPR. Katanya undi pos itu tidak telus kerana turut melibatkan golongan yang tidak sepatutnya seperti penyambut tetamu agensi media dan sebagainya.

Anwar juga dilihat 'mesra' menjawab soalan yang diajukan wartawan dari luar negara yang bertanyakan penahanan seorang blogger yang dikenali dengan nama pena 'milo suam'.

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini beberapa kali dilihat berat sebelah apabila melayan pemberita asing namun enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan tempatan.

#PRU13 Saiful Syukur Bapanya Kembali Ke Pangkal Jalan


Saiful Bukhari Azlan, mangsa yang mendakwa diliwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur apabila bapanya, Azlan Mat Lazim menarik semula kenyataan yang menuduh kes tersebut sebagai konspirasi kerajaan.

Dalam satu sidang media hari ini, Saiful berkata bapanya menghubungi beliau semalam menyatakan kekesalan terhadap tindakan itu dan mahu kembali kepada keluarganya.

"Boy, papa dah tak tahan, papa nak kembali ke pangkal jalan dan nak buat pengakuan," kata Saiful mengulangi perbualan bersama bapanya.

Saiful menegaskan kes liwat itu tiada kaitan dengan sebarang konspirasi yang dibuat oleh pegawai kanan Perdana Menteri.

Beliau kemudian menyiarkan video rakaman sumpah laknat kedua di Mekah sebagai bukti untuk mempertahankan kejadian itu.

Saiful ditemani peguam Zamri Idrus.

Saiful Bukhari : Sumpah Laknat 2 Kaabah, Masjidil Haram

#PRU13 Saiful Bukhari : Sumpah Laknat 2 Kaabah, Masjidil Haram


Pada April 2012, setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.

Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.

Berikut adalah rakaman sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang saya rakam sendiri melalui telefon bimbit saya.

http://youtu.be/nKZIPJ0PMTw



Menyingkap Kembali

Ingin saya tegaskan bahawa idea Sumpah Laknat/Mubahalah pertama yang saya lakukan pada 2008 bermubahalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri beberapa hari selepas saya membuat laporan polis dan ia disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Boleh rujuk disini, http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html

Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.

Untuk makluman, Rakaman sumpah laknat ini adalah untuk rekod peribadi, namun saya percaya persoalan pada semua adalah mengapa baru sekarang saya siarkan rakaman sumpah laknat di hadapan Kaabah ini? Ini adalah berkenaan maruah dan nama baik saya dan seluruh ahli keluarga. Secara Jujur, saya amat tertekan setelah bapa saya membuat tuduhan yang tidak benar, memohon maaf pada DSAI pada 8hb Mac 2013 yang lepas.

Walaupun tidak pernah terlintas untuk mendedahkan rakaman ini sebelum ini, namun semalam, apabila bapa saya menarik semula tuduhan beliau, saya percaya ia boleh mengelirukan semua dan menimbulkan banyak persoalan. Oleh demikian, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya telah diliwat oleh DSAI dan sekaligus membersihkan nama saya dan keluarga dari apa jua tohmahan yang tidak sepatutnya.

Sumpah Laknat saya dihadapan Kaabah ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan sebagai seorang Muslim dalam episod saya menegakkan kebenaran. Telah 5 tahun saya Istiqamah dan Sabar. Pelbagai pahit manis telah saya lalui, juga banyak permata yang telah saya kutip.

Saya ingin menyatakan sebagai seorang Muslim, Saya yakin lafaz sumpah dihadapan Baitullah ini bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan dalam sejarah Islam pun perkara-perkara begini adalah sangat serius. Dan dari segi nasihat yang saya terima dari Ulama pun amat lah besar kesan dan akibatnya jika ia satu dusta.

Untuk makluman semua, Saya telah dua kali bersumpah laknat termasuk dihadapan Baitullah didalam kawasan Multazam(Pintu Kaabah) namun DSAI masih lagi enggan bersumpah laknat untuk menafikan bahawa beliau tidak pernah meliwat saya, sehinggakan ketika prosiding membela diri di Mahkamah juga beliau enggan memberi keterangan secara bersumpah.

Saya percaya yang DSAI tidak akan berani bersumpah walau dihadapan siapa atau dimana sekalipun. DSAI akan terus berdolak-dalik dengan penafian kosong semata-mata dan saya percaya beliau akan terus melarikan diri dari bersumpah laknat.

Pada hemat saya, jika ditakdirkan saya sudah tiada, sumpah laknat dihadapan Baitullah ini lah yang akan menjadi benteng dan saksi kebenaran kepada semua umat Islam yang percaya pada kekuasaan Allah S.W.T, dan juga bagi meneruskan perjuangan kebenaran ini.

Ingin saya tegaskan disini bahawa walau apa jua yang terjadi, saya akan terus sabar dan istiqamah dengan kebenaran yang saya bawa selama ini. Tidak sesekali saya akan menyerah kalah . Kepada semua, Demi Allah saya tidak berbohong didalam laporan Polis yang saya buat pada 2008.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Illahi antal maksudi waridha kamath lubi

Kepada Allah saya berserah

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
2hb Mei 2013

mohdsaifulbukhari.blogspot.com

#PRU13 #TukarKelantan Najib Terima Sambutan Luar Biasa di Machang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan luar biasa daripada lebih 20,000 masyarakat pelbagai lapisan di Machang, Kelantan.

Ketibaan Najib disambut dengan lagu semangat Inilah Barisan Kita serta kibaran bendera dan rentangan I Love PM.

Laungan 1Malaysia dan 'Kelantan Tukar' bergema di sini tanda sokongan padu rakyat terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).

Najib diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan; Datuk Dr. Awang Adek Hussin ;serta calon-calon Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Parlimen Machang); Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Parlimen Kota Bharu); Halim@Ab. Halim Ismail (DUN Pulai Chondong); Azemi Mat Zin (DUN Temangan); dan Eriandi Ismail (DUN Kemuning).

Cuaca panas terik di Machang tidak menghalang orang ramai membanjiri padang SK Tok Bok untuk melihat lebih dekat dan beramah mesra dengan pemimpin nombor satu negara itu serta memberi penuh perhatian kepada amanat yang disampaikan Najib.

Perdana Menteri juga meluangkan masa menikmati jamuan tengah hari bersama-sama rakyat. -Bernama