KJ: Ego Anwar Terlalu Besar, Enggan Akui Silap

>> Thursday, February 23, 2012


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berego besar sehingga tidak sanggup untuk mengakui kesilapan dalam kontroversi berkaitan kenyataan menyokong kepentingan Israel.

"Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya?

"Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel," kata beliau dalam pendapatnya disiarkan Sinar Harian hari ini.

Khairy melahirkan pandangan ini sehari selepas pertemuan antara Anwar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur.


Anwar bertemu untuk menjelaskan kenyataannya yang disiarkan oleh Wall Street Journal bulan lalu.

Sementara Anwar berhadapan dengan kecaman pemimpin-pemimpin Umno dan BN, selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan, pihak Pakatan Rakyat pula mendakwa kerajaan pusat memperlihatkan hipokrasi kerana membenarkan hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat Israel.

Berikut teks penuh tulisan Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

Bagai ayam lepas bertaji, Anwar Ibrahim dilihat kehilangan punca dan arah menjelaskan kenyataan kontroversi beliau yakni “(saya) menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel” di akhbar The Wall Street Journal (WSJ) apatah lagi selepas beliau disanggah teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara, termasuklah daripada rakan kongsi politiknya, PAS.

Manakan tidak, ini kerana Anwar secara terang-terangannya menonjolkan belang sebenar beliau yang memberi sokongan penuh dan umum (blanket support) kepada Israel untuk melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan negara tersebut.

Secara spesifik, kenyataan Anwar telah menghalalkan kezaliman dan keganasan rejim Israel yang telah menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestin. Ribuan nyawa Palestin yang terkorban selama puluhan tahun penjajahan Israel, pembinaan tembok yang memenjarakan rakyat Palestin dan menghalang perjalanan mereka untuk mencari rezeki, sekatan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Semenanjung Gaza miskin dan derita di samping pembunuhan sembilan sukarelawan antarabangsa dalam Misi Kemanusiaan Flotilla 2010, semuanya dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara.

Tidakkah Anwar sedar bahawa kenyataan beliau secara langsung mengiktiraf pembunuhan tersebut dan member lampu hijau untuk kezaliman ini diteruskan?

Setelah kenyataan beliau menimbulkan kemarahan orang ramai, Anwar telah cuba untuk melepaskan diri daripada kesalahannya dengan pelbagai alasan. Yang pertama, beliau menyalahkan media arus perdana dengan mengatakan kenyataan beliau tidak dipetik sepenuhnya. Beliau sebut bahawa sokongan itu bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin menjadi realiti.

Tetapi jika kita kaji apa yang diterbitkan dalam WSJ, kita sedar bahawa Anwar merujuk kepada pengiktirafan diplomatik untuk Israel sebagai langkah yang bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin dipenuhi. Itu berbeza dengan kenyataan pertama iaitu keselamatan Israel perlu dijamin dengan apa cara pun.

Kenyataan itu tidak datang dengan apa-apa syarat tetapi dibuat secara sokongan mutlak. Inilah yang menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Palestin rasa marah, kecewa dan mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai seorang yang sering mempromosi diri sebagai pejuang dunia Islam.

Bila dah tersepit dengan kenyataan yang jelas pro-Israel, tidak hairanlah apabila Anwar cuba mengalihkan perhatian dengan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang dikatakan membenarkan perdagangan dengan Israel. Mengikut beliau, ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional bersekongkol dan menyokong Israel.

Walaupun tuduhannya itu agak dramatik, saya memahami mungkin inilah satu-satunya cara terdesak untuk beliau membersihkan ‘dosa’ memberi sokongan mutlak kepada Israel dengan cara menyalahkan orang lain.

Pertama, kita kena tanya soalan adakah benar Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel sebab seperti yang diketahui umum, kita tiada sebarang hubungan diplomatik atau politik dengan negara tersebut? Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.

Mungkin Anwar mudah lupa, tetapi saya masih ingat bahawa beliau sendiri yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996. Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa.

Ada yang tanya, kalau dia memang buat dahulu, kenapa sekarang tidak ubah balik dan langsung melarang perdagangan dengan Israel? Yang pertama, perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat swasta. Ia tidak digalakkan oleh kerajaan. Kedua, kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seantero dunia termasuk Israel.

Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai negara. Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel.

Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji. Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel. Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan.

Tetapi dalam keghairahan Anwar dan konco-konconya cuba menutup kesalahan kenyataan pro-Israel beliau, mereka sanggup menyerang perdagangan antara syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui globalisasi merumitkan halangan-halangan perdagangan. Namun, jika pembangkang masih berterusan dengan hujah ini untuk pertahankan kenyataan Anwar, saya nak cabar mereka buat pendirian bersama sebagai Pakatan Rakyat (PR), bahawa jika mereka menang pilihan raya kelak, semua perdagangan yang saya sebut di atas akan dilarang oleh mereka. Berani ke tidak mereka buat demikian?

Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. Jika Anwar sudah tidak setuju dengan kelonggaran yang beliau sendiri beri pada 1996 untuk membenarkan perdagangan swasta bersama syarikat-syarikat yang ada di Israel, saya cabar beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat minta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada kilang dan pejabat syarikat-syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola yang beroperasi di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah atas sebab mereka mengimport barangan dari Israel.

Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional.

Yang jelas di sini ialah wujudnya perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel atas tuntutan dan keperluan globalisasi jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam WSJ. Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana sedar bukannya Israel yang dizalimi tetapi sebaliknya adalah rakyat Palestin.

Yang paling sedih ialah bagaimana seorang pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam sejagat begitu enggan untuk menarik balik kenyataan beliau walaupun konteksnya jelas menunjukkan sokongan mutlak kepada Israel sehingga menghalalkan pembunuhan rakyat Palestin.

Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya? Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel. -SH

1 comments:

Adi Kencana February 23, 2012 11:18 AM  

Sekali lagi tembelang Anwar tersingkap... Memang jelas dari dulu sampai skrg Anwar mmg agen yahudi & Israel.

NURUL IZZAH: BILA I TAKDA MODAL, I SUKA BUAT FITNAH!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

This Week's Most Popular Posts

Best Post of The Month

Music Download
Free 1year Unlimited Music Download W/ Nokia Comes With Music Handsets!
Latest Rock Music News
Where musicians talk about playing music and the instruments they love

Free Downloadable Videos
Download The Most Viewed End Time Bible Prophecy Videos Online Today!

Story Of The Year

Blog Archive

Anwar Ibrahim (284) Khairy Jamaluddin (215) PAS (189) PKR (99) DAP (96) Bersih 3.0 (82) Mahasiswa (76) Lim Guan Eng (74) Najib Razak (72) Azmin Ali (69) Mat Sabu (65) Nurul Izzah (62) Liwat II (61) Hasan Ali (60) Khalid Ibrahim (54) Nik Aziz (54) Selangor (52) Ambiga (46) Rafizi Ramli (44) PTPTN (37) DUMC (35) Bersih 2.0 (34) Komunis (34) Chegu Bard (32) Gereja (32) Najib (31) Demontrasi Bebaskan Anwar 901 (28) Video Seks (27) Group Murtad (26) Debat (23) Adam Adli (22) Umno (22) Perhimpunan Agung Umno 2011 (21) Amk PKR (20) Saiful (20) Video Lucah (20) Video Seks Anwar Ibrahim (20) Azizan (19) Hudud (19) Karpal Singh (19) Khalid Samad (19) MB Negeri Sembilan (18) Shahrizat (18) Mahfuz Omar (17) Projek Fidlot (17) Pemuda (16) Pemuda UMNO (16) Tangkap Khalwat (16) Nik Nazmi (15) PDRM (15) Ustaz Badrul Amin (15) Nizar (14) PRU-13 (14) Ummi Hafilda (14) Mahasewel (13) PAS is Dead (12) Penang (12) Wan Azizah (12) Azwan Ali (11) Zuraida (11) Lynas (10) Malaysia Vs Indonesia (10) Nga Kor Ming (10) Pakatan Rakyat (10) Rosmah (10) Seksualiti Merdeka (10) Shamsul iskandar (10) Anwar (9) Awie (9) BNYJF (9) Blowjob (9) Hadi (9) Lisa Surihani (9) PAS Kelantan (9) Pemuda Umno Malaysia (9) Pulau Pinang (9) Raba Buah Dada (9) BN Youth Music 2011 (8) Belanjawan 2012 (8) Bob Lokman (8) Dataran Merdeka (8) Israel (8) Kelantan (8) MB Selangor (8) Marina Mahathir (8) Nasharudin (8) Perhimpinan Agung Umno 2011 (8) Top Rank (8) 901 (7) Bank Israel Nurul Izzah (7) ISA (7) Keluar Parti (7) Ku Li (7) London riots (7) Malaysiakini (7) Muammar Gaddafi (7) Muhyiddin Yassin (7) No Plat WWW (7) Occupy Dataran (7) Papa Gomo (7) Patriot (7) Pemuda BN (7) Wardina Syafiyyah (7) AUKU (6) Bola Sepak (6) China doll (6) Demo (6) Elizabeth Wong (6) Gombak (6) Kedah (6) Lim Kit Siang (6) MB Kedah (6) Mustafa Ali (6) Muzakarah (6) NFC (6) PAS Masuk Umno (6) Pakatan Pembangkang (6) Shamsidar (6) Sukan Sea (6) Tian Chua (6) Tun Faisal (6) Tun Mahathir (6) bakar pejabat DAP (6) liwat (6) ABU (5) Air Kotor (5) Amy Search (5) BN Pilihan Orang Muda (5) Bogel (5) Bukit Kepong (5) DAP Rasis (5) Gambar Bogel (5) Husam Musa (5) JAIS (5) Johor (5) Malaysia vs Singapura (5) Manchester United (5) Muhyiddin (5) Mykad Misbah (5) PM (5) Pasir (5) Razali Ibrahim (5) Rumah Urut (5) Sampah (5) Skandal Seks (5) UPSI (5) Unisel (5) Yusry KRU (5) Artis (4) Artis masuk UMNO (4) Aziz Bari (4) Bersih 4.0 (4) Ezam (4) Harakah (4) Hishammuddin (4) Makcik Hajjah Al Wuzara (4) Mat Indera (4) Murtad (4) Nallakaruppan (4) Namewee (4) Nasrudin Tantawi (4) Noh Omar (4) PR (4) Parlimen (4) Pidato (4) Puteri (4) Puteri UMNO (4) Rembau (4) SAMM (4) Spr (4) TPM (4) Tony Pua (4) Ulang Tahun UNMO 66 (4) Undilah (4) Utusan (4) Zahid Hamidi (4) bom (4) Ahmad Maslan (3) Ameno World (3) BN (3) BR1M (3) Banjir (3) Bob Kuman (3) Cincin 24 Juta (3) Datuk Megat Firdouz (3) Dewan Rakyat (3) Ella (3) Facebook (3) Flashmob (3) Hackers (3) Hantu Bonceng (3) Harimau Muda (3) Helmi (3) Hindarf (3) Hudud PAS (3) JPN (3) Kapal Selam (3) Khir Toyo (3) Luar Negara (3) MCA (3) Mahasiswi (3) Mismah (3) Muslimat PAS (3) Najwa Latif (3) Namawee (3) Nasi Lemak 2.0 (3) Normah (3) Pas Kedah (3) Pelajar Hilang (3) Pemuda PAS (3) Perak (3) Rais Yatim (3) Saifuddin (3) Saifuddin Nasution (3) Shah Alam (3) Siti Nurhaliza (3) Tanah Runtuh (3) Tengku Aziz (3) Wanita (3) Zahida Rafik (3) Zambry (3) Zarina Ann Julie (3) #MejabulatPTPTN (2) 13 Mei 1969 (2) 1Malaysia (2) AIM (2) Aetis Bogel (2) Agong (2) Aidil Adha (2) Ali Setan. Pemuda Umno (2) Aman Kampus (2) Anak (2) Anak Mat Sabu (2) Anwarinas (2) Apex (2) Arak (2) Azalina (2) Azmin (2) Baharuddin (2) Barack Obama (2) Bernama (2) Bersih (2) Bilik 121 (2) Blog Hina Islam (2) Bloggers (2) Buku Jingga (2) Chelsea (2) Chelsea vs Malaysia (2) Chin Peng (2) Chua soi Lek (2) Dana Belia 1 Malaysia (2) Datuk Seri Mohamad Hasan (2) Din Pudu Raya (2) Dr Asri (2) Dr Rani (2) Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) (2) GRO (2) Gobi Krishnan (2) Godfather (2) Himpunan Hijau (2) Hina Johor (2) Homoseksual (2) Jamil Khir (2) Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan (2) KDN (2) KJ (2) KL Gangster (2) KRIM (2) Kak Long (2) Kapal Salam (2) Kedai 1 Malaysia (2) Kedai 1Malaysia (2) Kepala Babi (2) Kg Buah Dada (2) Khairul fahmi (2) Kickdefella (2) Koh Tsu Koon (2) Korban (2) MBPJ (2) Maharaja Lawak Mega (2) Makamah (2) Manchester United vs Tottenham Hotspur (2) MejabulatPTPTN (2) Mekah (2) Mimi One Nation Emcee (2) Nabila Huda (2) Neelofa (2) Negara Kebajikan (2) Negeri Sembilan (2) Nik Abduh Nik Abdul Aziz (2) Nor Erlena (2) Nur Amalina (2) Nurul Izaah (2) Orang Hilang (2) Orang Minyak (2) PKR Pahang (2) PKR ganas (2) PRU 13 (2) PSM (2) Pakatan Haram (2) Papa Jahat (2) Pelacur Thailand (2) Pelacuran (2) Pelajar Malaysia Di Pukul (2) Pembangkang (2) Pembohong (2) Pemuda Rembau (2) Pengkhianat (2) Perhimpunan Agung Umno (2) Perkasa (2) Prepaid Kad (2) RPK (2) Raja Petra Kamarudin (2) Ronnie Liu (2) Rumah Maksiat (2) Rusuhan Di London (2) SHEB (2) SKMM (2) Saiful Apek (2) Salahuddin Ayub (2) Salam Aidilfitri (2) Sertai Umno (2) Shophia (2) Sultan (2) Sultan Selangor (2) TELCO (2) Tan Sri Musa (2) Tengku Azman (2) Tengku Mahkota Johor (2) Teresa Kok (2) Transexual (Pondan) (2) UIA (2) Ugut (2) Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa (2) Yuna (2) Zahid AF (2) Zizan Raja Lawak (2) blogger (2) minyak naik (2) #YBsCanJump (1) ADUN Teratai (1) AG (1) ATM (1) Aaron Aziz (1) Adam AF (1) Adun Sri Muda (1) Afdlin Shauki (1) Afifa (1) Ahmad Idham (1) Ahmad Jais (1) Aidil Zafuan (1) Air Mani (1) Ajaran Sesat (1) Aktivis Bogel (1) Al-Fatihah (1) Al-Jilati (1) Al-Juburi (1) Aleesha (1) Ali Rostam (1) Amerika Syarikat (1) Angelina Jolie (1) Anti Islam (1) Anugerah Skrin (ASK) 2011 (1) Anwar Hadi (1) Anwar Is Dead (1) Ariff Alfian (1) Armand (1) Artis Bogel (1) Ashraf (1) Asia (1) Asraf (1) Awal Scha Nikah (1) Awan Dania 2 (1) Awek Bogel (1) Ayahda (1) Azan (1) Azean Irdawaty (1) Azmil (1) Aznil (1) BNYouthMusic (1) BOBOI (1) Babi (1) Bacul (1) Badjet PR (1) Bajet 2012 (1) Bakar Bendera Malaysia (1) Banjir Di Kuala Lumpur (1) Barisan Nasional (1) Beli Rumah (1) Beng Hock (1) Beret Hijau (1) Big Dog (1) Bikini (1) Bisexual dan Intersexual (1) Blogging (1) Bogel-Bogel (1) Bom Buatan Sendiri (1) Bom Petrol (1) Bourdon (1) Brad Pitt (1) Buang Kerja Kakitangan Awam (1) Buat Kacau (1) Bulan (1) Bung Mokhtar (1) Bunuh (1) Bunyi Aneh (1) CSI (1) Cari Rumah (1) Cinta Muka Buku (1) Cium Mulut (1) Coli (1) CyberSecurity (1) Cybertroopers (1) DAP. GAPS (1) DJ Bogel (1) Dakwat Kekal (1) Darurat (1) Dato Azeez Rahim (1) Dato' K (1) Datuk Aziz (1) Datuk T (1) Datuk Zainal (1) Dayus (1) Demontrasi (1) Dera (1) Dira (1) Disco (1) Double Y (1) Dr Ahmad Yunus (1) Dr Chandra (1) Dr Che Rosli Che Mat (1) Dr Haron Din (1) Duta Lux (1) EPL 2011 (1) Emeno World (1) Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (1) Engku Salleh (1) English Premier League (1) Era (1) Erra (1) Eskay (1) Every Day I'm Shuffling (1) Exco Kedah (1) Expo Perumahan Pemuda BN (1) Faizal Tahir (1) Fasha Sandha (1) Fast Five (1) Fauzia (1) Felda (1) Ferrari (1) Fitnah (1) Fuziah (1) G (1) GAPS (1) Gaji Kakitangan Awam (1) Gay (1) GaySec (1) Gejala Sosial (1) George Soros (1) Gerakan (1) Gobala (1) Gondam (1) Gong Xi Fa Cai (1) Gua (1) HIMPUNAN Sejuta Ummat (1) Hannah Yeoh (1) Hantu (1) Hantu Mak Limah Balik Rumah (1) Happy New Year 2012 (1) Harimau malaya (1) Haron Din (1) Hina Agong (1) Hina Islam (1) IPTA (1) IPTS (1) Indon Serang Kedutaan Malaysia (1) Iran (1) Isreal (1) Istana Raja (1) Jakim (1) Jalan Jem (1) Jalan Raja Laut (1) Jalur Gemilang (1) Jamal Abdilah (1) Jeff Ooi (1) Joe Frazier (1) Johari Abdul (1) Jojie (1) Julie Woon (1) Jurukemera (1) KL Sentral (1) KLCC (1) KLIA (1) KPN (1) KR1M (1) Kaka (1) Kantoi (1) Kaouta Bumiputera (1) Kartun (1) Kasar (1) Kedai Rakyat 1Malaysia (1) Kelab UMNO Luar Negara (1) Kelayakan Piala Dunia (1) Kemalangan Maut (1) Kencing (1) Ketua Pembangkang (1) Ketua Pemuda UMNO (1) Kg Baru (1) Kg Sega (1) Kompas (1) Kongres PKR (1) Konvensyen PR (1) LGE (1) Lancau 2.0 (1) Langit (1) Langit Terbelah (1) Latheefa Koya (1) Latif Ibrahim (1) Lee Kee Hiong (1) Lelaki Gay (1) Lembah Pantai (1) Lesbian (1) Letupan Bom (1) Liga Perdana Inggeris (1) Liwat Isteri (1) Lokman Adam (1) M. Manoharan (1) MAGARAN (1) MB Pahang (1) MB Perak (1) MIC (1) MIX fm (1) Maal Hijrah (1) Maharaja Lawak (1) Mahasiwa Utara (1) Majalah Play Boy (1) Malaysia (1) Malaysia Today (1) Malaysia VS Syria (1) Malaysia insider (1) Mamat Khalid (1) Manchester City (1) Manoharan Bangsat (1) Markas (1) Mati Syahid (1) Maya Karin (1) Mazhar (1) Media Baru (1) Media Sosial (1) Melia Aimellia (1) Melodi (1) Merdeka (1) Michelle Yeoh (1) Milo Suam (1) Misteri (1) Model (1) Movie (1) Mr Bean (1) Mukhriz Mahathir (1) Mydin (1) NASA (1) ND Lala (1) Nabil Raja Lawak (1) Nallakarupan (1) Nea Reima Mareana (1) New Year (1) Ning Baizura (1) Noramfaizul (1) Norlia (1) Nurul Nuha (1) Old Trafford (1) PAS-PIS-PUS (1) PUNB (1) PWTC (1) Pak Nil (1) Pakar DNA (1) Parpukari (1) Payu dara (1) Pegawai Imigresen Maut (1) Peguam (1) Pelacur (1) Pelajar Cemerlang (1) Peluru (1) Pemandangan Menakjubkan (1) Pemuda Pulau Pinang (1) Penderaan (1) Pengawal Wanita (1) Permatang Pauh (1) Pesawat Pakistan (1) Pesta Buih (1) Pewaris (1) Phahrolrazi (1) Phone Sex (1) Pochong (1) Polis (1) Politik Murahan (1) Poster (1) Puad Zarkashi (1) Public Bank (1) RBF (1) Ram Ponusamy (1) Ramadhan (1) Ranjit (1) Rantau (1) Rasis (1) Razak (1) Real Madrid (1) Red-FM (1) Reformas (1) Reformasi (1) Remy Ishak (1) Riot Hits London (1) Rita Rudaini (1) Rompakan Restoran Mamak (1) Rozita Che Wan (1) Rumah Murah (1) Rumah Terbuka Rembau (1) Rumah Untuk Dihual (1) SEO (1) SMMs (1) SPRM (1) Safwan Anang (1) Saksi (1) Salah Laku Seks (1) Salam Aidil Adha (1) Saman (1) Sarawak (1) Scorpene's (1) Search (1) Sejadah Berdiri (1) Sekupangduas (1) Selangor Ku (1) Sendikit (1) Seniman (1) Sepah (1) Separa Bogel (1) Serangan Bom (1) Shafie Afdal (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsul (1) Shuhardi (1) Sidang DUN (1) Sinar (1) Sivarasa (1) Sodomy II (1) Somalia (1) Strategics (1) Suara Keadilan (1) Sukarelawan BN (1) Sultan Johor (1) Sun Feifei (1) Syed Ali Alhabshee (1) Syed Husin (1) Syria (1) TIBAI (1) TUKAR (1) TV1 (1) Taib Mahmud (1) Tajudin (1) Takbir Raya (1) Taliban (1) Tantawi (1) Taska (1) Tengku Razaleigh (1) Tentera (1) Terlampau (1) The Malaysian Insider (1) The Star (1) Tidur Dalam Dewan (1) Tiger Show (1) Tips (1) Trajedi (1) Tukar Bendera (1) Twilight (1) UARS (1) US (1) USM (1) Ucapan Dasar (1) Ulama Muda (1) Undi Pos (1) Ungku Salleh (1) Unit Media Baru UMNO UMB (1) Ustazah Berkhalwat (1) Wacana Sinar (1) Wang Zakat (1) Wartawan (1) Wayne Rooney (1) Whitney Houston (1) Wilcha (1) Wisma Putra (1) Zahrin (1) Zainal Abidin Osman (1) Zambery (1) Zulkifli Nordin (1) biometrik (1) free massage (1) hitz.fm (1) khalid ismath (1) mykms1m (1) twitter (1) yusery (1)

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP