Friday, May 3, 2013

#PRU13 Nurul Izzah Sabotaj Jentera Azmin Ali


Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya, Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali. Menurut sumber, malam semalam, Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk ‘berkempen’ agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa. Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut, biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa, tetapi jangan dimenangkan di DUN.

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ibunya sendiri, Wan Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri, berbanding isterinya yang sah. Sebelum ini, Anwar lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding, tetapi kemudiannya, Nurul Izzah telah bertindak menafikannya.

Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula, membuktikan bahawa Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.

Justeru, sebagai seorang anak ‘solehah’, Nurul Izzah mengatur langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu. Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi Menteri Besar dan seterusnya ‘membunuh’ semua orang dari kem ibunya. Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.

Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN, Said Anuar Said Ahmad. Beliau mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak 6,867. Manakala, bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa, Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN, Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Kali ini, Azmin akan berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat. Dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah.

Kita pasti, jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau bertambah pening dengan anak perempuannya ini.

Mana tidaknya, sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas, bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama. Bagaimanapun, kita faham bahawa Anwar tidak boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga Azmin.

Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.

Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak sembrono. Beliau sebelum ini turut cuba memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia. Malah, kerana tidak berfikir sebelum bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama. Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.

Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu. Dari rakaman youtube ceramahnya, kita mendapat tahu bahawa Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang. Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang hilang!?

Dan dalam tempoh berkempen ini, Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya. Susah payah beliau merakam orang mencuci jari setelah mengundi tetapi akhirnya, orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah memerangkapnya. Kita faham bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja, tetapi tidakkah Nurul Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini?

Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana kita punya cara yang lebih canggih dari itu. Namun, PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa penyokongnya demi dakwat kekal. Maka, bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan sistem itu disamping sistem sedia ada.

Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat kekal pula. Benarlah kata orang, apabila slogannya ialah ‘lawan tetap lawan’, maka tentulah mereka akan terus melawan walaupun tiada apa yang perlu di lawan.

Sebelum terus berlawan, mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa yang bakal dilawannya. Beliau kini berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat. Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi. Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai ‘pengundi hantu’. Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka adalah ‘manusia dan bukan hantu’.

Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke arah Azmin Ali semata-mata untuk menepati slogan ‘lawan tetap lawan’.

Apapun, kita doakan semoga pengundi Lembah Pantai dan juga pengundi Bukit Antarabangsa bijak membuat pilihan.

3 comments:

Anonymous said...

Apa pula komen dia tentang video baru ni..

Berita dari gunung said...

tentang video.., kita patut hukum pensyarah tersebut. Sama dengan Saiful, kita patut hukum peliwat tersebut.

Anonymous said...

TAK DE CERITA LAIN KE SELAIN FITNAH.