POLITIK HARIAN: Perhimpunan bantah isu 'Allah' secara aman di Masjid Negara

Friday, January 8, 2010

Perhimpunan bantah isu 'Allah' secara aman di Masjid Negara








Gambar : Bro Jinggo

Perhimpunan itu anjuran dua pertubuhan Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - turut disertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris).

Sejak sebelum solat lagi, beberapa sepanduk anti-penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, digantung di anjung masjid negara, antaranya berbunyi Bersatu pertahankan maruah! Bersatu untuk Islam!; Jangan cabar kemakmuran dan perhubungan kaum sedia ada; Hak, maruah, martabat bangsa Melayu dan agama Islam akan kami pertahankan

Dua sukarelawan PPIM juga menyediakan meja bagi mengutip tandatangan jemaah membantah perkara itu.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:


Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.


Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan Allahuakbar bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida.

Poster Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria turut dijulang. Dalam masa yang sama, sebuah helikopter polis kelihatan berlegar-legar memantau perhimpunan tersebut dari udara.

Bercakap kepada pemberi selepas perhimpunan tersebut tamat pada jam 2.20 petang, Arman berkata, petisyen bantahan yang ditandatangani jemaah hari ini akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas kebakaran gereja di tengah-tengah ketegangan isu tersebut, Arman berkata, pihaknya menyelar tindakan tersebut dan meminta semua pihak bertolak ansur "kerana Islam menyeru kepada keamanan".

3 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

Tahniah atas kejaya mengadakan bantahan isu ini. Bravoo.. ALLAH MAHA BESAR

AbgTuah said...

SALAM BRO..

KAWAN MENYOKONG DEMO SECARA AMAN NI..

TAPI MENGUTUK SEKERAS KERASNYA PERBUATAN MELETUPKAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN.

HATI-HATI INI MUNGKIN TAKTIK DIVERSI PUAK YANG KIANAT TERHADAP KERAJAAN.

Bro Jinggo said...

Salam sahabat...

Konsep 1 Malaysia memberikan pengertian yang cukup jelas tentang betapa, ianya amat bersesuai dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita dpt mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

AYUH KITA SIARKAN RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

SALAM PERJUANGAN

BJ