Monday, August 30, 2010

MEMORANDUM SSDE




SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN

KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN


MEMORANDUM MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA INSTITUSI MASJID DAN SURAU


BAHAWASANYA Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Ketua agama Islam di Negeri Selangor yang mempunyai segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa penuh sebagai Ketua agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 55(1) dan (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.


MEMANDANGKAN Institusi Masjid dan Surau merupakan institusi paling penting Umat Islam. Masjid dan Surau merupakan tempat untuk beribadah khusus. Kesucian Institusi ini adalah pra syarat keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di negeri Selangor.


MENGINSAFI Sesungguhnya menjadikan Institusi Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik akan pasti mengganggu-gugat dan memecah belahkan keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di Negeri Selangor.


SESUNGGUHNYA Kami mendokong dan menjunjung penuh kebijaksanaan dan keArifan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang telah bertitah dalam Pemberitahuan mengenai larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah seperti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIS Bil. 4/2009 pada 6 Oktober 2009.


MENDAPATI Sudah terang lagi bersuluh kini sudah terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan menggunakan Masjid dan Surau sebagai medan berpolitik, menghina, mencaci, dan menfitnah pemimpin dan sesama umat Islam.

Mereka beroperasi dengan menggunakan mekanisme -

a) Mengajar atau bertazkirah atau berceramah tanpa tauliah.
b) Orang yang bukan Islam lelaki dan wanita telah dibenarkan memasuki saf solat Masjid dan Surau


Berita terdahulu : Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB

1 comment:

yamelayu said...

ini la dia yang orang melayu kita dok sanjung-sanjung sangat. PKR,PAS, dan sekutunya. Pandai kata UMNO buat tula buat ni la semua salah bagi mereka. mungkin ada yang betul. Tetapi, sampai kaum kafir memperkudakan agama kita dengan tidak hormat tempat ibadat kita ni apa cerita.Ini dah mempoliotikkan tempat ibadat.