Friday, February 3, 2012

Ketua Dewan Ulama Pas Mengundang Bala, Tegur Tok Guru Anwar


Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib dinasihat supaya tutup mulut, jika tidak mahu menerima nasib sepertimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh kepimpinan Pas setelah membuat teguran kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat Hasan Ali dipecat kerana kelantangannya mengkritik Anwar dan mendedahkan parasit yang telah menguasai pimpinan Pas dan Ketua Dewan Ulama perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Dewan Ulama Pas hari ini tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

”Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

”Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya

Zahid seterusnya menegaskan parasit-parasit Pas akan memusnahkan parti itu sedikit demi sedikit dan sekaligus bakal membawa kepada kehancuran kelak.

No comments: